Going 2 Moon: September 2007


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Dah Berapa

Ahad, September 30, 2007
Mari kita belajar ilmu hisab...


Dah berapa hari kita puasa?



Dah berapa hari lagi tinggal kita nak raya?



Dah berapa banyak duit kita keluar untuk zakat dan sedekah?



Dah berapa banyak pula duit kita keluar membeli-belah?



Hermm...



Korang jawab sendiri la yer soalan-soalan diatas...



Untuk aku, ader satu soalan lain ....
Berapa hari lagi tinggal untuk aku ....

Heroes Season 2

Rabu, September 26, 2007

Kat US dah kuar dah episode 1 untuk Heroes season 2 dan aku dah donlot...dan sambil aku taip sambil aku tengok...kat Malaysia aku tak tau la bila citer nie kuar tapi kalau kat UK nie kalau tak salah next 2 month or maybe early next year baru tayang kat tv kat sini...

Dalam epi 1 nie, derang tunjuk apa yang berlaku kepada semua 'heroes' 4 bulan selepas Peter explode...

Dr Suresh are meeting with a stranger who offers him a job and money to fund his expensive experiment...

Pastu ader Maya dan Alejandro, adik-beradik dari Honduras yang dalam perjalanan ke US untuk mencari 'penawar' untuk 'penyakit' derang setelah derang baca buku bapa Mohinder., Dr Suresh...

Oh, Claire dan Mr Bennet dengan famili dia berpindah dari Texas ke California, in order to run from 'the company'...dan di sana, dia terpaksa menjadi low profile student bagi mengelakkan dia dikesan oleh orang2 dari the company...and there is one boy in her school that can fly but she doesn't know about it yet...

Hiro Nakamura plak kembali ke zaman lampau dimana dia bertemu hero kesukaan dia, Takezo Kensei...but then the character of Takezo Kensei are slightly different from what he read and knows... kemudian dia telah mengubah sejarah dengan menyelamatkan heronya itu...

Officer Matt Parkman plak telah bercerai dengan isterinya dan dia skang tinggal bersama Molly, budak yang dapat kesan heroes tue...and he got a promotion...

Dalam episode nie jugak ader ditunjukkan pasal bapak Hiro Nakamura yang kater dia akan mati dalam masa 24 jam...dan kemudian dia bertemu dengan mak si Peter and Nathan ...tetapi apakah hubungan derang?

Hurm apa jadi kat Peter and Nathan Petrelli after 'the incident'? Nathan sudah tak terurus diri sebab menyangka Peter is dead and arguing with his mother which still believe that Peter is still alive...

So, is Peter alive? If you want to know the answer, watch the series yourself...

Tabahkan Hati II

Selasa, September 25, 2007
Ramadhan tahun nie aku rasa antara Ramadhan yang agak sedih buat aku...banyak bende sedih yang berlaku...memang aku penat...bukan penat sebab bekerja tapi penat sebab aku simpan semuanya sorang diri...



Minggu lepas aku kehilangan seseorang...seseorang yang memang agak rapat...iaitu pakcik aku...pakcik yang banyak berkorban, banyak membantu aku dan juga keluarga aku setiap masa...tak kira masa senang, masa susah...dan aku terkilan sebab tak sempat berjumpa dia...



memang susah nak ditahan rasa sedih...tapi aku gembirakan jugak diri sendiri... keje bagai nak gila sebab taknak fikirkan bende tak gembira...duduk bergelak ketawa dengan rakan sekerja...dan bila balik rumah lebih banyak tido...lebih bayak layan blues seorang diri...



And my sis yang telefon bagitau pasal pakcik aku tue...and masa aku dengar suara dia aku dah tahu ader something wrong and at that time i just think bout my mom...and when she told me that pakcik dah takde, i relieved that it was not my mom...and then it struck me...it was my uncle...and i lost words...



Perasaan yang aku rasa, sama seperti apa yang aku rasa 5 tahun lepas masa ayah aku meninggal ,lebih kurang 3 bulan sebelum aku SPM...and now i feel it again...because after my dad, my uncle are second most important male person in my life...



And this time i've got 2 sad news...bout my uncle and the other news...and the other news only 2 people in this world that knows bout it besides my family...



and last week one of my friend said that he got a dream and ask me bout it...i denied it and just said that it was only a dream...although the reality is, the dream was true...funny is it?...he just like a psychic...and i'm sorry that i lied...i just feel that it was not a right time yet...



and as i know you read my blog, and i assume you know who you are, i just want to tell you that it was true about your dream but it was worst than that...but i really want you to keep it to yourself so make sure you kept your mouth shut...



Apapun, selain dari 2 berita sedih nie, aku puasa macam biasa, keje macam biasa...dan minggu nie minggu last aku keje...dan aku rasa aku dah bley terima semua berita sedih nie...so don't worry bout me...



aja aja fighting...

Tabahkan hati...

Rabu, September 19, 2007



Hadapi Dengan Senyuman
Artist: Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Esok Puasa

Khamis, September 13, 2007
Esok dah masuk 1 Ramadhan...rasanya macam baru lagi menyambutnya tahun lepas tapi tiba2 dah menyambutnya kembali tahun ini...

Malam nie instead of pegi masjid semayang terawih, bebudak nie ajak aku gi makan The Flame...memula cadangnya nak gi Chinese Restaurant tapi disebabkan ader seorang budak tue yang teringin sangat nak makan teppanyaki kat The Flame tue, maka kitaorang cancel makan kat kedai cina tue...oh by the way bebudak rumah aku tak ikut, aku pegi ngan bebudak lain ye...

Semalam ngan hari nie dah 2 hari start keje kul 8 pagi...balik plak dalam kul 3-4 ptg gitu so memang memerah keringatla...supervisor cakap start dari minggu nie sampailah minggu depan, eh sampai akhir bulan nie memang banyak keje perlu disettlekan...conference bley dikatakan setiap 3-4 hari ade so itu dah satu hal nak kene buat, pastu nak cuci hall2 lain lagi sebab bebudak first year dah nak masuk dah dalam 23 ke 24 hb bulan nie...parah memang parah...

esok first day puasa so memang nak kena tahan penatla...kalau masa mula2 start keje dulu dah penat, skang nie lagi bertambah-tambah penat...lagi banyak keje...apapun, duit punya pasal, tahan ajela...

1 Ramadhan

Selasa, September 11, 2007
Sekarang nie semua orang sibuk bercakap pasal ramadan baik di Malaysia ataupun sesama kitaorang kat UK nie...

kalau di Malaysia, menjelang bulan puasa ataupun hari raya pasti ader pengumuman kat tv, ala yang ader ayat 'saya mewakili majlis raja-raja, ingin mengumumkan tarikh bermulanya puasa/hari raya jatuh pada....'

lebih kurangla ayat dia begitu....satu famili dok tercongok depan tv tunggu pengumuman tue...berdebar-debar....

tapi bagi kitaorang kat UK nie mana ader benda2 cenggitu...yang ader pesanan dari MSD yang kater bila akan start puasa...MSD pon kalau tak silap aku ikut keputusan Central Mosque London yang kater bila nak start puasa atau raya...dan tak semua orang akan ikut MSD...ader yang ikut pengumuman dari masjid2 berdekatan rumah derang...so macam tahun2 lepas, kalau kitaorang dah start puasa atau raya, masih ada lagi kawan2 kitaorang kat bandar2 lain belum start lagi...kitaorang dah semayang raya, derang masih lagi makan sahur...

pepun kalau mengikut Central Mosque Birmingham, 1 Ramadhan dijangka jatuh pada hari khamis nie, 13 September...tinggal 2 hari lagi...tak sabar rasanya...

Untungkah Rakyat?

Ahad, September 09, 2007
Baru balik dari kerja...tengah berpeluh lagi nie...weekend nie keje lagi....sebab minggu nie ngan minggu depan still ade conference yang berlangsung so memang sibuk giler kena kemaskan bilik2...

Tapi yang sedihnya minggu nie kitaorang kekurangan staff so bebanan kerja tue 2-3 kali ganda la...dari satu segi memang tak best sebab penat nak mati tapi dari satu segi plak best sebab dapat gaji lebih...so sabo ajela...

Bajet 2008 pon Pak Lah dah bentangkan jumaat lepas...bagi aku, memang bajet kali nie dari banyak segi menguntungkan rakyat...terutamanya untuk bidang pendidikan negara...mulai tahun hadapan, semua yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan...dan juga skim pinjaman buku teks juga diperluaskan kepada semua pelajar sekolah tanpa mengira kedudukan kewangan keluarga...


Dan yang paling best, biasiswa pelajar2 di USA, UK dan Kanada akan dinaikkan sehingga 97%...


"Pada masa ini, Kerajaan menaja seramai 17,000 ribu pelajar di universiti luar negeri. Kerajaan telah pun meningkatkan elaun sara hidup di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan pada tahun 2006. Kini, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007." Sumber: Ucapan Bajet 2008


Dan oleh sebab itu aku rasa tahun depan, pilihanraya negara kita akan diadakan...

Maju Setapak Kehadapan

Sabtu, September 08, 2007
Yeay...ade berita gembira nak kongsi hari nie...

Hari nie, err semalam ekceli, perkhidmatan media yakni internet, tv dan telefon dirumah kami telah ditukar kepada syarikat kabel VirginMedia...

yang pentngnya nak bagitau kat sini adalah kelajuan internet dirumah aku sekarang ialah


up to 20MB...


Yeaahuuuu....

Kini semakin pantas....

Untuk tv dan telefon plak, err biasa2 aje, lebih kurang macam yang lama jugak...sebelum nie telefon kitaorang guna BT (BritishTelecoms) dan untuk tv plak kitaorang guna perkhidmatan satelit Sky...ala2 Astro juga bilamana hujan, maka siaran akan terganggu...memang tension tambah2 bila tengah tengok citer yang best kat tv...rasa nak makan nasi guna piring satelit kat bumbung tue...dan untuk internet sebelum nie kitaorang guna Tiscali dengan kelajuan up to 8MB ajorr dengan menggunakan line telefon, so memang nak sangat bertukar kepada cable...

Sebab musabab kitaorang bertukar kepada cable nie sebab nak satukan ketiga2 bil tue menjadi satu bil aje supaya senang nak bayar dan juga senang nak manage akaun...dan selain dari tue nak dapatkan kelajuan internet yang maksimum...disamping perkhidmatan tv tidak mungkin terganggu disebabkan hujan...

Yerla, kalau dah guna line telefon nie faham2 ajela...macam streamyx la...lembap bebenor internet dibuatnya...terutamanya pada peak hours iaitu pada waktu malam...memangla namanya up to 8mb tapi rasa macam tak sampai 1mb aje...but still laju dari internet yang bernama streamyx itu...hahaha matila aku kutuk negara sendiri..

So dengan VirginMedia nie yang menggunakan fibre-optic cable, memang maksimum kelajuan internet rumah kitaorang...yerla...20mb la katakan...and when they say up to 20mb, they are really means it...unlike Tiscali where when they say up to 8mb, its feel like up to 2mb only...

Sir Richard Branson


oh VirginMedia nie adalah sebahagian dari ahli kumpulan syarikat Virgin kepunyaan Sir Richard Branson, seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya dan dikenali diseluruh dunia...antara syarikat2 lain kepunyaan Sir Richard nie adalah syarikat penerbangan VirginAtlantic dan Virgin Blue, syarikat keretapi di UK iaitu VirginTrains, syarikat VirginMedia, kedai video dan cd Virgin Megastore, syarikat Virgin Mobile dan beberapa lagi la syarikat2 yang memang besar dan berjaya...pendek kata dari bidang pengangkutan, perhubungan, hiburan, pelancongan,makanan dan lain2 semua dia ade syarikat la....

Memang tabik springla kat dia nie...dan kalau tak salah aku dia buka syarikat virgin nie dari scratch...maksudnya dari kosongla dan bukannya mewarisi dari makbapak dia...kalau tak salahla...the most important is dia behenti sekolah pada umur 16 tahun dan tak pernah masuk universiti...so kalau nak info lebih lanjut, korang search aje kat wikipedia pasal dia nie...

Runsing

Isnin, September 03, 2007
Aku masih belum merdeka...masih ada 3 hari lagi yang aku perlu harungi dan hadapi...


Still rasa tension sebab aku rasa diakhir bulan nie aku akan dapat berita buruk...semoga berita itu tidaklah begitu teruk sehingga mampu menjejaskan emosi...


Pepun, aku berharap keajaiban akan berlaku...

Merdeka!

Sabtu, September 01, 2007
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-50...

Tetapi ucapan ini saya ucapkan hanya kepada mereka2 yang berasal dari Semenanjung Malaysia sahaja...sebab hakikatnya mengikut fakta sejarah hanya penduduk2 Semenanjung Malaysia, atau asalnya Malaya, sahaja yang mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957...

Manakala Sabah dan Sarawak hanya mengecapi kemerdekaan pada 16 September 1963, lewat 6 tahun 16 hari dari Malaya...dan pada tarikh itu juga Malaysia terbentuk yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia), Singapura, Sabah dan juga Sarawak...

Saya tak pasti sama ada kerajaan kita sedar atau tidak akan hakikat ini tetapi inilah yang tercetak didalam buku teks sejarah tingkatan 3...

Saya tulis megenai ini adalah kerana kawan saya, seorang yang berasal dari Sabah dan seorang lagi dari Sarawak yang terasa kerajaan kita seolah2 lupa akan fakta ini...kerana setiap tahun kemerdekaan negara kita diraikan pada 31 Ogos, bukannya pada 16 september...dan pada tahun ini menyambutnya secara besar-besaran memandangkan ini unlangtahun ke 50...tetapi kawan saya itu berkata yang kerajaan lupa bahawa penduduk2 Sabah dan Sarawak baru 44 tahun merdeka...dan ini membuatkan kebanyakan penduduk2 disana berasa dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia...dan kalau kita lihat, 31 Ogos adalah tarikh cuti umum tetapi 16 september pula tidak, malah tiada sebarang sambutan Merdeka yang dibuat oleh kerajaan kepada penduduk2 di Borneo...

Bukanlah niat untuk menghentam kerajaan tetapi ini adalah satu fakta yang perlu di'higlight kan...dan ini adalah apa yang kawan saya itu cakap, apa yang dia rasa sebagai Sabahan dan Sarawakian...

Tetapi yang paling penting sekarang ini adalah setelah 50 tahun, ataupun 44 tahun bagi Sabah+Sarawak, negara kita sudah jauh membangun...dari negara yang bergantung kepada sektor pertanian, kini kita lebih kepada sektor pembuatan...dari 3 negara berbeza, kini kita menjadi satu negara...yang bernama Malaysia...and I'm Proud to be Malaysian...