Going 2 Moon


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

hari nie alhamdulillah cuaca agak ok sebab tak panas, tak hujan. cuma agak mendung dan angin yang bertiup agak sejuk sikit. memang best la kiranya cuaca ari nie.

ari nie kami berenam-pian, aku, ruslan, hairi, p-jo ngan amar- buat sedikit jamuan (eleh, jamuan apa kebendanya kalu minum air sirap). bukan jamuan pun. cuma majlis apa yer nak di panggil? mungkin majlis bersuka ria bagi meraikan dah abis exam kot (eventhough ader yg tak abis exam lagi). kitaorang dah rancang dari minggu lepas lagi nak buat mende nie. so, dengan penuh semangatnya hari nie kitaorang buat la acara suka ria nie.

kitaorang buat petang tadi kat kawasan tasik The Vale. kitaorang masak pulut kuning. ha, best betul. itula, jangan sangka kat UK nie tak bley makan pulut kuning. memang best betul. menu untuk makan-makan nie adalah pulut kuning, rendang ayam, kepak ayam mayonnaise ngan kepak ayam bakar, puding karamel ngan puding roti. ha, hebat tak kitaorang bebudak lelaki masak? jangan ingat kitaorang nie tau makan jer, masak pon kitaorang pandai. ruslan masak pulut kuning, hairi, pian ngan p-jo masak rendang ayam, amar buat puding karamel dan aku macam biasa la buat puding roti. air plak air sirap ngan jus epal.





setelah siap masak, kitaorang pon bergerakla menuju ke tasik the vale. bila dah sampai ke destinasi pilihan, kami beriadah la dulu dengan main frisbee. ala, org melayu panggil permainan piring terbang. nie kira second time kitaorang main. permainan hari nie ada menunjukkan sedikit peningkatan berbanding waktu kami kat stratford dulu masa main ngan dr hafizal tue. tapi, biasala itu kan first time main. memang la tak reti nak baling lagi. tapi hari nie bley dikatakan semua orang bley baling piring tu ngan cantek sekali. even budak yg dulu tue *sapa tatau* yang bila dia baling piring tue, piring tue akan buat u-turn, hari nie dia baling dengan penuh gaya sekali. muahaha






dah penat main, maka tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara sentap-meyentap makanan. apa yang peliknya bebudak nie bukan makan pulut kuning dulu. seblaiknya diaorang nie menyentap kepak ayam dulu. tapi, apa-apa je la kan . lagipon perut tgh lapar sebab dah penat main baling-baling piring tue. aku makan pulut sikit jer pasal jaga badan perut aku dah cram di sebabkan kepenatan bermain baling piring tue. tapi aku tetap maintain dengan menibai 4 kepak ayam, seketul paha ayam, puding roti, dan puding karamel. memang tak hengat donia betul bila bab makan nie.



tgh sedap-sedap makan, nampak si mukhriz, azizul ngan mamat 'yang tak pernah aku tahu akan kewujudannya kat university of birmingham nie' berjalan catwalk (matila aku cakap diaorang jalan catwalk walhal diaorang tue jalan straight) ke arah kitaorang. so ngan mulut berminyak (pasal makan pulut ngan kepak ayam), kitaorang *ekceli not me* ajak diaorang makan. tapi diaorang nie macam malu-malu kambing plak.diaorang amik kepak ayam jer. takkan tak makan pulut kuning kot. ker dah tak makan makanan mesia nie? kalu aku la di offer makanan, aku akan makan sikit supaya menjaga hati orang yang memberi tue walaupun aku sebenarnya nak makan banyak cuma malu. tapi, mungkin diaorang dah kenyang kot. tak baik tol aku nie bersangka buruk kepada orang lain. diaorang sebenarnya tgh tunggu si sekeng sebab dah janji nak main bola kat the vale tue. cakap pasal mamat 'yang aku tak pernah tahu akan kewujudannya di Birm Uni nie', aku dgr cerita dia budak 3rd year EE. tapi entahla. whateverla.



dah abis makan, kitaorang sambung main frisbee balik. pastu berselang seli main bola ragbi. main punya main, piring terbang tu ngan bola ragbi tersangkut atas pokok. pastu, dalam usaha nak dapatkan balik piring ngan bola ragbi tue, aderla yang membaling kasut miliknya sehingga kasut itu terlekat di atas pokok itu juga. maka bersusah payahla, berhempas pulas kami berusaha mendapatkan balik mende-mende tue. nasib baik berjaya. so okla. sebelum bertolak pulang (berangan yang the vale tue macam jauh jer ngan tennis courts padahal kaedahnya cuma 5 minit jalan kaki jaraknya), kitaorang bergambar beramai-ramai (matila ramai kan-padahal 6 orang sajork). memang best betul kitaorang bersuka ria macam nie.

« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan