Going 2 Moon: April 2007


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Suumer Term

Isnin, April 30, 2007
Eh, cuti aku dah habis ke? aii cepatnya...esok dah start summer term...2 minggu pertama nie adalah revision weeks while the rest of it are final exam...so dalam 2 mingu nie aku ader revision lectures tapi tak banyak sangat...so kira ok la...

Nampak gayanya, kena belajar bangun pagi la...kalau masa cuti nie boleh la bangun sesuka hati tapi bila dah start semester baru nie tak bley camtue lagi...

Kasi Gegar Sikit...

Ahad, April 29, 2007
Ok...ader dua cerita yang aku nak cakap...dua2 pon pasal gegaran...yang pertama...hari nie berlaku gegaran di tenggara UK berdekatan dengan Kent....gegaran yang berukuran 4.7 skala richter tue berlaku pada pukul 8.19 pagi nie (3.19 ptg waktu Malaysia)...tapi kitaorang kat Birmingham nie tak rasa pon gegaran tue...yerla sebab Kent tue jauh nun di bawah London...lebih kurang 196 miles atau kalau naik kereta lebih kurang 3 jam setengah baru nak sampai...

Kawasan gempa bumi

Pastu nie nak cakap pasal gegar kedua....pelajar AF yang terkenal dengan tagline 'Kasi Gegarrrr sikit...' telah terkeluar dalam konsert mingguan AF pada minggu ini...erm ok jugak kot dia keluar sebab aku tak minat dia pon....walaupon ader suara yang powerful tapi ntahla...dah aku tak suka, nak wat camna...tapi aku tak tengok lagi konsert minggu nie...tengah donlod sebenarnya...esok pagi baru bley tengok...so tak bley nak komen lelebih...pepun aku terkejut bila aku check website AF tadi (11.30 p.m waktu UK, 6.30 a.m waktu Malaysia), Aswad berada di tangga pertama carta undian dengan 30% manakala di tangga kedua adalah Candy dengan 15%...apa sudah jadi...arrgghhh tensennya...aku takmo AF dapat seorang lagi juara seperti tahun lepas...sudahla nyanyi tak sedap, tarian pon keras....


Sebelum Konsert

Ebi 17%
Dafi 17%
Aizat 14%
Shawal 13%
Heliza 10%
Aswad 10%
Candy 10%
Mila 9%

Selepas Konsert
Ebi 17%
Aswad 14%
Mila 13%
Candy 13%
Dafi 12%
Heliza 11%
Shawal 11%
Aizat 10%

6.30 pagi hari ahad...
ASWAD 30%
CANDY 15%
EBI 14%
SHAWAL 14%
DAFI 9%
MILA 9%
HELIZA 9%


Sumber : SultanMuzaffar

Panas! Panas!

Sabtu, April 28, 2007
Hari kat website BBC even kat frontpage Yahoo UK! (baca lebih lanjut di website BBC dan Yahoo UK) keluar berita pasal purata suhu di UK dalam bulan ini yang dikatakan telah memecahkan rekod untuk bulan april paling panas semenjak 1943 dalam masa 300 tahun...purata suhu unutk bulan ini adalah 10 Celcius manakala pada bulan april tahun 1943, purata suhu adalah 9.2 celcius....

Kalau orang Malaysia mesti cakap yang 10 celcius itu masih sejuk sebab purata suhu kat Malaysia adalah 33-34 celcius... macam sekarang kat UK nie kan, yang sejuknya adalah angin sedangkan kalau duduk kat bawah cahaya matahari memang boleh rentung kulit badan...pastu derang cakap ini berpunca daripada global warming, sebab yang sama bila salji tahun nie turun di pertengahan bulan februari...tapi malas nak komen panjang2 sebab antara negara2 yang banyak menyumbang kepada global warming nie pon adalah UK jugak...so sendiri mau ingatla...

Okay, nak masuk citer pasal aku....hari nie rambut yang aku dah simpan selama 1 tahun 2 bulan telah dikorbankan...sebabnya, aku dah malas nak bela rambut panjang...banyak benda nak dibuat macam nak kena syampoo, nak kena sikat, pastu nak kena ikatla...so benda2 tue banyak amik masa...so kalau rambut pendek, aku takyah buang masa sangat...and second reason is summer is coming...kalau rambut panjang nie, kepala jadi panas...senang citer bila berambut pendek nie dapat jimatkan masa, lebih enak mata memandang, dan juga dapat menyejukkan kepala dengan cepat...

New Style Perhaps...

Khamis, April 26, 2007
semalam masa tengah2 study tue rasa mengantuk...so surf internet tatau nak wat aper, aku tukar template blog nie..template yang nie memang contrast la ngan template lama yang ader pistol tue pasal yang ini warnanya putih dan cerah...yang pentingnya yang ini konsepnya simple...

Pepun pagi nie aku sibuk kemas bilik...aku bukan boleh tengok bilik serabut nie...kalau bilik serabut, maka otak aku pon akan ikut serabut jugak....so aku kemas almari buku, laci meja, pastu buang mana2 surat atau apa2 yang dah tak guna....aku rasa nanti nak beli paper shredder sebab banyak sangatla kertas2 yang perlu dibuang...pastu bahaya la kalau nak buang bank statements, bills, receipts begitu saja sebab kat UK nie ader orang yang sanggup menggeledah sampah sebab nak ambil personal information macam no akaun bank, no credit/debit card, dan lain2...

Pepun tengokla bila next allowance masuk nanti...silap2 lain yang nak dibeli, lain plak yang dibawa pulang ke rumah..

Pening

Rabu, April 25, 2007
Petang nie ader usrah kat rumah Dr Hafizal...memula tu ingat nak ponteng pasal malas...lagipon aku benci la nak naik bas yang pegi ke rumah Dr Hafizal tue...kalau rumah lama dia kat Perry Barr dulu best sikit sebab dekat ngan city centre dan sebelum pegi usrah bley pusing window shopping kat One Stop dulu...tapi kat rumah yang baru nie tak syok pasal dahla jauh dari city centre...pastu jalan nak pergi situ pon selalu jem...so memang pening la bila naik bas tue...

But at the end aku pergi jugak usrah...first sebab kalau aku tak pergi, bukannya aku buat apa kat rumah....dan keduanya at least dapat ilmu tambahan...so hari nie Pian bentangkan pasal sebuah buku tafsir yang ditulis oleh Sayyed Qutb (baca: Qutub) yang bertajuk Tafsir Fizalil Quran atau bermaksud Di bawah bayangan Al-Quran...tapi minggu lepas Pian dah suruh dah kitaorang baca perenggan 1 sehingga perenggan 4 dari bab muqaddimah...dan itulah yang dia bentangkan tadi...

But surprisingly...pembentangan dia mengambil masa hampir satu jam setengah...kalau dilihat, perenggan satu sehingga empat itu pendek aje tapi isi kandungan yang dapat dikupas dan diambil dari 4 perenggan itu sangat banyak... dan ingat yang 4 perenggan itu hanya dari bab muqaddimah iaitu bab pengenalan....dan dalam bab muqaddimah itu ader banyak perenggan...so Pian cakap untuk habiskan satu buku tafsir itu mungkin akan mengambil masa 2-3 tahun untuk betul2 faham akan isi kandungan buku tafsir tue...

Tapi aku rasa okaylah kot...ingat nak share kat sini tapi skang nie tak bley la sebab sibuk nak study so tengoklah lepas exam nanti insya'allah...itupon kalau aku tak busy men'enjoy'kan diri after exam...

Bengong

Isnin, April 23, 2007
Arghh tensionnya...penat aku taip panjang2 last-last hilang....buang karan betulla....

Ahad, April 22, 2007
Hari nie rumah aku bertukar menjadi tempat mesyuarat...lebih kurang 10-12 orang yang menghadiri mesyuarat tue...dan hanya seorang sahaja ahli rumah aku yang sertai mesyuarat tue...honestly cakap, aku tak suka...sebabnya rasa terkongkong dan tersisih di rumah sendiri...kalau setakat 2-3 orang tue okayla...atau pun datang hanya untuk menumpang tido...insya'allah aku tak kisah tapi kalau datang hanya untuk buat mesyuarat...aku memang tak suka...

Antara pokok yang berbunga kat uni

Dan sifat aku yang taknak kecilkan hati kawan, sanggup diamkan diri sahaja...malas nak cakap terus terang...dan hakikatnya bukan aku sorang sahaja dalam rumah nie yang rasa sama seperti aku...tapi dahla...benda kecik aje tue...so aku amik keputusan nak pi belaja kat Uni dengan harapan bila balik dari uni, mesyuarat tu dah habis...tak sangka plak Amar ngan Hairi pon nak pegi uni jugak....heh at least ader geng nak belaja...

Yang si Ruslan plak, memula kata nak pegi city centre nak beli barang...but then he made a decision to join us...so kitaorang pergi le belaja kat uni...Rafizol plak kitaorang tak ajak pasal ingatkan dia tak bangun tido lagi...yerla selalunya pepagi kalau tak dengar dia dok dung dang dung dang buat bising memang tak sah....so nasib ko la duduk dalam bilik sepanjang hari nie...

Kawasan berumput depan library

Pastu yang klakarnya kitaong berempat bila dah sampai kat uni tue, cari tempat untuk belaja ajer dah sejam...memula pegi kat Nuffield tapi tutup...pastu pergi ke Learning Centre tapi lepas tawaf satu building tue, still takde bilik yang kosong...pastu ke ke Avon Room plak tapi pintu berkunci...then decide to study kat library...tapi bila dah sampai depan library, kitaorang decide untuk belaja kat atas rumput depan library...sebab library panas...pastu kat atas rumput tue kitaorang aje yang belaja bawah pokok....orang putih semua duduk bawah matahari...pendek kater dalam masa sejam kitaorang mencari tempat untuk study, kitaorang dah pusing satu uni...

Pastu belaja dalam 2 jam, tutup buku dan pi jalan2 kat city centre...

Berjemur

Jumaat, April 20, 2007
Hari nie aku gie study kat campus...sebabnya kalau aku duduk kat rumah memang aku akan susah nak study...bukan tak bley study lagsung tapi susahla...sebabnya banyak dugaan woo...tv...katil...laptop...semua tue boleh membuatkan aku lalai...so aku gigihla mengayuh basikal untuk study kat uni...

Dah lama tak datang menjenguk ke uni...still macam tue jugak...cuma bezanya skang nie banyak orang putih yang duduk berjemur...tempat kegemaran?...semestinya kawasan berumput didepan library...macam tahun lepas jugak asal masuk ajer musim bunga ngan musim panas, orang putih dah start berjemur...dan macam aku cakap, hanya orang putih saja yang berjemur...orang yang bukan kulit putih takdenyer nak berjemur...termasukla aku...taknak la aku hitamkan kulit aku yang dah sedia hitam nie...kalau orang putih duduk tengah panas, aku duduk bawah pokok...

Pastu hari nie bukan aku pi study kat library pon...library tue panas...ader ke dah masuk musim bunga still lagi nak pasang heater...mana tahan...ntah bila lah derang nak tutup heater tue aku pon tatau...so aku study kat Nuffield...selesa sikit sebab tak ramai orang...dan yang pentingnya tak panas...

Oppression

Rabu, April 18, 2007

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~
You look at me and call me oppressed,
~~
Simply because of the way I’m dressed,
~~
You know me not for what’s inside,
~~
You judge the clothing I wear with pride,
~~
My body’s not for your eyes to hold,
~~
You must speak to my mind, not my feminine mold,
~~
I’m an individual, I’m no mans slave,
~~
It’s Allahs pleasure that I only crave,
~~
I have a voice so I will be heard,
~~
For in my heart I carry His word,
~~
” O ye women, wrap close your cloak,
~~
So you won’t be bothered by ignorant folk”,
~~
Man doesn’t tell me to dress this way,
~~
It’s a Law from God that I obey,
~~
Oppressed is something I’m truly NOT,
~~
For liberation is what I’ve got,
~~
It was given to me many years ago,
~~
With the right to prosper, the right to grow,
~~
I can climb moutains or cross the seas,
~~
Expand my mind in all degrees,
~~
For God Himself gave us LIB-ER-TY,
~~
When He sent Islam,
~~
To You and Me!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



By Izdehar Albowyha
Credit to: Jrai.com

Pistol Yang Bahaya Lagi Membahayakan

ha tue dia tajuk hari nie...pasal pistol...tapi aku bukan nak cakap pasal pistol yang tengah dihalakan ke muka korang sekarang nie...tapi nie pistol yang kat US nun....

Semalam satu dunia dikejutkan dengan tragedi amuk di sebuah universiti di Virginia,US...kalau mengikut berita hari nie, telah disahkan seramai 33 orang terbunuh termasuk pembunuh yang telah membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya dengan pistol...

Berderau darah aku bila first time baca pasal tragedi pembunuhan beramai-ramai nie...pihak polis telah mengenalpasti pembunuhnya iaitu seorang lelaki berasal dari Korea Selatan yang telah mendapat taraf penduduk tetap US....dan pembunuh itu adalah salah seorang pelajar universiti itu jugak....

Hish takutnya bila membayangkan yang salah seorang dari coursemate aku atau peajar universiti aku berpotensi untuk menjadi pembunuh...tapi inilah realitinya...kat barat nie macam2 perkara boleh terjadi...terutamanya kat US tue dimana sejata api seperti pistol amat mudah dibeli dan dimiliki oleh sesiapa sahaja...dan kes pembunuhan melibatkan pelajar universiti bahkan pelajar sekolah di US bukanlah satu perkara asing sebab tragedi2 seperti yang berlaku semalam pernah terjadi sebelum-sebelum ini...tapi kerajaan US tidak belajar dari kesilapan...tapi dah namanya negara yang bongkak...jadi mereka memang tidak pernah dan tidak akan belajar dari kesilapan...

Aku ingat lagi masa 2 bulan sebelum aku terbang ke UK nie...bulan 7 tahun 2005...dunia dikejutkan dengan tragedi pengeboman di London...masa tue mak aku memang risau....yerla anak kesayangan dia nak fly ke UK lagi 2 bulan...tup2 ader pengeboman lak...nasib baik mak aku kasi jugak aku fly...

Pastu dalam akhir tahun 2005 jugak berlaku rusuhan kaum kat Birmingham nie sehingga masuk berita di Malaysia...mak aku risau lagi sekali...dah la masa rusuhan tue aku ader kat tempat kejadian...nasib baik tak jadi ape2...

Tapi inilah cabaran bila duduk kat negara orang...jauh dari keluarga...jadi kenalah pandai jaga diri sendiri...dan alhamdulillah setakat nie aku ok aje duduk kat sini...

Day Out

Selasa, April 17, 2007
Hari nie pi main boling....cadangnya nak pegi ngan bebudak rumah aku ajer....tapi end up with a total of 10 person...4 girls and 6 boys...dah lama tak keluar ramai2 macam nie...memang havoc la masa main boling tue...dahla tempat boling tue kosong ajer masa kitaorang sampai tue...apalagi kitaorang buat macam kaum kerabat kitaorang ader share dalam tempat boling tue...sesi kutuk mengutuk berlangsung dengan hebatnya...paling teruk kena Amar la....

Pastu habis main boling, pi jalan2 kat PcWorld ngan Currys sebab nak tolong Hairi survey komputer....laptop yang dia beli akhir 2005 dah kiok....motherboard laptop dia tue rosak sebab selalu sangat letak atas katil....kalau nak repair kat sini, dia charge sampai 250 pound...mahal gilos so baik beli komputer baru...dan laptop dia yang rosak tue kena balik Malaysia baru nak repair...tapi bila dah survey2 tue takder offer yang menarik sangat...so maybe dia akan beli online...maybe he will buy a desktop from Dell website...

And this evening we had an usrah....but this time it was special cos we held it at our backyard...although it was quite chilly but i think it was a great idea...dan ader seorang tetamu dari London yang join usrah tadi...kawan Pian...

-Adios-

Was I?

Jumaat, April 13, 2007
Hahaha....bila aku baca mesej yang ditinggalkan oleh Amir kat msjbox, baru aku perasan yang kebelakangan nie aku asyik cerita pasal masak dan makan aje....a'ahla....betul jugak kan....tapi itu ajer yang aku buat kebelakangan nie...skang nie kan tengah cuti...so dahla tak pergi bercuti ke mana-mana...so bila bosan2 dok rumah tue....masak dan makan ajela keje aku (don't ask bout my revision for exam)....lagipon aku memang tengah kemaruk nak makan masakan Malaysia...so nak taknak kena la masak....

By the way, hari nie Ruslan dah bertolak ke Spain....tapi bukan untuk cuti-cuti Spain yer...dia pergi sebab untuk buat kerja luar untuk salah satu subjek yang dia amik tahun nie....macam kaji pokok2 dan binatang2 kat Spain tue...dia pergi selama seminggu sampai khamis minggu depan..

Makan-makan

Rabu, April 11, 2007
Piknik yang dirancang semalam dibatalkan sebab cuaca mendung...lagipon hari nie agak sejuk jugak so kalau buat piknik, tak best sangatla....so kitaorang buat makan2 kat rumah Wan ajer kat Jarratt Hall kat Selly Oak....

Tapi kesian kat Wan yang tertunggu-tunggu kehadiran kitaorang sebab tak bagitau ngan dia exact time kitaorang akan sampai, cuma cakap lepas asar....well pukul 8 malam pon lepas asar jugak kan....hahaha....dan terima kasihla kat Wan sebab buat makan2...tapi betul ke ko yang buat makan2?

Pagi semalam memula aku pegi bank kat uni sebab ader hal....dan juga nak jumpa Aishah sebab ader hal jugak....pepun thanks to Aishah who help me solving my problems....lepas settle kat uni, aku ajak Hairi pergi Northfield sebab nak beli barang sikit....but then Ruslan and Amar pon ikut jugak...

Dan kat Northfield tue, Ruslan and I ended up buying something that i would say as 'membazir'....hahahah itu adalah atas rasukan aku....but the truth is, aku dah lama nak beli 'benda' tue tapi tak syiok la beli sorang...so aku rasuk la Ruslan supaya beli jugak 'benda' tue ngan aku....by the way, don't think anything negative about that 'benda'....

What A Nice Weather

Selasa, April 10, 2007
Dalam banyak-banyak musim kat UK nie (banyak apa kebenda nyer...ader 4 musim aje dah kater banyak)...aku paling suka spring atau musim bunga....sebab daun2 kat pokok2 dah mula tumbuh balik....pastu ader bunga2 yang sedang tumbuh dan tak kurang jugak bunga2 yang telah kembang

Dan selain dari suasana tu, cuaca di musim bunga juga sangat best....dengan cahaya matahari yang memancar-mancar, tak macam seperti musim sejuk yang matahari sangat malu untuk menunjukkan wajah (aduhaii jadi jiwang plak)....so walaupon angin sejuk masih bertiup tapi dengan adanya kehangatan dari cahaya matahari maka ia menjadi nyaman...senyaman (bukan senaman yer) bayu laut yang bertiup (apa kena ngan aku nie, ayat bukan main pelik lagi)....

So oleh itu maka esok aku cadangkan supaya kitaorang adakan acara berpiknik atau berkelah di luar rumah....tapi bukan di belakang rumah yer.....mungkin dibuat di Cannon Hill Park...dan mintak2 jadila....jangan tak jadi sebab aku memang suka acara piknik...

Apa?

Ahad, April 08, 2007

Good Friday

Sabtu, April 07, 2007
Hari nie adalah Good Friday....salah satu tarikh penting dalam agama Kristian...takde kena mengena ngan aku pon....tapi saje je nak tulis...

Dapat sms dari Pian...dia kater dia balik hari isnin nie...minggu nie dia ader spring camp kat Surrey...sepatutnya semalam dia dah balik tapi rasanya dia pi melencong rumah kawan2 dia kot...

Yang bestnyer kat UK skang nie adalah cuaca semakin panas dan hari cerah sepanjang hari...tidak lagi gloomy seperti dalam 2-3 bulan lepas...rasa macam ceria sikit kalau keluar rumah tue....dan tak perlu la asyik nak terperap dalam rumah ajer

Rumah Sakit

Jumaat, April 06, 2007
Hari nie hanya aku ngan Amar aje yng sihat walafiat....Hairi ader penyakit batuk...Ruslan baru nak baik dari demam tapi still ader selesema dan batuk....Rafizol plak demam....ermm ntah2 esok lusa aku ngan Amar plak yang sakit...huish mintak2 janganla...tak best kalau sakit nie...kalau aku sakit mesti dok terbaring atas katil aje....pastu tido tak lena..mandi tak basah...makan tak kenyang...

Eh tipu la...aku makan tak kenyang?...makan bertambah 2-3 pinggan adela...peduli aper aku demam ke...tak demam ke sama ajer....makan tetap makan...soru mana bley miss...nanti kurusla aku jadinya....

Cakap pasal makanan...hari nie kitaorang catat rekod...guna santan paling banyak dalam sehari iaitu sebanyak 3 tin....kalau selalunya la kan...rumah aku selalu guna paling banyak 1/2 tin ajer sehari...itupon kalau masak kurma ke, kari ke baru guna santan...tapi hari nie amik ko, 3 tin santan terus....memang makanan hari nie tak sihat betul...

Pepagi tadi kitaorang buat nasi lemak as our breakfast...buat nasi lemak aje dah habis satu tin santan....pastu bila tengahari kitaorang buat kuih seri muka ngan kuih lopes...dua-dua jenis kuih tue guna santan....tapi berbaloi woo...lama giler aku teringin nak makan dua-dua kuih tue sejak datang UK nie....walaupon takde daun pandan tapi tak kisahla...janji ader pewara hijau...so takdela sedap sangat tapi bolehla nak menghilangkan rasa mengidam aku nie...pastu untuk dinner plak aku masak ayam percik....once again aku guna santan...so total semua adalah 3 tin santan....

Walaupon sebenarnya kalau tak guna santan pon bley ajer....boleh ganti ngan susu cair...tapi memandangkan kalau guna susu cair tak rasa lemak berkrim, maka kitaorang guna la santan....which is not a healthy option but it was more yummy....hahaha....lagipon bleyla aku maintain berat badan aku yang berlebihan nie...

Cuti dan Makan

Khamis, April 05, 2007
Rumah aku nie kan pelik sikit kalau korang nak tau...kebiasaannya orang menganggap orang lelaki nie tak suka memasak....well what can i say is it was true....sebabnya orang lelaki, majoriti nye la kan kater memasak nie keje orang perempuan...keje mak kita di rumah, keje isteri, ataupun keje kakak2 adik2 perempuan....majoriti la kan cakap macam tu...ala aku pon sama jugak sebenarnya...

Tapi kan...masa cuti2 nie kan...bebudak rumah aku nie jadi rajin memasak pulak....hari ahad lepas kitaorang lemon cheesecake....sedap tau kitaorang buat walaupon tahap kemasaman lemon dalam kek tu keluar dari norma-norma lidah....pastu masak ikan bakar ngan air asam la...selama kitaorang kat UK nie tak pernah nak buat ikan bakar, tetiba time cuti nie nak buat...pastu buat cakoi la...and semalam buat onde-onde ataupun buah melaka....

Pastu yang jarang turun dapur untuk masak pon tetiba masa cuti nie rajin plak buat dessert....hai nilah yang dinamakan kelebihan apabila berada di luar negara, jauh dari mak, jauh dari kedai makanan, jauh dari makcik2 jang jual kuih yang berada di Malaysia nun...so bila dah jauh nie kan, mulalah teringin nak makan macam2...so kalau nak makan terpaksala buat sendiri...masa nie la menguji skil memasak orang2 lelaki nie....

Bayangkan kalau kat Malaysia dulu ader yang tak pernah turun ke dapur, ataupun banyak beli makanan kat kedai ajer tapi kat sini bukan main hebat lagi dia masak...dengan nasi beriyani, nasi kaler2, nasi tomato....kalau kat rumah aku kat Malaysia, segala jenis nasi tue makan sekali sekala ajer tapi aku kat rumah nie bley makan dalam 2 minggu sekali, takpun ader yang makan seminggu sekali...macam nasi ayam tue aku rasa rumah aku kat sini wajib masak sekali seminggu....

Kalau kat Malaysia tue aku tak pernah kenal rempah ratus, tapi kat sini aku siap cam lagi bentuk dan bau rempah ratus tue...tapi aku tak suka sangat guna rempah ratus dalam masakan aku...tak tau pasal apa...tapi Pian ngan Ruslan la yang selalu guna (sebab derang yang selalu masak).....

Tapi itula rumah aku....apa yang aku nak cakap sebenarnya Ruslan aje yang bley dikatakan dalam seminggu paling banyak masak untuk rumah....sistem kat rumah aku nie, hanya untuk dinner akan dimasak bersama manakala untuk breakfast dan lunch dimasak berasingan....so kalau waktu dinner tue mostly pon Ruslan la yang masak dalam seminggu ...orang lain termasuk aku sekali sekala ajer masak....tapi aku selalu la jugak pergi menolong masak....takdela aku duduk terpaku depan tv buat dunno ajer masa orang lain tengah masak kan....ataupun masuk dapur hanya untuk tanya "Apa ko masak hari nie?" dan keluar balik.....sebab nanti bila makan aku taknak ader perasaan bersalah...penat2 orang lain masak aku senang2 ajer amik pinggan dan makan...

Menyesal!

Selasa, April 03, 2007
Erkk, apa sudah aku buat? Aku dah buang 3 jam begitu aje...aduh nyesal nyer...kalau aku taula begitu punya teruk, sumpah aku takkan buang masa aku buat benda tue...tapi korang taukah apa benda yang aku buat? jeng jeng jeng...

Aku dah buang 3 jam untuk tengok konsert AF minggu 3...memang buang masa betulla...lebih daripada separuh pelajar2 AF5 menyanyi dengan hancur sekali...taktau woo nak komen apa...sebab memang terukla...berbaza dengan konsert minggu 2 yang aku bley katakan derang semua menyanyi dengan bagus tapi dalam konsert minggu 3 nie derang menyanyi dengan teruknya...

paling teruk bagi aku adalah nyanyian Dafi, Aswad, Dekna...haish taktaula nak kater sora derang camna...memang tak sedapla...tapikan aku suka Dekna sebab dia happy go lucky...muahaha ...pepun persembahan paling teruk sekali bagi aku adalah Dafi...suara dia memang tak bley bawak lagu Mirwana tue la...

pastu yang kelakarnya adalah drama yang kat belakang dafi masa dia nyanyi tue...ader 1 pasang kekasih yang ditangkap khalwat oleh 2 orang pengawas...hahaha..serius aku tengok 2 orang yang pakai baju dan seluar putih tue adalah pengawas sekolah menengah aku dulu...dan aku tak paham apa kaitannya drama tangkapan khalwat tue dengan lagu Mirwana tue...tapi sekurang2 bila derang buat drama kat belakang tue, aku tak perlu tumpukan perhatian pada nyanyian Dafi tue...

Dafi

Yang si Noni plak, walaupun nyanyian dia aku rasa sedap tapi aku tak paham apa yang dia nyanyikan...macam mumbling aje...tak ke pelik tu...tak paham apa dia nyanyi tapi kata dia nyanyi sedap...pastu lagi sekali aku rasa tak perlu la buat drama kat belakang Noni tue...sebab bley mangganggu konsentrasi dia masa menyanyi...tapi lagi sekali aku tak perlu tumpukan nyanyian dia yang tak berapa nak sedap tue sebab ader drama...

Noni

Nyanyian paling mantap aku rasa adalah Ebi yang bawak lagu Al-Jannah nyanyian Mawi...seriously aku rasa dia nyanyi dengan bagus walaupon aku tak suka rambutnya yang mengerbang tue (teringat Shimi kat Warrick yang rambutnya lagi horror dari Ebi...dan dengar khabar dia dah potong rambut baru2 nie...alhamdulillah terbuka jugak hatinya untuk menghapuskan rambutnya yang horror tue *matila aku kalau shimi baca nie)...kalau nak diikutkan lagu nie memang susah la untuk dinyanyikan...nak kena jaga idgham, tajwid dan segala bagai la tapi Ebi berjaya menyanyi dengan baik sekali tanpa perlu mencairkan taik telinga aku macam nyanyian pelajar2 AF5 yang lain...

Ebi

Selain tue nyanyian Fatin, Heliza dan Shawal juga ok...although i think Heliza can do much better than that...Shawal pon...aku taktau kenapa minggu nie dia tak menyerlah....aku rasa dia mempunyai suara yang sedap...


Heliza

OK pasal pengkritik plak...minggu nie aku rasa kritikan2 semua pon pedas dan laser...sesuai la kan dengan mutu nyanyian derang semua...cuma aku nie tak suka sangatla ngan komen Gee...macam tah hapa2...macam merapu aje...pastu Hattan plak...kelakar la...memang kalu waktu dia komen tue, sure gelak punya la...gaya dia memang lawak...dan kritikan dia bagi aku memang tepat...dia tahu apa yang dia kritik...yang penting pendek dan padat...tak meleret-leret macam Ogy...kalau time Ogy tue maunya sempat aku tido barang sebaldi dua air liur basi aku, dia tak habis kritik lagi kot...walaupon apa yang Ogy kritik tue betul tapi janganla panjang sangat...kalau seorang dua peserta dia kritik macam tue bley tahan lagi tapi bila dah 13 orang peserta, mau naik meluat kot...dahla nyanyian pelajar2 AF5 nie teruk pastu ditambah dengan kritikan Ogy yang panjang berjela lagila cair taik telinga aku...pepun kritikan Ogy tue memang tepat kena ngan muka pelajar2 AF tue...biar derang sedar sikit yang derang perlu buat yang lebih baik lagi...kalau bleh lebih baik dari persembahan derang masa konsert minggu 2




Konsert minggu 3 nie aku tengok dengan Amar, Ruslan dan Hairi...so memang kecohla masa tengok konsert nie...yerla nyanyian semua para pelajar AF nie akan disertai kutukan, kejian dan umpatan dari kitaorang berempat...para pengkritik yang tengah bagi kritikan pon tak terlepas dari kritikan kitaorang...muahaha...walaupon hakikatnya kalau kitaorang nyanyi, mau hujan, ribut petir, taufan, banjir, tsunami pendek kater semua bencana alam akan melanda bumi secara serentak setelah terdengar kelunakkan suara kitaorang berempat



*Credit to AF5 official websites for all the pictures

Study? Naaa...Just Forget About It



Aku dah cakap...yo yo aje aku cakap nak belaja masa cuti nie...dah tiga hari dah aku start cuti tapi apa aku buat?...lepak depan tv aje...layan season 7 citer Charmed...best woo...dulu2 masa aku sekolah suka giler tengok citer Charmed nie...pastu dah tak ikut sangat citer nie bila masuk Intec Shah Alam...pastu bila datang UK nie baru la dapat tengok balik citer nie...skang nie kat sini tengah tayang season 7...so aku tak sabar nak tunggu season 8 iaitu season final untuk Charmed...

L-R : Phoebe, Piper, Paige

Pastu skang bebudak rumah aku tengah giler tengok citer American Next Top Model...hahaha biasala bebudak lelaki...nak tengok model2 yang cun...tapikan dalam citer tue bukan semua pon cantik...ader 2-3 ajer muka yang bagi cantik...yang lain tue biasa2 aje...kalau cantik pon sebab pakai mekap...pastu ditambah dengan cahaya flash kamera, tue yang derang semua nampak cantik tue...

Aku ingat nak cakap pasal konsert AF5 minggu 3 tapi macam malas plak...tengokla esok kalau aku rajin, kalau aku tak sibuk belaja...aku akan cakap pasal AF5 ok.

*Credit to Wikipedia for the pictures

Nothing Today

Isnin, April 02, 2007
Macam tajuknya...macam itu jugakla entri nyer...takder aper yang nak diceritakan hari nie...cuma baru je habis tengok filem seram kat tv...see, i'e told you...aku kater nak belaja tapi dok la jugak menghadap tv tu kan...camna nak buat, mood nak belaja tue tak datang lagi la...yang datang mood nak berehat...

So tadi tengok filem seram 'Nightmare At The Elm Street'...mengenai hantu yang bernama Fred Krueger yang ingin membunuh anak2 kepada pembunuhnya dahulu...tapi cara dia nak bunuh orang tue pelik sikit...sebab hantu Fred nie hanya keluar dalam mimpi orang yang dia nak bunuh...so susahla kan nak mengeak daripada hantu nie kecuali kalau orang tue tak tidor dan tak bermimpi...

pepun seram jugakla filem nie...kalau tak disebabkan Hairi teman aku tengok filem nie, tak dapatlah aku nak tengok filem nie pasal seram...yerla aku mengaku, aku nie penakut...walaupun aku suka sebenarnya tengok citer hantu...pastu yang lagi suspennyer, tengah2 tengok citer seram nie, tetiba ader orang tekan loceng rumah aku....hish dahla tengah takut pastu aderla plak bunyi loceng rumah...hiks nasib baik Rafizol turun bawah bukak pintu, kalau tak nasibla orang tue duduk kat luar ajer pasal aku ngan Hairi takut nak bukak...

yerla tengah2 malam nie sapa la yang dtaang rumah nie...hadui...tapi rupa-rupanya Wan yang datang...heh buat takut orang ajela ko nie Wan...kalau nak harapkan aku ngan Hairi,jawabnyako duduklakat luar tue sampai pagi esok....muahaha...

Ikatan Ukhuwah

Ahad, April 01, 2007
Hari pertama cuti...bangun lambat giler...even lagi lamabt dari Hairi sebab masa aku turun bersarapan, aku tengok dia dah siap makan dah...awal giler dia bangun hari nie...eh silap plak...aku yang bangun lambat sebenarnya...

Lepas sarapan...bebudak nie ajak main kad...rasanya dah lama giler kitaorang tak berkumpul main kad...sebab asyik sibuk memanjang...kalau ikut plan asal pagi nie sepatutnya pegi Sing Fatt sebab nak beli barang2 dapur untuk bulan nie.tapi memandangkan semua pon malas ajer gayanya maka ditunda ke waktu petang...so main kad sampai lepas zuhur...pastu bersiap nak pegi Sing Fatt, alih2 bila bukak pintu, hujan la plak...maka tutup pintu balik dan decide nak main monopoly pulak dah...dah naik berhabuk kotak monopoly tue punyalah lama giler tak main...

Main punya main tengok2 hujan dah berhenti kat luar..so kitaorang pon pegi la Sing Fatt untuk beli barang dapur...yang best nyer...ader jual ikan cencaru...antara ikan feveret aku tue...dahla murah ajer dia jual kat situ...so apalagi, rembat terusla....

Balik dari Sing Fatt, pergi Sainsbury plak...pastu sampai rumah terus start masak...bukan aku la yang masak...Ruslan yang masak sebenarnya...aku?...meletakkan punggung di atas sofa sambil layan filem Harry Potter: Chamber of Secrets kat tv...dahla dalam filem nie muka derang, i mean pelakon2 tue budak2 lagi...tapi dalam filem Harry Potter yang akan keluar akhir bulan 5 nie, derang semua dah besar...tak sabarnya aku nak tengok filem Harry Potter yang akan datang nie...tambahan pulak waktu tue aku dah abih exam...hai gembiranya hati...

so itulah aktiviti ukhuwah bebudak rumah aku hari nie...main kad, monopoly dan juga pegi beli barang rumah...