Going 2 Moon: Mei 2006


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Rabu, Mei 31, 2006
apa yang berlaku semalam ek? rasanya takder apa2 kot. that's why la i don't feel tired. cuma seperti biasa (aku rasa aku dah lali ngan apa yg flatmates aku buat sampai aku dah jadi biasa) flatmates aku berikan kejutan kepada aku (indirectly ekceli) masa aku bangun tido pagi semalam. nak tahu tak apa yg dah terjadi pada rumah aku? rumah aku dah bertukar menjadi kilang kayu. hadui...



banyak tue papan-papan dan kayu-kayu yang diaorang bawak balik rumah aku. aku pon tatau depa nak buat aper ngan kayu2 di atas sebab aku malas nak tanya. masalahnya dari mana depa dapat kayu2 nie aku tatau. takkan depa beli kot...mustahil tu. setahu aku dekat2 ngan tennis courts nie takder tempat construction. dahla panjang dan besar kayu2 tue. ha, aku rasa la depa nie nak praktis jadi tukang kayu kot pasal depa bley agak depa akan fail exam nie. muahahaha....pepun aku dah tak kisah sangat pasal tinggal beberapa minggu je lagi aku akan hidup ngan diaorang nie. dah tak lama dah. tengah tunggu masa jer depa nie nak blah dari rumah nie pasal dah nak start cuti summer. so aku bersabar je la.

semalam aku dah dapat parcel yg kakak aku hantar dari malaysia. takder apa pun. aku suruh kakak aku hantar baju melayu untuk raya tahun nie. raya tahun nie bulan 10. masalahnya aku takut karang kalu aku suruh kakak aku hantar dalam bulan 8 atau bulan 9, takut tak sempat ataupun tak sampai pasal masa cuti nie aku akan banyak berpindah randah. almaklumlah aku kan tak balik mesia.pastu dalam parcel tue aderla kakak aku selitkan beberapa benda masakan yg tak akan di jumpai di sini seperti serbuk kurma, serbuk kari dan juga sup bunjut.



pastu semalam jugak sampai barang yang aku beli kat e-bay iaitu memory card utk camera baru aku. aku beli sd-card jenama Sandisk yg mempunyai memory space sebanyak 2 gb. selain itu ia adalah jenis Ultra II di mana ia mempunyai kebolehan utk memproses memory yg di simpan dengan lebih laju berbanding memory card biasa. tapi, entahla. itu yg dia cakapla. kalu dia kelentong aku, maksudnya aku kelentong hangpa la.



malam tadi kitaorang bebudak usrah Birm berconference beramai-ramai menggunakan yahoo messenger a.k.a ym mengenai aktiviti camping yang akan di jalankan hujung minggu nie bertempat di Wisemansbridge , wales. tempatnya terletak di tepi pantai. ermm, tak sabar nyer nak gi.tengok gambar macam cantik jer tempat tue. camping nie akan disertai lebey kurang 30 orang daripada coventry uni, warwick uni, aston uni dan jugak dari birm uni as penganjur.

a b c d...

Selasa, Mei 30, 2006
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

erm, hangpa ingat tak bila hangpa belaja huruf ngan nombor? seingat aku, aku start belaja huruf ngan nombor nie dengan tgk buku kakak aku. sambil tgk huruf ngan nombor kat buku tu, sambil aku lukis kat situ. pastu aku kena cubit pasal conteng buku sekolah kakak aku. eventhough mak aku ader beli buku bagi aku conteng, aku nak jugak conteng buku kakak aku. kalu kena cubit, aku koyak buku kakak aku tu. balasannya, aku kena kejar ngan mak aku pakai rotan. lepas tue, aku nanges....

ekceli, aku cuma teringat pasal zaman aku kecik kecik dulu waktu tak masuk sekolah lagi. waktu aku rasa curious nak belaja. biasala la kan. budak kecik, memang suka belaja benda baru. entahla, dari seorang yang tak kenal huruf dan nombor, skang nie dah ader kar universiti. macam bodo-bodo jer aku masuk universiti nie. pepun, waktu cuti-cuti macam nie, waktu tgh takder apa2 nak buat, mula lah aku teringat kisah-kisah lama. aku suka sangat teringat kisah-kisah. pastu aku akan terfikir, apsal la dulu aku tak suka tulis diari ker, blog ker. kalu ader, kan best sebab aku bley baca balik kisah hidup aku kat dunia nie. bley aku buat penilaian sama ada aku nie bagus ker, tak bagus ker.

bagi sesetengah orang, diaorang tak suka ingat perkara2 lama. kata depa, buang masa jer ingat benda2 yang dah berlalu. bukan dapat apa pon.lagipon semua benda2 tue dah lepas, bukan bley ulang balik masa. tapi bagi aku, benda-benda yg dah berlalu la yg aku suka ingat. kira sejarah gitu. tak kirala sama ada benda tu suka atau duka.

aku rasa dah banyak benda yang aku dah belajar. bukan belajar kat sekolah jer, malah aku dah banyak belaja pasal kehidupan. walaupon masih tak lengkap lagi, tapi sekarang nie juga adalah sebahagian dari proses pembelajaran. kesimpulannya, sambil kita meniti usia di dunia, sambil itu juga kita kena belajar dari pengalaman. bukan ker kita kena belajar sehingga ke liang lahad?

Isnin, Mei 29, 2006
hari nie alhamdulillah cuaca agak ok sebab tak panas, tak hujan. cuma agak mendung dan angin yang bertiup agak sejuk sikit. memang best la kiranya cuaca ari nie.

ari nie kami berenam-pian, aku, ruslan, hairi, p-jo ngan amar- buat sedikit jamuan (eleh, jamuan apa kebendanya kalu minum air sirap). bukan jamuan pun. cuma majlis apa yer nak di panggil? mungkin majlis bersuka ria bagi meraikan dah abis exam kot (eventhough ader yg tak abis exam lagi). kitaorang dah rancang dari minggu lepas lagi nak buat mende nie. so, dengan penuh semangatnya hari nie kitaorang buat la acara suka ria nie.

kitaorang buat petang tadi kat kawasan tasik The Vale. kitaorang masak pulut kuning. ha, best betul. itula, jangan sangka kat UK nie tak bley makan pulut kuning. memang best betul. menu untuk makan-makan nie adalah pulut kuning, rendang ayam, kepak ayam mayonnaise ngan kepak ayam bakar, puding karamel ngan puding roti. ha, hebat tak kitaorang bebudak lelaki masak? jangan ingat kitaorang nie tau makan jer, masak pon kitaorang pandai. ruslan masak pulut kuning, hairi, pian ngan p-jo masak rendang ayam, amar buat puding karamel dan aku macam biasa la buat puding roti. air plak air sirap ngan jus epal.





setelah siap masak, kitaorang pon bergerakla menuju ke tasik the vale. bila dah sampai ke destinasi pilihan, kami beriadah la dulu dengan main frisbee. ala, org melayu panggil permainan piring terbang. nie kira second time kitaorang main. permainan hari nie ada menunjukkan sedikit peningkatan berbanding waktu kami kat stratford dulu masa main ngan dr hafizal tue. tapi, biasala itu kan first time main. memang la tak reti nak baling lagi. tapi hari nie bley dikatakan semua orang bley baling piring tu ngan cantek sekali. even budak yg dulu tue *sapa tatau* yang bila dia baling piring tue, piring tue akan buat u-turn, hari nie dia baling dengan penuh gaya sekali. muahaha






dah penat main, maka tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara sentap-meyentap makanan. apa yang peliknya bebudak nie bukan makan pulut kuning dulu. seblaiknya diaorang nie menyentap kepak ayam dulu. tapi, apa-apa je la kan . lagipon perut tgh lapar sebab dah penat main baling-baling piring tue. aku makan pulut sikit jer pasal jaga badan perut aku dah cram di sebabkan kepenatan bermain baling piring tue. tapi aku tetap maintain dengan menibai 4 kepak ayam, seketul paha ayam, puding roti, dan puding karamel. memang tak hengat donia betul bila bab makan nie.



tgh sedap-sedap makan, nampak si mukhriz, azizul ngan mamat 'yang tak pernah aku tahu akan kewujudannya kat university of birmingham nie' berjalan catwalk (matila aku cakap diaorang jalan catwalk walhal diaorang tue jalan straight) ke arah kitaorang. so ngan mulut berminyak (pasal makan pulut ngan kepak ayam), kitaorang *ekceli not me* ajak diaorang makan. tapi diaorang nie macam malu-malu kambing plak.diaorang amik kepak ayam jer. takkan tak makan pulut kuning kot. ker dah tak makan makanan mesia nie? kalu aku la di offer makanan, aku akan makan sikit supaya menjaga hati orang yang memberi tue walaupun aku sebenarnya nak makan banyak cuma malu. tapi, mungkin diaorang dah kenyang kot. tak baik tol aku nie bersangka buruk kepada orang lain. diaorang sebenarnya tgh tunggu si sekeng sebab dah janji nak main bola kat the vale tue. cakap pasal mamat 'yang aku tak pernah tahu akan kewujudannya di Birm Uni nie', aku dgr cerita dia budak 3rd year EE. tapi entahla. whateverla.



dah abis makan, kitaorang sambung main frisbee balik. pastu berselang seli main bola ragbi. main punya main, piring terbang tu ngan bola ragbi tersangkut atas pokok. pastu, dalam usaha nak dapatkan balik piring ngan bola ragbi tue, aderla yang membaling kasut miliknya sehingga kasut itu terlekat di atas pokok itu juga. maka bersusah payahla, berhempas pulas kami berusaha mendapatkan balik mende-mende tue. nasib baik berjaya. so okla. sebelum bertolak pulang (berangan yang the vale tue macam jauh jer ngan tennis courts padahal kaedahnya cuma 5 minit jalan kaki jaraknya), kitaorang bergambar beramai-ramai (matila ramai kan-padahal 6 orang sajork). memang best betul kitaorang bersuka ria macam nie.

Degree of Freedom

Ahad, Mei 28, 2006
tahniahla kepada bebudak Chemical Engineering yang berjaya menghabiskan exam diaorang pukul 11.30 pagi hari nie, lewat sehari dari aku atau lebih tepat lagi lewat 19 jam 30 minit dari aku. so, dengan ini rasmilah kitaorang bebudak maths ngan chem. eng. start cuti summer. apa yg kitaorang buat hari nie?

kitaorang banyak memerli ruslan ngan amar pasal diaorang ader exam lagi next week. amar abis ari kamis, ruslan plak ari jumaat. kesian kat diaorang. kami yg dah abis nie bley la start bersuka ria. diaorang pon bersuka ria gak cuma still nak kena baca buku dan risau pasal paper diaorang next week.muahahaha

so, ari nie kitaorang-aku, amar, ruslan, p-jo ngan hairi- pi tgk wayang. citer x-men-the last stand. seperti biasa, maleh la aku nak buat review pasal movie tue kat sini pasal aku nie mana reti sangat nak wat bende2 review nie. aku cuma bley kasi 7/10 bintang untuk movie nie. kira okla tue. kitaorang pergi tgk movie tue lepas zuhur.

lepas tgk movie, kami pi jenjalan kat shopping complex bullring. sajer nak window shopping. lama gakla tak jenjalan macam nie. first sebab ader exam. second sebab takder duit. third sebab malas. kalu dulu tue bley di katakan setiap minggu atau 2 minggu sekali pi jenjalan kat bullring tapi sejak 2-3 bulan yg lepas nie dah jarang pi bullring

pagi tadi asyik hujan jer. dari pagi bangun tido sampaila kitaorang nak gi tgk wayang.hujan jer. namun itu tak mematahkan semangat kitaorang untuk pi bersuka ria. lupa plak nak mention yang waktu kat bullring tue nampak dr hafizal berjalan ngan isternya, kak mag. tak sempat nak pi tegur, diaorang dah masuk satu kedai baju nie. pastu bila kitaorang jenguk dalam kedai tue, tak nampak plak dr hafizal. macam biskut plak. kejap ader, kejap takder. memang dah nak dekat sebulan tak jumpa dr hafizal pasal dia sibuk ngan keje, kitaorang plak sibuk ngan exam. tapi takpe. next week pasti jumpa sebab kitaorang nak pi camping ngan dia kat wales.

hari nie, aku ader dapat gadget baru iaitu digital kamera. casio ex-s500. biasa-biasa sajork kamera aku nie. cuma 5 megapixel, display skrin lcd 2.2", bley buat movie jenis mpeg-4, ader 3 optical zoom dan lain-lain lagi. yang bestnyer kamera nie adalah ia sangat nipis-cuma setebal 16.1 mm- dan ringan-115 gram. itu yang aku suka pasal kamera nie. aku beli kamera nie kat e-bay. takderla murah ataupun mahal sangat. kira ngam-ngam ngan bajet aku. ekceli sepatutnya semalam aku dah dapat kamera nie tapi waktu postman datang rumah aku nak antar benda nie, aku tak bangun tido lagi. yerla, ader ker dia datang kul 7.30 pagi. awal gile. so, terpaksalah aku gi amik benda nie kat post office kat city centre. tapi memory card yang aku beli dari e-bay jugak, tak sampai lagi. dia kater maybe dalam 7-14 hari baru sampai sebab alkaedahnya benda tue asal dari china. that's why it takes time to reach here.








seronok betul membeli-belah secara online nie. mudah dan murah. takyah susah-susah pi kedai kalu nak beli barang. duduk dalam bilik, pakai tuala sajer pon dah boley beli barang (itupon kalu nak pakai tuala la. kalu taknak pakai apa-apa pon boleh). lagi satu harga barang2 yg di jual kat tenet nie selalunya lagi murah dari harga kedai. pastu, yg bestnyer ko shopping secara online nie adalah ko tak nampak duit ko mengalir keluar. sedar-sedar bila dapat acount statement, ko pengsan pasal dalam account tinggal 10 pound. aku shopping kat tenet nie guna debit card solo. debit card tau, bukan CREDIT card. beza debit ngan kredit adalah kalu ko guna debit card, duit ko akan terus ditolak dari akaun ko dalam bank manakala kalu credit card, ko akan berhutang dulu ngan bank. lepas shopping baru bayar kaedahnya. ha, kat bawah nie gambar kamera baru aku.

Ramalan Sifat

Sabtu, Mei 27, 2006
Ramalan untuk sesaper yang lahir bulan disember, bulan aku lahir ke donia.kalu nak baca ramalan-ramalan untuk bulan kelahiran yang lain, klikla kat Rahsia Bulan Kelahiran oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Bulan Disember

* sangat setia dan pemurah

-erm, aku nie memang peminat setia citer shin chan. tak ketinggalan drama-drama korea ngan jepun. memang aku nie setia sungguh tgk citer-citer camtue. pemurah? ader kot sesikit macam murah ngan senyuman...kesimpulannya yang ramalan ini benar melainkan yang benar sahaja...

* bersifat patriotik

-yang nie memang takleh di sangkal lagi sebab aku memang cintakan tanah air aku iaitu UK MALAYSIA. sapa berani kutuk negara aku, siapla dia akan di tibai oleh aku...

* sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

-ramalan ini memang tepat sekali sebab aku memang aktif dalam permainan. contohnya permainan yang aku aktif bermain adalah sim city, need for speed underground, prince of persia dan lain-lain lagi. dan kalu dalam pergaulan, nak kater aktif tue, takdela aktif sangat. biasa-biasa sajork...

* sikap kurang sabar dan tergesa-tergesa

-mana ader aku tak sabar dan tergesa-gesa. selalunya aku sabar tau. sabar tu kan separuh daripada iman. kalu kurang sabar, maksudnya aku punya iman sikit jela. mungkin 1/3 atau 1/4 daripada iman aku...ish, tak baik tol dia buat ramalan cam nie.

* bercita-cita tinggi

-salahnya ramalan nie. aku mana ader cita-cita. so automatiknya tak tinggi la cita-cita aku. camna nak tinggi kalu dah takder cita-cita.

* suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

-nie pon salah jugak sebab kalu bley aku taknak la jadi orang berpengaruh. jadi kuli pon ok gak pasal takder tanggungjawab yang perlu di pikul. tapi kalu dah ader orang pengaruh aku jadi orang yang berpengaruh, semestinya aku akan terpengaruh ngan cadangan pengaruh ittew. takkan ditolak plak rezeki yang datang

* seronok bila di dampingi

-hai, ini pon salah jugak. aku cukup tak suka di dampingi sebab tue aku tak banyak kawan oleh orang-orang yang aku tak kenal. kalu orang-orang yang aku kenal tue, lainla.

* suka bercampur ngan orang

-ni lebey kurang macam kat atas tue jugak. aku memang tak suka bercampur ngan orang lain walaupun aku suka makan nasi campur. tapi sayur goreng campur aku tak makan. aku lebey suka bersendiri

* suka di puji,di beri perhatian dan di belai

-yang nie plak, betul kot. masalahnya takder orang nak puji dan belai aku. apatah lagi nak beri perhatian kepada aku. so, terpaksa la aku puji, belai dan beri perhatian kepada diri sendiri.

* sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

-confirm yang ramalan nie betul. contohnya kalu masakan seseorang tue tak sedap, aku akan kater tak sedap walaupun aku akan tibai 2-3 pinggan sampai abis makanan tue.memang jujur kan aku nie? sifat amanah tu tak yah cakap la.memang amanah aku nie. kpm bagi duit datang UK nie suruh belaja, aku pun dengan tekunnya mendonlod sambil tgk citer korea ngan jepun belaja ngan bersungguh-sungguh.

* tidak pandai berpura-pura

-nie pon lebey kurang yang kat atas tue. kan aku nie jujur orangnya, automatiknya aku nie tak pandai berpura-pura

* cepat marah

-yer, tepat sekali. aku nie memang suka marah. kalu ader yang berani cari pasal, siapla korang. mahu ader yang kene telan ngan aku nanti (itu kalu daging korang rasa cam ayam la. kalu rasa cam daging kucing, tak dapatla aku telan).kesimpulannya, jgn buat aku marah.

* perangai yang mudah berubah-ubah

-yang nie, entahla. betul kot. kadang-kadang aku kebudak-kebudakan. kadang-kadang kedewasa-dewasaan (matila aku fail BM). kadang-kadang macam orang bodo pon ader gak.

* tidak ego walaupon harga dirinya sangat tinggi

-tepat sekali ramalan ini. aku nie memang takdak ego. walupon aku nie mahal, aku tetap akan berkawan ngan orang yang takder harga diri. kesian kat korang semua yang nak beli aku tapi tak mampu. lain kali kumpul dulu banyak2 duit, pastu baru bley beli aku occay?
* benci pada kongkongan

-aku memang tak suka di kongkong. buat per nak kongkong aku. tak der keje ker nak kongkong aku?

* suka berlawak

-eh, takla. aku mana suka berlawak. lagi satu aku nie mana pandai berlawak. kalu aku buat lawak pon, lawak aku tak der orang faham nyer pasal lawak aku lawak berkelas gitu. kalu ader pon orang2 yang berkelas jer yg faham lawak aku.

* berfikiran logik

-betul pon ramalan nie. sebab aku kalu nak buat aper2, aku akan fikir kelogikkan benda tue dulu. kalu tak logik, aku akan pertikaikan mende tue.



so, apa yang bley di simpulkan dari ramalan sifat diatas? aku rasa memang tak leh cayer ramalan-ramalan yang di buat. sebab tak semua betul. kalu yang betul pon aku rasa hanya kebetulan sajork.

MSM 1A01B(MSM 1C) : Dynamical Systems

alhamdulillah, hari nie adalah hari terakhir aku exam. petang tadi aku amik paper 1c. tapi, seperti biasa (matila aku yg dah biasa) memang hampes sekali aku menjawabnya. pepun, yg penting aku dah abih exam.

erm kali ini bebudak math dapat mengalahkan budak bio sebab dapat cuti awal dari diaorang. kalu sebelum2 nie macam cuti winter ngan easter ari tue, diaorang cuti awal daripada kitaorang, kali nie kitaorang plak cuti awal daripada diaorang. muahahaha

budak bio, fizik ngan EE abih minggu depan. bebudak chem. eng, medicine ngan maths abih minggu nie. lega rasanya sebab takyah fikir pasal buku selama 4 bulan (itu kalu tak kena resit la, mintak2 simpang bertingkat la aku tak kena resit). erm, so apa rancangan aku untuk cuti 4 bulan? erm, aku nak bla bla bla... pastu aku nak bla bla bla.... dan aku kalu bley nak jugak buat bla bla bla...memang banyak sungguh rancangan aku tapi entah jadi entahkan tidak. tengoklah camna nanti. kalu aku ader masa, duit dan juga kesihatan yg baik, aku buatla bende2 tue semua. kalu tak, aku duduk dalam duvet sambil tgk citer korea jela...

a day before taking final exam paper

Jumaat, Mei 26, 2006
hari nie aku dapat berita tak baik. ader kawan aku masuk spital. sebab-musababnya adalah kerna sakit perut tapi doktor pon tak dapat mengenalpasti punca penyakitnya itu. ekceli nie adalah second time kawan aku masuk spital. dahla esok dier ader exam. bley plak dier masuk spital ari nie. pepun alhamdulillah petang nie dia dah di benarkan kuar dari spital.

ha, itulah. dia tue suka sangat makan makanan pedas. memang semua makanan la dia letak cili bagi pedas. takpun dia akan letak pepper. ish memang ngeri la kalu makan masakan dier walaupun aku akan tibai sampai 2-3 pinggan pastue takleh jalan disebabkan terlampau kenyang. sebab tu la kot sakit perut (memandai je aku nie buat spekulasi).pepun aku harap esok die tak jadi ape2 la masa tgh jawab exam tue. kang tak pasal2 plak aku panik seperti ibu2 mengandung yang nak terberanak anak kembar.

well, tomorrow is my final day for exam. so, after tomorrow i'll start my summer holiday for 4 months till october. erm, therefore, i already finish my first year as an university student. muahahaha tak sangka ek yg cepat bebenor masa berlalu. as we all know, time is gold life.

cerita-ceriti

Rabu, Mei 24, 2006
aku cuma nak share ngan korang pasal e-mail yang aku dapat kat bawah nie...


U all tau... Mawi tak akan dapat
membela bangsa
kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi
insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred
3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia
untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama
mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg
kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk
menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat...



namun tangan-tangan kotor telah berjaya
menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di
pakai oleh insan yang cemerlang dalam
pendidikan... tidak hairan para remaja mula
berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa
ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun
boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan
universiti"... .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama
Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang
Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa...
beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin
menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia
sangat taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun tiada
pihak "media" dan "pemimpin"



kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan
Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang
saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya
pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar
doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar
kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk
mengenepikan Adi...

berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi
terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan
masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya
menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia
mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5
tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah
mendapat tempat kedua ... peserta semuanya
berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus
sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat
mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga
bantuan yg diberikan...

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang
mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan
yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara
( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga
Sophia yg duduk di London tu mendapat juga
penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-
habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang
kabarnya dah murtad. Ok juga media dan
pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan
persamaannya... sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan
bakal membawa pembaharuan jika di beri
peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa
preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk
maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan
dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn
Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa
mesej Islam...

soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org
asing juga mendapat layanan dan kemuliaan
sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so
mesti di beri sokongan.



Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini
hanya akan memuliakan anak-anak kita yang
berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat".
Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan
Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan
negara ini..



apa pandangan anda?????
muhasabahlah diri kita as a muslim

Tribute to Elly n Fiza

aik, musti hangpa pelik kan. masa bila aku ader concorde sendiri? ha, itula hangpa tak tau. dulu waktu kat intec, aku ader naik concorde. korang apa tau? tetiap ari tau bila aku balik dari kelas kat intec aku akan naik concorde. tapi aku sekejap jer naik concorde setiap hari. yerla, dah concorde tue laju. kejap jer aku dah sampai ke destinasi pilihan aku iaitu bus stop intec.muahahaha



tapi cocncorde yang aku naik nie lagi laju dari concorde yg kat atas tue. kalu concorde yg kat atas tue 2 kali ganda dari kelajuan bunyi, concorde yg aku naik kat intec dulu lagi laju. ia bley mencapai 1/1000 kali ganda kelajuan cahaya. korang tak cayer? betul, aku tak tipu. hangpa bayangkan dalam masa 2 minit kelas aku habis, aku dah sampai kat depan pintu bas intec (itu kalu pembantu pilot concorde tue tak lambat la). kadang-kadang 1.5 minit dah sampai. jarak dari kelas aku ke bus stop tue adela lebey kurang 0.3 km.

hehehe, hangpa mesti tak dapat bayangkan ape bende la yg aku merapu nie. macam nie la, biaq aku nak terangkan dalam bahasa melayu yang mudah bagi hangpa faham (kalu tak faham lagi, nanti balik malaysia amik balik paper bm spm). sebenaqnya concorde yang aku naik tue adelah flight Elly ngan Fiza. si elly tue pilot manakala fiza plak pembantu pilot. aku plak penumpang a.k.a parasit depa nie. depa nie kalu balik kelas memang laju berjalan (kalah ko, pian). bersemangat nie nak sampai kat bas intec tue.

lecturer kater jer ' ok guys, c u tomorrow...' depa berdua nie dah angkat beg keluar dari kelas tanpa menoleh-noleh lagi. even kadang-kadang tue lecturer tak kuar lagi dari kelas, depa dah sampai kat pintu bas dah. dan di sebabkan itula aku jadi penumpang depa nie pasai aku pon nak balik awal gak. lagi satu kalu lambat sampai kat pintu bas intec, alamatnya kena berdiri la. lagi teruk kalu kena berdiri kat pintu bas. mau ader yang tersepit nanti. bas intec tue memang horror la kalu time waktu balik kelas. mengalahkan bas mini kl kaler pink dulu (favourite kaler si kucing* tak mo larik nanti semput). memang padat-sepadatnya sampai sendat. silap-silap bley sesak napas duduk dalam bas intec tue.

memang kalu ingat-ingat balik memang semput aku di buatnya kalu jalan ngan depa berdua nie. nasib baik aku sihat walafiat, takder sakit jantung mahupun sakit hati apatah lagi sakit mata. memang kitaorang bertiga nie akan sampai paling awal kat bas kalu nak di comparekan classmates kitaorang yg laen2. lagi 5 minit kelas nak abes, pilot dah bagi signal kater concorde dah nak berlepas. kelam kabut la aku mengemas barang2 (teringat kat 'laptop' aku yg kaler itam dulu) sebab tak nak ketinggalan concorde.

kadang-kadang rasa seronok bila mengenang perkara yang dah berlalu. kalaulah dapat di putarkan balik masa...

p/s: amacam elly, suker tak aku buat entry untuk ko nie?

lalalala

Selasa, Mei 23, 2006
hari nie aku takder apa2 pon yang aku nak citerkan kat korang pasal takder apa yg menarik berlaku hari nie. macam hari-hari lain jugak. aku tetap rasa buhsan. asyik duduk terperuk dalam bilik. nak keluar, hujan. maka menghadap laptop jela dari pagi sampailah tengahari. petang tido. malam sambung balik menghadap laptop sampai rasa mengantuk dan tido.

entahlah, aku rasa life aku macam dull jer. nothing interesting happen in my life. or maybe it just me that not realise it. but i think it was my fault that making my life dull. yeah, i guess so. because i just a lazy person to do anything beside makan tidoq makan tidoq without even bother to think about anything else.



dengan cuaca yang asyik hujan dan mendung, memanglah aku jadi bertambah malas untuk keluar dari bilik. walaupun skang nie tempoh waktu siang lebih panjang dari waktu malam, tapi macam tak bermakna apa-apa pun kalu cuaca mendung dan hujan. nak gi mana-mana pon susah. even nak kuar dari duvet dan bangun dari katil pon dah macam suatu benda yang susah nak dilakukan. habis tu camna nak buat? sebab tue la aku rasa buhsan.

entahla, aku nie kater jer takder benda nak citer tapi nie dah masuk perenggan ketiga. ntah haper-haper aku tulih pon aku tak tau. tapi korang tetap juga baca (berangan macam bagus jer aku nie). bagus jugak korang nie ek.

ermm, i still have 3 days more to go before my last paper this friday. i hope i can change my attitude towards my last paper by study hard although this paper only contribute 10 credits for the final result.

kutuk-mengutuk

Isnin, Mei 22, 2006
Koq, letih banget hari nie. Apa yg gue buat sehingga letih hari nie, gue pon tatau. ari nie gue cuma makan tidoq makan tidoq, tgk citer korea. itu ajer. tapi gue rasa letih. mungkin sebab terlalu banyak tidoq kot. bila terlebih tidoq, mula la jadi tak sedap badan. tapi, inilah gue yang sudah tatau nak wat ape bende lagi (besides study). so itu yang gue makan tidoq makan tidoq sampai jadi gemuk .

ermm aku nak cakap pasal kutuk mengutuk. aku kalu bab kutuk mengutuk nie memang no. 3 (pasal cik teratai dapat no.1 dan si kucing plak no.2). memang best betul aku mengutuk orang (eleh, korang pon ader kutuk aku gak kan? macam aku tatau plak). kadang-kadang (bukan selalu ker?) aku kutuk kawan aku, flatmates aku, coursemates aku, pastu sapa-sapa lagi ntah aku kutuk. selalu jer aku ader benda nak kutuk. kadang-kadang aku kutuk secara berjemaah (mengumpat la nie), kadang-kadang aku kutuk dalam hati, kadang-kadang aku kutuk depan-depan. bergantung pada siapa yg aku kutuk & apa yang aku kutuk. selalunya aku kutuk depan-depan nie kat orang yang tak paham bahasa melayu. kalu yang faham bahasa melayu pon ader gak aku kutuk depan-depan.

ntahler, memang best betoi dapat kutuk orang. apa yang aku dapat pon aku tatau(dosa?). mungkin dapat kepuasan kot? huhuhu. kadang-kadang tue sajer jer cari point nak kutuk orang. gigih berusaha lagi nak cari silap dan salah orang. walaupon aku tau yang sebenarnya aku nie pon banyak point jugak untuk di kutuk orang lain. almaklumlah kita nie kan manusia, banyak salah dan silap.

tapi kan, aku kutuk tue kadang-kadang untuk memperbetulkan salah orang tapi guna cara salah. kira aku nie baik hati kan? pepun kalu ader orang nak kutuk aku, sila- silalah kutuk aku yer supaya dapat menyeimbangkan bahu kiri dan kanan.

citer semalam

Sabtu, Mei 20, 2006
semalam, aku gi Edward Road lagi lepas semayang jumaat untuk beli barang makanan. Aku rasa dah jadi rutin mingguan pi Edward Road tue. yerla, kalu aku tak pi beli barang, nanti aku nak makan aper? takkan nak makan pasir kot? lagipon aku taknak la menyusahkan orang lain (sapa tatau-pompuan) untuk belikan barang makanan aku.kalu sekali dua, mungkin la bley lagi tolong. tapi kalu setiap kali kitaorang pegi pon nak mintak tolong, payahla jadinya.

tapi sebelum gi Edward Road tue. aku pi city centre dulu. nak pi beli buah kat St Martin Market. aku dah lama tak makan buah. tue yang semalam pi beli buah oren ngan anggur. pastu gi tesco jap sebab P-jo nak beli fish finger. namun apakan dayanya (daya= berat kali pecutan a.k.a F=ma) fish finger dah abis. kesian kat dia, kempunan nak makan fish finger.

dah pi beli barang kat edward road, kitaorang balik tennis court dulu sebab nak letak barang makanan yang kitaorang beli tue.berat woo. ngan buah oren, anggur pastu ayam lagi, daging burger lagi. pastu pi city centre balik.kali nie sebab nak gi tgk wayang kat Five Ways citer The DaVinci Code. citer nie baru kuar ari kamis. citer nie memang di tunggu-tunggu sebab nak tau apa yang best sangat pasal davinci code nie. movie nie di buat berdasarkan buku novel yang ditulis Dan Brown yang laris dijual di seluruh dunia.



tapi, aku maleh nak tulih review pasal citer tue kat sini. kalu nak tau best ker tidak, hangpa pi la tgk sendiri kat wayang. kalu nak comparekan movie tue ngan buku novel tue, ntahler aku pon tak tau mana satu lagi best sebab aku tak baca novel tue. pastu waktu tgk movie tue pon ader certain part yang aku tak faham sangat.

hadui, itu yang aku penat sangat tue semalam. tapi kan, memang aku hangin betui malam tadi. aku dahla penat semalam. ingat nak tido.sekali ader 2 ekor monyet dalam bilik aku nie melalak-lalak seperti hanjeng walaupon depa adalah monyet. ntah camna bley jadi macam tue pon aku taktau. aku ingat kes diaorang nie sama macam citer tarzan. tarzan tue manusia tapi di besarkan oleh gorila. so dia ingat dia tue gorila. diaorang nie pon sama jugak kot. monyet tapi mungkin di besarkan oleh hanjeng. maka sebab tue melalak-lalak pada pukul 1.30 pagi. pepun aku pon buat macam dulu aku buat. pasang winamp kat laptop, pastu dengar lagu ost Hikmah (ala citer indon yang tayang kat Astro Ria petang-petang tue) guna headphone sampai la aku tido. itupon kejap jer sebab nak bangun semayang subuh plak. itupon monyet-monyet tue tak tido lagi. ntah ape diaorang buat pon tatau.

Penat

aku rasa penat sangatla. baru balik dari tgk citer The DaVinci Code kat Five Ways. esok je la aku citer apa aku buat hari nie...

Penat

aku rasa penat sangatla. baru balik dari tgk citer The DaVinci Code kat Five Ways. esok je la aku citer apa aku buat hari nie...

Lagu Warisan...

Jumaat, Mei 19, 2006
WARISAN

anak kecil main api

terbakar hatinya yang sepi

air mata darah bercampur keringat

bumi dipijak milik orang


nenek moyang kaya raya

tergadai seluruh harta benda

akibat sengketa sesamalah kita

cinta lenyap diarus zaman


indahnya bumi kita ini

warisan berkurun lamanya

hasil mengalir ke tangan yang lain

pribumi merintih sendiri


masa depan sungguh kelam

kan lenyap peristiwa semalam

tertutup lah hati terkunci mati

maruah peribadi dah hilang


kini kita cuma tinggal kuasa

yang akan menentukan bangsa

bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri


kita sudah tiada masa

majulah dengan maha perkasa

janganlah terlalai teruskan usaha

melayukan gagah di nusantara

Kebuhsanan tahap gaban

Khamis, Mei 18, 2006
kebuhsanan hari nie kesinambungan daripada kebuhsanan semalam (giler ah ayat pertama aku-killer sentence bak kater omputih). memang buhsan sungguh waktu cuti. nak study, maleh. lagipon lambat lagi last paper aku. jumaat next week. so aku bermalas-malasan nak study. disebabkan aku maleh nak study maka aku menjadi buhsia. eh salah, menjadi buhsan sebenarnya.

hadui bley mati kutu aku tak tau nak wat aper (bukan aku yang mati, tapi kutu yg mati). bukan setakat kutu jer yang bley mati, gajah, lembu, kerbau, kambing, ayam pon bley mati kebuhsanan waktu cuti (tapi binatang ader cuti ker?).nak tgk citer, semua pon dah tgk. nak donlod citer baru, maleh plak rasanyer. so malam semalam aku pon online ym. nak kaco pian, dia nak belajo. nak kaco hairi, dia maleh nak layan sebab pms (matila dia kater dah 3 hari lewat). so terpakso la kaco P-jo. semalam bergossip ngan P-jo.bukan gossip apa pun. sajer jer nak bagitau dier yang Dragon Ball ader 7 biji semuanya... ingat nak kaco jap jer, tapi dah aku kebuhsanan semalam maka aku pon merapu raban la ngan budak nie.

pastu bangun pagi nie aku tak tau nak wat aper. nie baru hari kedua cuti, aku dah jadi macam orang giler sebab kebuhsanan. maka tanpa berlengah-lengah aku kemas la bilik aku. kemas almari baju aku, kemas rak buku, susun-susun barang atas rak pastu vacuum lantai bilik aku. bila dah siap kemas, aku fikir plak nak wat pe lagi. ingat nak ajak si kucing tue gi asda tapi dia tak bangun tido lagi. entah kul berapa ntah dia tido malam tadi. dah pukul 11 pagi still lagi membuta dalam bilik dia tue. mana aku tau dia tido lagi? sebab dia tak online ym pagi nie. pastu tingkap bilik dia pon tak bukak (kantoi aku selalu skodeng tingkap bilik orang). kalu dia dah bangun tentu dia akan online ym. pastu bukak langsir tingkap bilik dia tue.

oleh sebab tue, aku pon batalkan rancangan aku nak gi asda. sebaliknya aku bawak buku (laptop) nak study (donlod movie) kat library. aku lepak kat cafe library sambil tgk tv. biasanya dia tayang berita. hari nie takder berita yang menarik pon. cuma diaorang buat lintas langsung dari airpot Heathrow sebab ader pesawat terbesar di dunia-Airbus A380 nak mendarat.




nie first time A380 tue datang kat Heathrow. tue yang diaorang siarkan berita tue. tapi, memang giler bapak besar la pesawat tue. bley muatkan 555 orang (macam buku hutang kedai mamak plak-555). pesawat tue double decker. hehehe ingatkan bas jer ader double decker, kapal terbang pon ader double decker. mintak-mintak waktu balik mesia 2008 nanti aku ader chance naik kapal terbang A380 tue.sebab mesia airlines ader beli kapal terbang tue jugak.

lepas tue, aku pon pergi membeli-belah di kedai Yahudi iaitu Sainsbury's. huhuhu dah tau tu kedai Yahudi, stil nak gi shopping kat situ. nak wat camna, dah tu jer supermarket yang dekat ngan university. lagipon nak gi sainsbury's takyah kene bayar tambang bas. sebab bley naik free of charge bila tunjuk student id card. kat sainsbury's tak beli aper pon cuma beras 4 kilo, ikan dalam kotak tue satu, gula sekilo, serbuk kopi cappuchino, ngan aiskrim. itu ajer. tak banyak pon kan?

lepas balik dari sainsbury's nie aku pon tak tau nak wat pe. ingat tgk movie korea je kot sebab aku dah kene cabut wayar tenet aku kat bilik nie. aku dah guna 900Mb hari nie. limit tenet setiap hari cumer 1000Mb= 1Gb. taknak aku kene banned lagi tenet. dahla la ader tenet kat bilik pon aku dah mati kutu, apatah lagi kalu tenet takder. mau aku gantung diri tak bertali karang.

entahla aku pon terfikir. nie baru cuti dua hari. kalu cuti summer 3 bulan karang, aku nak wat pe gamaknyer. memang nak kene cari keje nie. tapi, malasnya nak cari keje. aku malas nak cari jer, bukan malas nak keje. ader tak sesapa tahu keje yang datang bergolek-golek kat kiter tanpa kiter perlu bersusah payah mencari?

Adab Rasul

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan
solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah
yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau
mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap
orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai
harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan
bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq
Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk
menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah
sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting
untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan
jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka
berbaring
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan- Segeralah berwudhuk
- Solat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6 OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan
jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada
Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri
hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku
dengan sifat sifat mahmudah...::

Kenapa hari nie aku nak kasi penyepak?

amacam, emo tak korang baca tajuk entry aku yang kat atas tue? nak tau tak sebab munyabab aku rasa nak pi bagi penyepak kat 2 makhluk tue? sapa 2 makhluk tue? apa yang diaorang dah buat? apa salah diaorang?

kalu nak tau jawapan kepada soalan2 di atas, baca petikan akhbar di bawah nie yang aku ambil dari Utusan Malaysia Online di bawah tajuk 'Pengambilan Guru Diperketat 2007'. Kalu nak baca artikel tue penuh, sila klik SINI !

"Terdahulu sebelum sidang akhbar itu,Hishammuddin mengumumkan khidmat pesanan ringkas (SMS) pelajar terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri yang diterimanya sebelum tiba di PWTC.
Beliau yang gembira dengan SMS itu berkata,walaupun Nur Amalina berada jauh di United Kingdom,tetapi masih lagi mengingati perayaan Hari Guru yang disambut hari ini."

amacam, korang dah bley jawab tak soalan2 yang kat atas tue? ok, ini jawapannya. 2 makhluk yang aku nak bagi penyepak tue adalah Amalina ngan Hishammuddin. sebab munyabab nyer adalah kerana aku rasa bengang pasal apa nak kecoh-kecoh pasal sms tue. perlu ker di bagitau kat semua rakyat mesia yang dia dapat sms dari UK? motifnya? pastu siap bergembira tue (tapi aku tak tau la dia tepuk tangan macam kanak2 riang ke tak) yang KONON-KONONNYA amalina tue hengat lagi kat cikgu2 kt mesia nie walaupun jauh kat uk nie. apa, ingat bebudak lain kat UK nie tak hengat ka sambutan hari cekgu? ingat bebudak lain kat UK nie lupa kat jasa dan pengorbanan cekgu2 diaorang dulu. kalu aku ader no tepon hishammuddin tue, aku pon akan antar sms. tapi mesti dia takkan bagitau satu mesia sebab sapala aku nie yang pandai dan bijak sehingga dapat straight A's untuk spm ( perasan sendiri).

poyo tak hengat donia betul dedua makhluk tue. eleh, mentang2la dapat 17A waktu spm, dah jadi macam tue. cuba kita suruh si amalina tue amik balik exam spm. dapat ker 17 A lagi? aku rasala, bukan rasa dah tapi kompem yg dia takkan dapat 17A. silap2 ader subjek yang gagal. itu tandanya dia tue dulu menghafal untuk exam (matila aku yang samakan dirinya macam aku iaitu menghafal utk exam).

aku nie bukannyer dengki, cemburu mahupun ader PHD (perasaan hasad dengki) tapi aku tak bley terima kenyataan yg diaorang tue terlalu mengagung-agungkan si amalina tue. dia tue manusia biasa gak. nak kater bijak sampai bley belajar kt UK, aku nie pon ada kt UK skang nie (habisla aku perasan sendiri lagi). tapi diaorang tak agung-agungkan aku pon?


p/s: walauapapun, nie semua adalah benda2 yang ader dalam kepala hotak aku nie. disebabkan ini adalah blog aku, maka sukati aku la nak tulis apa-apa jer kan? so, takyah la korang fikir yang bukan-bukan mengenai hishammuddin, amalina ngan diri aku sendiri...

MSM 1Ab: Mathematics Core B

Rabu, Mei 17, 2006
ermmm hari nie ader paper 1Ab. nie salah satu daripada 3 paper yang aku WAJIB lulus. huhuu, bajet paper ari nie senang, tapi macam hampes plak aku jawab tadi. maleh aku nak komen banyak2. kang aku rasa bengang.

pepun, aku tinggal satu paper lagi. itupon next week hari jumaat. paper 1C a.k.a mechanics. mintak2 senang walaupon hakikatnya susah. aduhhhh....

ermmm hari nie hari guru. walaupon aku officially belum jadi cekgu lagi tapi tak kisahla sebab nanti aku pasti akan jadi cekgu. siap berkontrak 8 tahun lagi tue. walaupon cekgu skang nie berlambak-lambak sampai menganggur, aku nanti senang2 jer akan dapat jadi cekgu.

ermmm, ape pun terima kasih la kepada cekgu-cekgu aku (macamla cekgu2 aku baca blog nie) yang bersusah payah mendidik saya sehingga saya berjaya sampai ke UK nie (skema gilerrr ayat aku, bley jadi cekgu BM nie walaupon TAK layak).

p/s: amacam, pendek tak entry aku hari nie? nie semua sebab 'orang tue'...

MSM1B: Foundations and Abstraction

Selasa, Mei 16, 2006
akhirnya, selesai jua paper yang paling di takuti oleh kami bebudak math, iaitu paper MSM 1B. lega rasanya. macam seolah-olah beban yang tergalas atas bahu sebelum nie dah takder.

paper tadi bagi pandangan aku senang (tapi kenapa aku punya answer booklet banyak ruang kosong?) sebab mostly soalan yang di tanya tue lebih kurang macam latihan-latihan sebelum nie. so tak la susah sangat kalu nak di comparekan ngan past years punya exam paper yang susah ittew.

hari nie ramai bebudak kelas aku yang siap dan blah dari exam hall awal. mungkin bagi diaorang paper 1B nie tak susah sangat macam yang aku rasa. yerla kalu dalam latihan sebelum2 nie pon diaorang bley dapat markah lagi banyak dari aku. aku nie satu habuk pon tak tahu pasala 1B nie. terutamanya yang aku belajar semester nie. camana ekdiaorang terer dalam dalam subjek nie? confucius aku...

hari nie pepagi buta tadi dah turun hujan ngan lebatnya. memang malas betul aku nak bangun pagi tadi. tapi memandangkan aku ader banyak lagi benda yang tak baca untuk 1B, aku paksa diri aku bangun dan mandi. hehehe dahla kat luar tue sejuk tapi aku gatai pi mandi ayaq sejuk. pastu bila kuar dari bilik air menggigil-gigil. kalu aku mandi guna ayaq panas jawabnya lepas mandi aku sambung tidoq balikla.

ermmm esok aku ader paper yang ke empat. paper second last. yeaahuuuuuu..... tak sabarnya nak habis exam. esok paper aku start petang jugak pukul 2 kat avon room yang tak vogue tue. paper MSM 1Ab: Mathematics Core 1Ab...

Qadak dan Qadar

Isnin, Mei 15, 2006
aku baru jer baca blog TukangTaip . dalam blog dier, dier ader tulis pasal kawan pompuan dier yang baru jer kehilangan anak dier yang pergi menemui Ilahi pagi tadi. sedih sungguh bagi seorang ibu yang kehilangan anaknya pada hari nie.

alkisahnya, pompuan nie baru bercerai ngan suaminya. diaorang ader anak kembar pompuan. memula, isteri dier yang jaga anak2 diaorang. pastu tetiba satu hari nie, suami dia bawak lari anak2 diaorang dari rumah pegasuh. si isteri jatuh sakit sebab rindu kat anak2 dia. pastu biler si isteri di bawa ke hospital, dia di sahkan ader sakit lain. sakit buah pingang kalu tak salah aku. memang kesian kat si isteri nie.

dier nak sangat jumpa anak2 dier. ntah macamana, sedara si isteri nie berjaya jumpa anak2 dier dan terusla bawak anak2 dier jumpa dia kat hospital 2-3 hari lepas. tapi anak2 dier demam teruk sebab rindukan mak dier. tapi apakan daya, pagi nie salah seorang dari anak kembar dia telah pergi mendahului si isteri untuk menemui Ilahi. itula yang dinamakan takdir. baru 2-3 hari berjumpa, terpaksa pula berpisah.

walau macamana pon, aku berharapla semoga rohnya di cucuri rahmat. al-fatihah...
dan sama-samala kita berdoa yang si isteri nie akan sembuh dari penyakitnya. semoga dia dapat meneruskan kehidupan dengan tabah sambil menghadapai cabaran dan dugaan dari tuhan.

Hari Ibu

Hari nie hari ibu/ emak/ umi/ mama/ mami atau apa jela yang korang panggil mak korang. sebenarnya bukan hari nie jer hari ibu. tetiap hari pon kita patut selebret hari ibu. ibu kita banyak berkorban untuk kita.

dari dalam perut mak kita lagi, kita dah sakitkan mak kiter. kita tendang-tendang perut mak kiter. tapi mak kiter tak marah pon sebab yang tendang tue anak dier. dahla kiter nie berat, tapi mak kiter tak merungut pon bawak kiter ke hulu ke hilir dalam perut.

bila kita nak kuar dari perut mak kiter, kiter buat dia sakit lagi. tapi mak kiter tak marah jugak sebab dia pon tak sabar nak jumpa dan tengok anak dier. pastu biler dah kuar, kita susahkan dier plak dengan jaga kiter macam bagi susu, bagi makan, tukar baju, lampin pastu siap basuh berak kiter lagi. pastu malam-malam kiter kacau mak kiter nak tido dengan melalak nak susu. ermmm, teruknya kiter!

bila dah masuk sekolah, kiter susahkan dier lagi dengan suruh basuh baju, seluar ngan kasut sekolah kiter.pastu ader jugak yang suruh mak dier antar dier ke sekolah. terpaksalah mak kiter bersusah payah bawak kiter ke sekolah. dah la pulak tue, kat rumah mak kiter terpaksa masak, basuh baju, kemas rumah dan macam-macam lagi supaya kiter berasa selesa duduk dalam rumah tue. kadang-kadang sampai mak kiter cedera macam terpotong jari ker, kena minyak panas ker semater-mater nak besarkan kiter.

pastu sampailah sekarang, mak kiter masih lagi ingatkan kiter walaupun kiter kadang-kadang dah tak ingat kat dier. kalau ingat pon biler nak mintak sesuatu. itula bak kater sesetengah orang, kecik-kecik tak nak mampus, dah besar pon nak susahkan orang lagi. tapi bukan mak kiter la yang cakap macam tue sebab mak kiter rela buat aper sajer untuk anak dier.

so, sebab tue la kiter kena selebret hari ibu nie. bukan hari nie jer tapi tetiap hari...

M-O-T-H-E-R

Ahad, Mei 14, 2006

M - O - T - H - E - R

"M" is for the million things she gave,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,

Put them all together, they spell

"MOTHER,"

A word that means the world to me

Thanks mom, u'll always be at my heart!

Happy Mother's Day,
Pn. Zakiah Bt Marzuki


Hujan

Sabtu, Mei 13, 2006
sekarang nie tengah hujan kat brimingam. so tetiba teringat plak lagu sudirman- hujan. so, aku postkan lirik lagu hujan nie...

Sudirman-Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Pelik betul...

ermmm aku kadang-kadang rasa pelik ngan orang putih a.k.a flatmates aku nie. nak kater bodoh, tak bodoh. nak kater bangang, tak bangang. biol kot diaorang nie.


semalam entah angin aper bila aku balik dari edward road semalam, diaorang tengah kemas dapur ngan toilet aku (jangan jeles hamid albar, flatmates aku memang rajin). diaorang mop lantai, basuh pinggan mangkuk yang dah beberapa hari lepas punya, pastu buang sampah.so memang nampak cantik berkilat la dapur ngan toilet aku (tak seperti rumah sapa tatau yang kotor dan berselerak itu...).aku pon ader tolong gakla. tolong tengok! tapi kan bila aku bangun pagi nie, masya'allah. punyalah kotor dapur ngan toilet aku. aku tengok kat lantai dapur ngan toilet aku ader rumput-rumput ngan pasir. pastu atas sinki dapur tue tak yah cakapla. penuh ngan pinggan mangkuk kotor. pastu atas meja makan ader serbuk2 roti, pastu ntah apebende lagi ntah.


lepas tue depan pintu bilik aku ader tempat untuk babique....oppss tersilap taip lak. tempat barbeque a.k.a memanggang. siap ader satu batang kayu yang panjang yang aku rasa akan di gunakan sebagai kayu arang nanti. haduii pening kepala aku pagi nie tengok keadaan rumah aku. abis tue, mana aku tak rasa pelik ngan diaorang nie. sebab tue la aku kater diaorang nie biol. dah penat-penat petang semalam kemas, pastu bley buat selerak balik.







aku rasa malam semalam diaorang tak tido kot sebab masa aku tengok bulan, diaorang tengah berulang alik antara rumah aku ngan rumah jiran depan rumah aku tue. memang bisingla kedekung kedekang bunyi pintu rumah aku tue. tapi aku buat tak peduli. aku amik headphone laptop aku,letak kat telinga pastu aku pasang lagu. baik aku tido sambil dengar lagu dari dengar diaorang buat bising.


selain dari tue, flatmates aku pernah jugak buang beberapa barang aku yang aku letak kat dapur tue. memang bengang jugak la. antaranya ikan kembung, santan, kain lap pinggan aku dan jugak jag air aku. aku pon tak paham kenapa diaorang buang. kalu ikan tu mungkin la diaorang buang sebab bau hanyir, kain lap pinggan tu plak sebab dah buruk, tapi jag air aku ngan santan tue kenapa nak di buang gak. bukan aku letak merata-rata macam atas sinki ker atas meja makan ker tapi aku letak dalam almari kabinet aku yang kat dapur tue. santan tue baru jer guna sikit. tapi kes kena buang barang makanan nie bukan jadi kat aku jer. kawan aku yang lain pon ader gak yang barang diaorang letak kat dapur kena buang. ish, bengang la di buatnyer.

Tentang Bulan

sekarang nie aku tengah tengok bulan. aku tengok dari tingkap bilik aku. cantik betul bulan malam nie. bulat penuh dan berwarna putih. walaupun hakikatnya bulan hanyalah memantulkan cahaya matahari, namun bagi aku cahaya putih itu datangnya dari bulan sendiri. cahaya yang mampu menerangi kegelapan malam. dan walaupun aku tengok bulan di sebalik dedahan pokok yang tumbuh kat belakang bilik aku nie, still bley nampak dengan jelas akan kecantikan bulan tue.

bila aku tengok bulan, aku akan teringat apala agaknya orang2 lain buat pada masa sekarang. kalo orang2 yang kat malaysia tue, diaorang mesti tengah bersiap untuk memulakan stu lagi hari baru dalam kamus hidup diaorang. ader yang tengah makan breakfast, ader yang baru bangun tido, dan ada jugak yang tengah stuck dalam traffic jam. kalo orang kat UK plak, mesti ader baru nak tido, ader yang tengah struggle study sebab nak exam malah ader jugak yang tengah membuat bising mengganggu ketenteraman orang lain macam flatmates aku buat sekarang.

sambil-sambil aku tengok bulan tue, aku terfikir gak. ader ker orang lain yang tengah tengok bulan macam aper yang aku buat sekarang? kalo ader yang tengah memandang bulan sekarang nie, aper agaknya yang ader dalam kepala hotak diaorang tue.

baru aku teringat yang sepanjang aku duduk kat UK nie, nie la rasanya baru pertama kali aku tengok bulan. walhal waktu aku kat malaysia dulu, aku selalu tengok bulan. tak kiralah waktu tue bulan penuh ker, bulan tak penuh ker, bulan separuh ker. aku tetap aku tengok. even kalu takder bulan, aku akan tengok langit malam yang gelap. langit yang penuh dengan bintang2 yang berkelipan. dan itu membuatkan aku sedar akan besar kuasa tuhan, pencipta alam semesta ini...

Edward Road

hari nie takder aper yang menarik pon. bangun pagi tadi macam biasa terus on laptop. nak tengok ader email baru ke tak. pastu study sikit-sikit sambil tengok shin chan. korang bley ker belaja sambil tengok shin chan macam aku buat?

pastu tengahari macam minggu-minggu yang lepas aku pegi tunaikan kewajipan. kewajipan sebagai lelaki muslim iaitu semayang jumaat. macam biasa aku sampai awal dan seperti biasa aku tak tolong pon bentang sejadah. hehehe, baik kan aku?

pastu lepas semayang jumaat aku pegi edward road ngan pian dan si hamid albar. aku takder apa nak beli pon tapi sajer jer menghabiskan duit, masa dan tenaga. edward road nie kalo hangpa nak tau ader kedai-kedai orang pakistan a.k.a paki a.k.a kipas. kitaorang panggil diaorang kipas sebab kalo nak mengumpat diaorang tak obvious sangat la. tapi jangan salah sangka. bukan aku yang start dulu panggil kipas. aku pon tatau sapa yang start dulu.

edward road nie jauh jugak la ngan university dan jugak tennis court. kalo naik bas lebey kureng 5-10 minit. kalo jalan kaki lebey kureng 1 jam. itu kalo jalan kaki berlenggang kangkung macam aku buat la. kalo macam pian jalan, 1/2 jam dah sampai (oppss...termengata plak).

so, kat edward road nie ader la kedai runcit, kedai gunting rambut, pharmacy dan jugak kedai menjual daging halal. kira murah jugakla barang2 kat sini. sini kira macam tempat kitaorang shopping barang2 makan. kat sini jugakla aku gunting rambut dulu. harganya 4 pound=28 ringgit. mahal tak? aku pon tatau biler nak gunting rambut lagi.

pastu next semester kitaorang akan sewa rumah yang dekat-dekat situ jugak. kira senang la nanti nak beli barang makan. walaupun jauh sikit dari university, tapi tak kisahla sebab rumah yang kitaorang sewa tue rumah banglo 2 tingkat yang mempunyai laman belakang seluas mata memandang.so merasala tahun depan kitaorang bercadang untuk membela kuda, ayam, itik dan tak ketinggalan lembu. sambil tue jugak mengusahakan sayur-sayuran seperti kangkung untuk kegunaan seharian (layak dapat anugerah peternak dan peladang yang berjaya nie). itu pun kalo kami tak di pelangkung oleh landlord la. kalo tak, merasala kami akan tendangan penalti dari en rahman a.k.a landlord kitaorang tue.

ermmm, tak sabarnya nak masuk second year. mintak-mintak di permudahkanla jalan untuk masuk second year.

p/s: di sini aku nak mengucapkan tahniah kepada kawan aku yang sorang tue kerana telah berjaya membeli untuk diri sendiri sebuah alat telekomunikasi yang canggih tetapi gedabak ittew.... sehinggakan kalo alat itu di baling kepada hanjeng-hanjeng, merasala binatang itu akan terus masuk ICU tanpa berlengah-lengah lagi. (jangan marah ahhhh, nanti kena jual....)

We Are The Champions

Jumaat, Mei 12, 2006
Queen lyrics

"We Are The Champions"

I've paid my dues, time after time
I've done my sentence, but committed no crime
And bad mistakes, I've made a few
I've had my share, sand kicked in my face
But I've come through

And I need to go on and on and on and on
We are the champions, my friend
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions, We are the champions
No time for losers 'cos we are the champions of the world

I've taken my bows, and my curtain calls
You've bought me fame and fortune
And everything that goes with it... I thank you all
But it's been no bed of roses, no pleasure cruise
I consider it a challenge before the whole human race
And I ain't gonna lose

And I need to go on and on and on and on
We are the champions, my friend
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions, We are the champions
No time for losers 'cos we are the champions of the world

We are the champions, my friend
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions, We are the champions
No time for losers, 'cos we are the champions

MSM 1D: Applicable Mathematics

Khamis, Mei 11, 2006
ermm, aku rasa paper nie aku buat dengan teruknya sekali. macam hampessss(hampas kelapa bley jugak). entahlah. aku pon tak tau dapat berapa markah nanti. mintak-mintak janganlah kena resit (maksudnya amik balik paper tue, bukannyer dapat resit beli barang). tak sanggup aku...

MSM 1D nie sebenarnya adalah subjek statistik. entahla, aku pon tarak tau kenapa aku bley jadi macam nie. dulu waktu a-level aku rasa aku paling suka subjek stats. tapi sejak masuk university nie, nie adalah antara subjek aku paling tak gemor. nak kater susah tue, aku rasa tak la susah sangat. mungkin sebab aku tak suka lecturer tue kot. sebab tue la aku jadi tak suka ngan subjek nie. cara dia mengajar tue lain sikit. yerla, dia suruh salin nota kat slide show sambil nak suruh kitaorang dengar bebelan dia. dahla suruh kitaorang salin nota cepat2. mana nak salin nota lagi, mana nak dengar bebelan dia lagi.

tapi, aku rasa yang kat atas tue semua adalah alasan rekaan aku semata. alasan sebenarnya adalah aku nie dah jadi pemalas. tak nak buat latihan.itu sebabnya.memang la lecturer tue ader sumbangkan juga salah satu factor yang menyebabkan aku jadi macam nie tapi walau apa pun sifat malas tue terbit dari diri sendiri, bukan dari lecturer tue.

pepun, semalam cuaca sangat cerah. maka ramailah omputih-omputih nie melepak-lepak di kawasan lapang sambil membuat pelbagai perkara seperti baca buku,baca nota. malah siap ader yang bawak pelapik lagi. ermmm betulla apa yang aku dengar dari kawan-kawan aku kat malaysia dulu yang omputih nie sangat sukakan matahari. walhal aku nie kalu bley nak lari dari matahari. sebab panas (abis ko ingat neraka tue sejuk ker...?). yerla, aku kan sekarang semakin putih (hiks berangan diri sendiri jadi putih)so tak nakla berjemur bawah matahari. kang jadi hitam balik.


well, i just left with 3 more papers to finish my exam.next week i got 2 more papers.paper aku minggu depan ari senin ngan selase. got 4 days more to revise...

MSM 1Aa : Mathematics Core 1Aa

Rabu, Mei 10, 2006
dah abis satu paper exam.tinggal lagi ampat looo....


korang tak yah tanya la pasal exam aku tadi. macam hampeh. bukan susah sangat pon tapi kepala otak aku nie yang bengap.agaknya sebab over conpiden kot. untuk paper tadi aku rasa aku tak score kot tapi kalo nak lulus tue boley la. 3 jam tau aku jawab exam tadi. sampai naik lenguh tengkuk aku sebab asyik tunduk nak tulis jawapan. mostly soalan2 tue aku dah pernah tengok tapi aku tengok jela, tak buat pon. sebab tue aku kater tak susah. dan sebab tue jugak aku tak reti nak jawab.huhuhu


hari nie keadaan cuaca still lagi mendung tapi tak hujan macam semalam. pastu hari nie aku tak pakai la jaket nak pi jawab exam sebab macam rasa panas. tapi kan bebudak pompuan semua macam pelik. diaorang siap tanya lagi aku tak sejuk ka. aku cakap takderla sejuk sangat. rasa macam duduk dalam air-cond kat malaysia jer(tapi bukan macam air-cond dalam dewan besar intec yang seperti freezer itu). sekali bila si umi sampai, mak aih bukan main tebal lagi dia pakai (takder la tebal sangat pon, saja jernak buat perbandingan ngan aku). tapi bila di tanya dia kata- aku panas ni tau! ha itula. sapa suruh nak pakai tebal2.


pepun esok aku ader satu paper. subjek applicabble maths. 3 jam jugak. start pukul 2.

Tenet

Selasa, Mei 09, 2006
aku kali nie nak cakap pasal ramalan cuaca. kalo mengikut ramalan cuaca yang di keluarkan oleh website Weather Channel UK , sepanjang minggu nie sampailah ke minggu depan, birmingham akan hujan di selang seli dengan keadaan mendung. mak aih, bosannya! kiranya aku akan exam dalam keadaan cuaca mendung. tak best sungguh.tapi bagus gak. at least masa aku berlenggang lenggok ke dewan exam tue, mata dan iman aku akan terpelihara. sebabnya musim hujan macam nie orang putih takkan melepak kat kawasan padang sambil mengenakan kain buruk di badan mereka. hahaha

pepun aku nak katakan yang ramalan cuaca nie bley di percayai kerana ramalannya 80% tepat. ini kelebihannya bila kita duduk kat UK nie. segala maklumat berada di hujung jari tanpa perlu mengeluarkan peluh jantan dan betina mahupun apa jua cairan yang mampu keluar dari badan kita. bukankah mudah? bukan ramalan cuaca jer yang kita bley dapat dari tenet nie. macam-macam ada... (sila baca macam iklan kat astro tue!)*(beranganla aku di panggil jadi model astro lepas nie)*.

daripada berita, hiburan, shopping barang dapur mahupun mekap,beli baju, beli tiket bas,ketapi mahupun apa saja yang terlintas kat kepala hangpa tue, korang bley guna tenet. hangpa googling ker yahooing ker benda2 ataupun info2 yang korang perlukan, pastu dapatlah benda tue. bayangkan kalo korang nak beli spender mahupun tuala _______( isi sendiri tempat kosong), korang click jer button buy kat tenet, pastu tunggu jer barang tue sampai ke depan pintu rumah korang.

tapi benda-benda macam nie aku rasa bley dapat kat negara-negara maju jer macam UK,USA, Jepun. kat malaysia orang masih kurang gunakan tenet untuk benda2 macam nie. setahu aku kat malaysia ramai orang gunakan tenet untuk berchatting jer. bukanla semua orang malaysia la.ini dari isi hati pandangan mata aku jer (hehehe, abisla aku cedok ayat Sultan Muzaffar). mungkin rakyat malaysia masih kurang yakin dengan keselamatan duit apabila berbelanja di tenet. yerla kang tak pasal-pasal duit dalam akaun bank lesap.

tapi kan, still ader gak bebudak yang duduk kat UK nie tak menggunakan sepenuhnya kemudahan internet nie. tenet hanya di gunakan dengan sepenuhnya apabila mendownload cerita-ceriti (hiks sapa tue tatau-sampai kene ban) dan juga berchatting. nasihat aku gunakanlah kemudahan internet nie dengan sebaik mungkin. macam-macam info korang bley dapat dari tenet tanpa korang perlu bersusah payah bersusah payah.

citer lawak

Isnin, Mei 08, 2006
hehehe, citer lawak nie aku copy and paste dari blog orang lain- Abg DinTKD(tanpa kebenaran tuan punya blog).


Accident
Satu hari tu aku nampak accident depan mata aku ...ada sorang Bai jual roti kena langgar dengan sebuah bas. Impact dari kena langgar tu si Bai tu tercampak dalam 10m dari motor rotinya dan ngam-ngam jatuh ke dalam longkang.. Bila aku sampai aku tengok si Bai tu dah terjelepuk kat dalam longkang tu dengan darah dah mengalir dari kepala dia . Roti dia pulak aku tengok dah bertaburan kat atas jalan.. Dia try untuk sapu darah yang mengalir dari kepalanya sambil merintih kesakitan.
Kejap tu orang dah mula ramai dan kebetulan ada sorang polis datang dan bertanya kat Bai tu..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. si Bai itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..." .....
tu la cerita nyer betapa komited nyer so Bai terhadap kerjayanyer ...macam komited aku kat kelas2 aku la..he..he.. citer tu lawak jer..tapi kalau korang nak percaya jugak terpulangla..


Ni ada satu lagi lawak utk korang renungkan ..
Ada sorang makcik Kelate nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat Kelantan la. "Misi..mokcik nok tupe tanyo, mano dio wad kecemase" Nurse tu selamba jer jawab... "wad Kencing Masam takde makcik....wad Kencing Manis ader la"

...bahasa jiwa bangsa ....

Berkobar-kobar

alahai, cuaca di birm pagi nie mendung, hujan dan berkabus. bangun pagi nie dengan semangat berkobar-kobar (macam lagu berkobar-kobar vince ) nak studi tapi bila jer selak langsir, luluh hati ku memandang ke luar. gelap gelita awan di atas.

tapi lega jugak sebab dah beberapa hari cuaca di sini panas terik macam kat Malaysia.aku ingatkan cuaca kat malaysia jer yang panas. rupa-rupanya kat sini panasnya mengalahkan malaysia. memang bley sunburn la (hiks macam kawan aku yang seorang tue nak sunbath kan dirinya). kat sini walaupun suhu lebey kurang 16-18 darjah celcius, panasnya aku rasakan macam 32-34 darjah celcius. lagi panas dari kl yang penuh maksiat itu.kenapa sini panas? sebab kat sini kadar kelembapan kat uk nie sikit, tak macam malaysia.nasib baikla angin kat uk nie sejuk dan bertiup banyak (bukan sepoi-sepoi bahasa macam kat malaysia tue) maka kurangla jugak rasa panas kat sini.

ha, kat bawah nie lirik lagu vince- berkobar-kobar...






bila mana di dalam jiwaku berkobar
perasaanku mula menjadi gementar
kan ku harungi tanpa rasa gentar
kerna perasaanku ini hanyalah sebentar
bila mana.....berkobar-kobar
di dada.....berkobar-kobar
ku atur langkah semangat penuh sabar
walau di dalam nadi darah hangat membakar
daku buka langkah dngan jiwa yang besar
ku hayati semangat yang berkobar
taalaa...mari..mari..
taalaa...tuju kejayaan
kita mendaki dan menjejak mimpi
apa yang menanti tak siapa mengetahui
namun yang pasti kita mampu takluki
bila di hati semangat berkobar-kobar


p/s: aku sebenarnya suka lirik dia tapi tak suka lagu dan orang yang nyanyi tue...

Hari nie hari ahad!

dah hari ahad dah. huhuhu. ini bermakna lusa dah start exam. alamak, mampuih la aku tak abis revise lagi nie.

aku nak cerita dari kesinambungan semalam pasal toilet aku tue. semalam, lepas aku terperangkap, flatmates aku plak yang kena. dia pon takleh kuar gak.hahaha padan muka ko! tapikan rupa-rupanya dia keluar ikut tingkap (flatmate aku waktu nie pakai seluar, bukan pakai towel). cis....lepas tue dia ketuk pintu depan flat aku. tak sempat aku nak pi bukak, flatmate aku yang sorang lagi dah tolong bukakkan. lepas tue, kecohla diaorang nie bincang camna nak wat ngan pintu toilet tue. aku buat tak peduli jer. lantak koranglah nak wat camna. aku nie memang jarang keluar bilik. kalu keluar pon untuk pi dapur takpun toilet. lain daripada tue aku berkurung jer dalam bilik. so, aku pon tertidola waktu petang semalam. bila aku bangun tido nak gi toilet, erkkk! apa dah jadi ngan pintu toilet aku?

huhuhu, bertuah punya flatmates aku. diaorang gi tanggal kunci pintu toilet flat aku tue. maka aku pun tak jadila menggunakan toilet tue di sebabkan rasa fobia. takut waktu aku ___________ (sila isikan tempat kosong dengan menggunakan tidak lebih dari 2 patah perkataan) nanti ader orang bukak pintu toilet tue.hehehe nasib baik aku tak rasa nak berak. maka semalam aku pon tak guna la toilet tue.

pagi tadi, aku bangun awal sebab nak berak. aku tawakal jela mintak2 flatmates aku tak bangun tido waktu tue.tapi masa aku guna toilet tue aku ader tampal notice kat pintu toilet yang berbunyi begini- DO NOT ENTER. UNDER CONSTRUCTION! hehehe... nasib baikla takder apa2 kejadian yang tak di ingini berlaku sepanjang aku menggunakan toilet tue...

tup tup petang tadi ader orang datang baiki. lega rasanya hati aku sebab esok pagi aku bley berak dengan hati tenang.

Pengalaman menakutkan...

Sabtu, Mei 06, 2006
aduh, aku baru sahaja mengalami pengalaman yang menakutkan sebentar tadi. hangpa tau apa yang terjadi pada aku? mestilah hangpa tak tau kan?aku sebenarnya malu nak cita kat hangpa semua pasal pengalaman aku tadi.tapi, aku nak jadikan citer aku ini sebagai iktibar kepada hangpa semua...chewaaahhhh

kalu hangpa nak tau, aku rasa takut bila aku terpaksa berhadapan dengan situasi macam pagi tadi tue. bila aku berada dalam situasi tue, macam-macam perkara yang berputar-putar dalam fikiran aku sampai aku naik pening-pening lalat (tapi aku takder taik lalat tapi). entahlah, bila dah berada dalam situasi kesusahan barulah aku berfikir macam-macam benda yang selama nie aku tak ambil berat. baru aku sedar rupa-rupanya dalam kepala hotak aku nie macam-macam sampah-sarap yang bertimbun sampaikan aku tak terperasan akan sampah-sarap yang berada di bahagian bawah.

pastukan, selain benda-benda tue, aku ader gak cari jalan macam mana nak lepaskan diri aku dari situasi menakutkan tu tapi semuanya pon tak bley pakai. sudahnya aku tawakal jela.

hangpa mesti tertanya-tanya kan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi? sebenaqnya pengalaman menakutkan aku sebentar tadi adalah.....pengalaman terperangkap dalam toilet lebey kurang sejam!citernye begini, pintu toilet aku tue jadi rosak sejak monyet-monyet bilik aku nie balik sini. apa yang depa buat kat pintu tue pon aku tak tau la sampai jadi rosak lagu tue. habis tue aku macam biasa la pepagi buta kalu tak berak tak sah (korang pon sama jugak kan?). so tanpa segan silu mahupun malu-malu kucing aku pon masuk la toilet tue nak berak dan mandi. di pendekkan citer (aku malas nak citer detail apa yang aku buat kat dalam toilet tue takut nanti korang tak lalu makan plak nanti) bila aku dah selesai apa yang aku hajatkan, aku nak keluar la. tup-tup, pintu tue tak bley bukak. dalam 5 minit tue aku cool lagi la sebab sebelum nie pon dah pernah kena tapi 5 minit dah bley bukak. bila dah nak 1/2 jam aku cuba tak boleh bukak gak, aku pon gelabah la. aku ingat nak keluar ikut tingkap jer tapi masalahnyer aku pakai tuala jer (sila jangan bayangkan aku bertuala! aku tak rela...). nanti kalu tuala aku terlepas (lagi sekali jangan bayangkan ...) sapa yang malu? mereka dan keluarga mereka...

tempat kejadian


even kalu aku berjaya keluar ikut tingkap pon, masalahnya pintu depan flat aku berkunci. macam mana nak masuk? takkan aku nak berdiri kat luar tue ngan bertuala jer. aku tak rela youuu! kalu aku ketuk pintu pon bukannya flatmates aku akan bukak sebab pagi lagi dan diaorang tue semua pon tido mampus....
maka aku pon ambil keputusan nak cuba gak bukak pintu toilet aku tue. cuba punya cuba punya cuba punya cuba ....(berapa banyak punya cuba daaa) tak bley gak. so, aku tarik napas melalui ruang pengudaraan yang besar di antara mulut ngan mata, baca bismillah dan aku pulas pintu tue. alhamdulillah berjaya.

akhirnya, setelah berhempas pulas berjaya gak aku melepaskan diri dari situasi yang menakutkan tue. hehehe, amacam? takutkan pengalaman aku tue?

Bile pelajar aliran sains bercinta.....

Jumaat, Mei 05, 2006
(Aku dapat dialog kat bawah nie dari kawan aku....memang kelakar sioot bagi aku!)


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu
ialah
jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah
kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau
ada
kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi
unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu
berkadar
songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi
belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton
ketiga di
mana tindak balas cintaku bersamaan dengan
cinta
yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah
mengetahui
bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai
janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar
melalui
proses
pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh
laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop
cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg
lebih
aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
dan
haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi
tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau
tidak
percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua
itu
dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku
mahu
ialah tempoh perkahwinan kita harus
mengalami
pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
dari
iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nanti
bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugak
yg susah kerana aku akan mengalami
hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku
telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau
grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku
sendirian.......

Kuliah terakhir...


Ari nie adalah ari terakhir aku ader kuliah untuk semester nie merangkap tahun pertama aku sebagai budak u. tak sedar ek, tik tok tik tok masa berlalu meninggalkan kita. kejap jer rasanya setahun nie. tapi dah setahun ker? tipu jer. mana sampai setahun lagi aku kat uk nie. baru 7 bulan 15 hari aku berada kat uk nie. tapi rasa macam bulan lepas jer aku sampai uk. rasa macam baru start kuliah. rasa janggal lagi hidup kat uk nie. tapi, tak sedar rupa-rupanya aku dah nak amik final exam dah.

dalam masa 7 bulan nie, banyak perkara yang dah dan nak berubah. ader yang waktu kat malaysia dulu single tapi sekarang nie dah double. waktu kat malaysia dulu ala-ala baik tapi sampai uk dah nak jadik jahat, ader yang dulu pakai tudung sekarang nie gah dengan rambut berkaler. ader jugak yang sebaliknya iaitu menemui hidayah di bumi asing nie. tapi inilah manusia yang ader hati dan perasaan. yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan juga persekitaran...

aku? masih macam tue jugak. (ye ker macam tu jugak?) aku sendiri pon tak tau sama ader aku nie masih sama macam dulu ataupun tak. kalo dulu aku muda tapi sekang aku dah tue bangka.kalu dulu aku tak nampak kurus sekang nie nampak gemuk. kalu dulu aku berambut pendek, sekarang berambut panjang.

sepanjang 7 bulan aku kat sini, aku dapat rasa macam mana idup ngan org putih a.k.a monyet. antaranya adalah gaya pemakanan diaorang. amik contoh flatmates aku nie. senang betul idup diaorang. bukak freezer@ fridge. buang bungkusan luar makanan tue dan masukkan dalam microwave.bila bunyi 'ting...', dah boleh makan dah. tak macam aku yang hambik masa sejam nak masak dan makan. pastu orang putih nie bila dah guna pinggan mangkuk periuk belanga, bukannya nak terus basuh. di biarkan kering atas sinki. bila pinggan mangkuk dalam almari dah abis baru nak basuh. itupon satu hal jugak. ader ker basuh pinggan ngan sabun tapi tak di bilas ngan air. aku ulang yer. Basuh pinggan mangkuk ngan sabun TAPI TAK BILAS ngan air. camana tue? maksudnya bila dah letak sabun kat pinggan mangkuk yang kotor tue, kemudiannya pinggan mangkuk tue akan di BIARKAN kering kat sinki.pastu guna untuk makan balik. iieeeewwwww.......

lagi satu kan, minggu depan dah nak exam, minggu nie bley diaorang melalak-lalak dalam parti. lagak gaya mereka seperti monyet-monyet yang riang gembira baru lepas bersenggama (opppsss abisla aku bila pian baca). memang bising la keadaan nya. bengang tul aku...

pastu ari nie memang ramai giler yang lepak-lepak kat padang depan library university aku.ramai dari sebelum-sebelum nie. memang penuh sampaikan takder ruang kosong.

Ari nie bebudak KPM dapat duit scholar for the next three months. Lega sikit aku. Almaklumlah yang sebelum nie poket serta dompet aku kering kontang seperti gurun gobi layaknya. siap ader rekahan lagi tue.. walau apapun nasib baikla KPM masukkan duit scholar pada awal bulan tak seperti sebelum-sebelum nie. kalu dia masukkan lambat kali nie, harus aku report kat Karam Singh Walia. biar nanti tangan si karam tue turun naik kat layar televisyen report pasal KPM yang lambat masukkan duit. huhuhu...

Pembuka kata, Pemula Bicara

Hai....assalamualaikum...
nie adalah pertama kali aku tulis blog...
so, aku sebenarnya saja-saja tulis blog nie...
aku tak berharap pon akan ader orang yang akan baca blog nie tetapi entahlah....
kalo ader orang baca pon aku tak kisah sebab takder aper-aper pon dalam blog aku nie...