Going 2 Moon: A Tsunami?


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

A Tsunami?

Hah amacam, terkejut tak dengan keputusan pilihanraya secara keseluruhannya? Aku memang terkejut selepas aku tau yang Samy Vellu ngan Shahrizat Jalil gagal mempertahankan kerusi parlimen yang mereka tandingi...dan bertambah-tambah lagi aku terkejut selepas tahu yang 4 negeri dan satu wilayah persekutuan jatuh ke tangan pihak pembangkang...

Dan salah satu negeri itu adalah negeri aku....waa kan aku dah cakap yang aku harap kerajaan yang sebelumnya kekal tapi apakan daya, rakyat negeri beta ini ingin berubah arah angin.....jadi kerajaan yang dulu, skang nie dah jadi pembangkang di negeri aku nie....

jadi skang nie, hampir keseluruhan negeri2 di pantai barat semenanjung Malaysia, terutamanya kawasan utara kecuali Perlis akan ditadbir oleh pihak pembangkang....dan negeri2 ini adalah negeri yang ekonominya boleh dikatakan berjaya....yang menarik banyak pelabur2 dan menjanjikan peluang perkerjaan yang banyak...jadi apa sudah jadi?

Jadi rakyat sudah bersuara....dan adakah kerajaan tidak akan menghiraukan suara rakyat ini....

Meh aku nak komen sikit pasal kawasan parlimen aku nie...yerla kawasan lain aku tak taula tapi kalau pasal kawasan aku nie, tau ler ciker sesikit....

Bagi kawasan parlimen aku, DAP melawan BN....kawasan parlimen aku nie ader 3 kawasan DUN...2 DUN majoritinya kaum Cina manakal satu DUN lagi majoritinya Melayu...sebelum pilihanraya 2004, parlimen aku dipegang oleh calon Cina dari parti Y, salah satu parti dalam BN...dan aku bley katakan yang dia memang bagus dalam menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen...banyak pembangunan, perubahan di kawasan parlimen aku nie....dan sememangnya logikla kalau kawasan majoritinya Cina, maka sepatutnya diwakili oleh kaum Cina juga...dengan ambil kira Cina akan undi Cina, samala macam Melayu akan undi Melayu...jangan ada yang menyangkal pendapat aku nie sebab memang betul apa yang aku cakap nie...korang sendiri pon sedar akan hakikat nie...

Malangnya pada pilihanraya 2004,BN telah mencalonkan orang India dari parti X, untuk bertanding...walaupon orang2 disini terutamanya kaum Cina kecewa tapi mereka tetaplah undi calon BN tue sebab dah dari parti kerajaan maka harapnya oklah...orang melayu tak kisah sangat sebab dia dari parti kerajaan...itupon aku dengar majoriti kemenangan dia sikit aje...dan selepas 4 tahun menjadi ahli parlimen kawasan aku, ramai orang2 disini tidak menyukai beliau atas beberapa perkara...itu yang aku dengarla...dan kalau diamaati, memang betul pon...

Dan sebelum penamaan calon untuk pilihanraya kali nie, ader sekumpulan orang telah memprotes agar kerajaan tidak mencalonkan lagi orang tue sebaliknya disuruh kembalikan kerusi parlimen kawasan aku nie kepada parti Y, yang memegangnya sebelum tahun 2004...tapi malangnya BN tak dengar suara rakyat ini....akibatnya DAP menang dengan majoriti melebihi 11 ribu pada pilihanraya minggu lepas...

Kesimpulannya, BN meletakkan calon yang tidak disukai oleh rakyat dikawasan parlimen aku nie...dan mereka terpaksala menanggung akibatnya...dan ia juga telah mempengaruhi keputusan di 2 kawasan DUN yang majoritinya Cina yang dimenangi oleh DAP...sehingga menyebabkan mereka boleh merampas negeri aku dari kerajaan...

Dan bagi kawasan DUN aku yang majoritinya Melayu, BN menang mengalahkan PAS tapi dengan majoriti yang sedikit aje, hanya melebihi 500 lebih aje...itupon nasib baiklah BN tukar calon yang bertanding sebab kalau BN kekalkan calon yang lama, aku rasa memang BN kalah sebab Adun yang lama tue ader problem sikit...tapi diharap dengan Adun BN yang baru nie, mampu membawa perubahan kepada rakyat di kawasan aku nie...

Walau siapa pon yang menang, ia adalah kehendak rakyat...tahniah buat mereka...dan keseluruhannya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara kita...diharap dengan slogan AMAN, SELAMAT DAN MAKMUR, BN mampu mengotakan janji-janjinya...termasukla pihak pembangkang yang memerintah negeri2 yang mereka menangi...tadbirlah negara dan negeri2 dengan telus dan cekap dengan mengutamakan rakyat...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

1 Comments:

At Mac 12, 2008 6:33 PG, Blogger smilelley said...

dasat btol tsunami pilihanraya nie kan..membuatkan kite yg bodoh politik terkejut dan rsnyer org bijak politik mungkin terkejut2 sbb kesedapan hati mereka yg merasakan mampu menang tapi tidak menang..diharapkan kerajaan mendapat iktibar dr peristiwa ni kan..dgrla suraa rakyat yg menghadapi masalah..jgn tau mkn duit rakyat jer..huhuhu..

ko tau bob..elaun kitaorg bln ni xdpt2 lagi..bende sekecil ni pon org kerajaan xleh settle..camne la kite nk percaya dgn kredebiliti kerajaan nk settle kan masalah rakyat..pikir2 kan lah..huhuhu..

 

Catat Ulasan