Going 2 Moon: Januari 2008


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Hipokrit?

Selasa, Januari 29, 2008
Hallo

Apa khabar?


Akhirnya semua orang pon dah tahu pemenang Juara Lagu tahun nie.....ke korang nie tak tau lagi?...duduk bawah tempurung ke?hah kalau dah cenggitu, aku bagitau ajela kat bawah nie...

Vokal Terbaik - Jaclyn Victor and Lah Ahmad
Ceritera Cinta

Persembahan Terbaik - Mawi
Angan dan Sedar

Kategori : Etnik Kreatif - Nora
Samudera

Pop Rock - Estranged
Itu Kamu

Balada - Sahri (Kaer)
Izinku Pergi

Juara Lagu - Estranged
Itu Kamu


hah itula senarai pemenang Juara Lagu ke-22....bagi kategori vokal, memang aku dah agak Jac n Lah yang akan menang sebab dah derang power....Mawi plak dah namanya raja sms, dah tentu la menang melalui khidmat sms but then i think he deserve to win compared to others performance that night...

yang lelain tue, memang aku rasa patut menang...cuma bagi kategori Balada tue, Maha Karya Cinta rasanya better dari lagu Kaer tue....cuma maybe sebab Fiq nyanyi tak sedap kot membuatkan lagu tue jadi hazab...nasib baik ler satu lagi lagu Faizal Tahir, Kasih Tercipta dinyanyikan oleh Bob yang persembahan dia sangat superb....thank god bukan Ajai yang akan nyanyikan lagu nie sebab aku tak yakin ngan vokal Ajai....Bob memang membawakan lagu tue ngan baik sekali...

Lagu2 lain tue, ader yang menarik ditonton, ader yang k.o....ader yang biasa2 aje macam kat funfair (Hint:Sofaz)...

Oh lagi satu, apa yer fungsi pompuan baca sajak pastu pegang lilin menyemak semasa Sahri nyanyi? aku tak dapat tangkap la maksud pompuan tu ngan lagu Izinku Pergi tu...

Ok dahla pasal Juara Lagu....aku nak citer pasal Hajah Sheila Rusly....wah nampak anggun sekali dia bertudung sejak pulang dari Mekah...cuma bila dia pakai tudung nie nampak tembam sikitla pipi dia tue...hahaha...mintak-mintakla dia akan pakai tudung sampai bila2...bukan untuk sementara waktu aje...yerlah skang nie rakyat Malaysia dah tak kisah samada artis atau selebriti memakai tudung....contohnya Wardina, Ziela Jalil dan ramai lagi selebriti kat Malaysia...kalau dulu susah nak nampak selebriti memakai tudung keluar di kaca tv, tapi skang nie dari penyanyi ke pelakon, dari pengacara ke model, sudah banyak yang memakai tudung tapi masih lagi laku dan keluar di kaca tv....

cuma aku nak tarik perhatian korang terhadap seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang femes dengan mulut laser dia....wah dulu masa mula2 dapat hidayah bukan main lagi jadi ustazah....tudung bertutup rapi, baju ala2 jubah....siap pakai stokin tangan lagi takut2 aurat nampak bila lengan baju terselak...

tapi la nie, wah tudung berfesyen2....telinga sentiasa terdedah menampakkan anting-anting, leher sentiasa terbuka menayang rantai, lengan baju hanyalah 3/4 tanpa alas didalam, baju berfesyen ala2 tak cukup kain....hah gitu la jadinya selepas beberapa tahun mendapat hidayah....

orang sebegitu aku rasa orang yang hipokrit....yerla berbeza sungguh

aku tulis bukan nak memfitnah yer...kalau tak caya cari la gambar2 dia 3-4 tahun lepas masa baru2 dapat hidayah pastu comparekan dengan gambar dan penampilan dia yang terbaru...memang jauh berbeza...

oh lagi satu orang yang hipokrit dalam memakai tudung nie adalah orang yang berbaju kurung, bertudung tapi tetap menunjukkan jambul rambut...hah ini kita selalu nampak kat tv bila ade acara2 rasmi....ala golongan atasan la senang kata...nak tutup sambil nak menunjuk....tak segan ke diaorang nie dengan Raja Permaisuri Agong kita yang sekarang ini....ayu bertudung litup disisi Yang DiPertuan Agong...Daulat Tuanku

bagi aku, lebih baik la tak bertudung langsung dari tutup sekerat-sekerat....sebab walaupun tak sempurna tapi derang tak hipokrit....

hah okaylah, aku nie pon tak sempurna nak menegur orang, jadi sama-samalah saling memperingati....

What A Waste...

Rabu, Januari 23, 2008
Do you know Adiputra? If you don't know, goggled his name and whoosh you'll get what you want...


This week, or is it last week? Bulletin Utama TV3 have aired special news about him...to raise Malaysian especially politicians awareness about a weakness in our eduaction system when dealing with a special kids such like Adiputra....

Alagkah ruginya jika bakat yang ada pada Adiputra disia-siakan begitu sahaja tanpa mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya dia terima...jika ada yang menonton cerita Malcolm In The Middle, Malcolm himself are categorised as a genius where he has such a high IQ....and in the show, dia diletakkan dalam kelas khas bersama-sama pelajar2 lain yang mana mereka diajar mengikut tahap pemikiran mereka...(honestly, i won't and don't want to be in that class although i'm a genius since it was...how to say...weird, dorky and geeks)...but tak tahula samada kelas tue benar2 wujud di Amereka atau tidak since the show was a fiction...tapi kalau kelas sebegitu benar2 wujud, bukankah bagus?

Then after a few days since Buletin Utama aired the news, Unisel make a statement to accept him as a university student...oh my god? are they insane? He's just a 12 year old boy!....bukanlah aku cemburu tetapi sudahkah mereka (his parent and Unisel) berfikir baik2 apa akan terjadi kepada masa depan budak tue sekiranya dia terima tawaran itu...

yeah yeah i know he is a genius, he can cope with studies in university, he can learn more about mathematics, he may produce a new theory or equation, he can be a researcher whatsoever and bla bla bla...but then, can't he, his parents or Unisel think about what he'll miss in his life?

Bilamana bebudak lain yang seusia dengannya sibuk bermain, sibuk belajar untuk UPSR, going to tuition, mendengar leteran ibubapa, dia pulak sibuk bukak buku calculus or algebra yang mungkin dia sendiri tak larat nak angkat...bukanlah aku nak cakap bila dia baca buku tue, tak elok tapi maksud aku, dia akan kehilangan social skills....and the life experience like others...

Because for me, the best years in my life so far, adalah bila aku bersekolah....dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah....dan semasa bersekolah tue la aku gain knowledge, confidence, social skills, dan macam2 lagi yang aku rasa semua orang pon sama...yeah i know there is a time when we keep thinking when we'll finish school, having stress with homework, books, teachers, and exam, but then it's just a part of 'asam garam' persekolahan...and now i'm reallt miss all of that...

So, don't you guys agree with me that Adiputra will regrets if he miss all that kind of stuffs...but then, i still agree that we should improve our education system...for me, Adiputra should take all public exam...UPSR, PMR n SPM to prove samada dia excel dalam semua subject atau hanya dalam matematik dan sains...sebab kalau setakat maths and science aje dapat A, Sejarah fail, BM fail, BI fail takdela genius namanya...but there should be a flexibility like he don't need to wait till 15 for PMR or 17 years old for SPM...and only after that he should go to University no matter how old he is...

Oh and i really agree with Kasvini - Klik sini kalau nak baca tulisannya

Uniquely Malaysia

Sabtu, Januari 19, 2008
Assalamualaikum...

Skang nie memang aku jarang sangat dapat online...seminggu dapatlah 2-3 kali aje online...bukan sebab takde internet, ader tapi dial-up aje...so faham2 sendiri ajela kalau dah guna dial-up nie....lembap nak mampuh bila nak connect internet...nak check email pon susah...inikan pulak nak update kat sini...kadang2 aku punya blog sendiri pon tak bley bukak, kalau bley bukak pon sempat la aku pi pekena kopi o dulu sementara nak tunggu dia load...

So sebab tue la jugak aku tak berkesempatan nak pi jenguk blog2 orang lain...sori bebanyak....kalau ader pon aku jenguk, aku tak tinggalkan jejak pon....so jangan kecil hati...hah kepada cikshoe, apsal tarak update, merajuk ngan aku ke?...rilek la beb, janganla cenggini....tak rock la merajuk...tak cool...hah ataupon sebab ko sebok ngan Edo kesayangan ko?...ooo habis madu sepah dibuang ek....takpela aku sedar sapa la aku nie....

Kepada Wan, ko tue kan ader tenet yang super laju....walaupon busy, update la jugak....walaupon belum tentu aku dapat pi jenguk blog ko tapi at least bila ader chance, aku pi la jenguk...

Oh, aku nak citer pasal perpaduan kaum kat negara kita sebenarnya....biasalah kan kalau kita tengok dalam drama, selalunya mesti ader pelakon melayu, cina, india konon-kononnya hidup aman damai bersatu padu....kalau dulu-dulu, memang aku percaya pasal perpaduan kaum nie...tapi biler ader perhimpunan Hindraf kat KL hari tue, ala pasal kaum India di Malaysia konon-kononnya tertindas @ ditindas, kepercayaan aku tentang perpaduan kaum kat Malaysia macam sedikit goyah....

Bukanlah aku nak percaya sangat ngan cakap2 derang tue tapi kadang2 aku terfikir, betul ke apa yang ada dalam drama tue sama macam kehidupan sebenar rakyat Malaysia, yang hidup bersatu padu tanpa mempunya rasa syak wasangka terhadap kaum-kaum lain....sebab kadang2 aku sendiri ader perasaan syak wasangka terhadap kaum lain....tapi itu mungkin sebab persekitaran aku kot yang membuatkan aku fikir macam tue....

Even among my friend who studied at UK, mereka juga ada syak wasangka terhadap bangsa lain seperti cina dan india....they always had some kind of weird thoughts about other races in Malaysia...

Tapi semalam, masa lepak2 depan rumah lepas balik dari semayang jumaat, aku nampak 3 budak pompuan sek. men. nak pegi sekolah naik basikal....hahah usha aweks....2 pakai pinafore, satu pakai baju kurung bertudung....yang menarik minat aku, bukan sebab derang cun....bukan sebab derang pakai pinafore sambil kayuh basikal...bukan sebab senyuman derang menawan atau gelak tawa yang kiut tapi sebab mereka terdiri dari 3 bangsa - melayu, cina dan india...

Erm memang benda nie membuatkan aku kembali percaya yang memang rakyat Malaysia yang terdiri dari pebagai kaum hidup dengan aman damai....walaupun kalau dilihat benda nie simple aje, tetapi benda nie penting sebab walaupon negara kita dah merdeka selama 50 tahun tapi kita still lagi bercakap tentang perpaduan kaum....dan 3 budak pompuan tue menjadi bukti akan perpaduan kaum di negara kita...

Di negara kita, ingatlah warna kulit, bahasa dan budaya tidak membataskan pergaulan kita semua...

Di Mana Sharlinie?

Isnin, Januari 14, 2008

I think ha, i'll get a fever....why?...because one day it's freaking hot, while the others are freaking raining and cold....so how? what to do?

Herm skang nie Malaysians tengah kecoh tentang Sharlinie yang hilang diculik....hai apa la nak jadi skang nie... baru beberapa bulan lepas kecoh mengenai Nurin Jazlin yang hilang diculik dan kemudiannya dijumpai mati...dan skang nie Sharlinie plak....

manusia jenis apala yang sanggup buat semua nie...apa takdak hati perut ke...tak terfikir ke perasaan mak bapak budak tue...pastu dengan budak tue yang ade pennyakit lagi...bodo betulla orang yang menculik tue...kalau ye pon nak culik, pi la culik anak Bush ke, anak Blair ke...barula gempak....ini setakat culik budak berpenyakit buat apa...kesian kat budak tue yang tak berdosa, yang tak tahu apa2....

Kalau sapa yang ingat pasal Madeline, budak UK yang hilang sewaktu di Portugal, yang aku pernah tulis jugak kat sini, sampai sekarang budak tue tak ade khabar berita....hidup ke....mati ke....kenapa la ader orang yang sanggup buat semua nie...

Merapu Meraban

Selasa, Januari 08, 2008
Rasa macam ada banyak nak tulis sebenarnya tapi bila dah pegang keyboard, semua benda yang nak tulis tue pon hilang...memula ingat nak wat entri jiwang tapi dah tak rasa jiwang dah...pastu nak wat entri sedih, pon dah tak rasa sedih...nak wat entri happy, pon tak rasa sangat

So apa yang aku rasa skang nie?...err tak rasa apa pon sebenarnya...rasa macam kosong aje, blur memanjang...banyak fikir camna nak kayakan diri...baik dengan harta benda, mahupon dengan budi bahasa...hahaha poyo aje...

Oh lupa nak cakap, last week aku ader jumpa rakan sekelas aku masa kat K.E...tapi aku tak tegur dia, dan dia pon tak tegur aku...bukannya aku taknak tegur dia cuma aku pon tak sure sangat samada dia tue memang kawan aku ke idak...and maybe dia pon dah tak ingat aku lagi kot...almaklumlah dah berzaman lamanya tak berjumpa...ala lagipon masa sekelas dulu pon bukannya kitaorang rapat sangat pon...but then bila aku check frenster tadi, sah lagi sahih dia tue kawan sekelas aku...

Dia aku rasa sama aje macam dulu, tak berubah banyak sangat...cuma yang berubah aku nie ha...kalau nak dibandingkan zaman aku kat sekolah dulu ngan sekarang nie, memang lain bebenor...saiz badan bertambah...ader janggut misai...pastu berambut panjang....dulu2 mana aku ader rambut panjang...sentiasa buat rambut askar...almaklumlah zaman sekolah...pastu dulu2 aku nie lain sikit dari yang lain...kalau orang yang kenal aku kat K.E tentu tau dulu aku nie camna, dan skang nie aku camna...kalau dulu merempit naik basikal, skang merempit naik motor...tak begitu Hafez?

Budi Bahasa Budaya Kita

Jumaat, Januari 04, 2008
Hari nie pepagi buta dah bangun pasal nak hantaq kakak aku pi kerja...pasainya dia dok belasah guna motor aku, so kalau aku nak guna motor, aku kena pi hantaq dia...kalau nak tau, bukannya dia takdak motor sendiri, ada tapi lingkup pasal eksiden 2-3 bulan lepas...masa tue aku pon tak balik lagi so aku taktau citer yang sebenarnya...dah pulak tue, punya la pemalas, dia tak hantaq motor dia pi kedai baiki tapi dok belasah guna motor aku (bukannya motor aku ekceli tapi saja gatai ngaku motor sendiri)...

Alkisahnya hari nie aku kena pi Jab. Pendaftaran Negara pasal mykad aku rosak, tue yang bangun awai tue...kalau hari biasa tue, selagi mak aku tak bising, takdenyer aku bangun...

Ha, yang aku bleh tau mykad aku rosak tue pasai semalam aku pi maybank, nak bukak akaun baru...pastu isi borang, amik no, pastu cantik punya tunggu, punya tunggu, sampai giliran aku sekali dia cakap mykad aku rosak, derang tak bley nak baca details yang dalam mykad tue...punye la bengang...so aku pon pi la JPN lepas tue nak wat mykad baru aku, sekali tengok queue dia bukan main panjang lagi...malas la aku nak tunggu, terus balik rumah...

Tu yang pagi nie aku kena pi JPN pepagi buta bagi mengelakkan queue panjang...dan memang nasib aku, aku orang ke sembilan pagi nie buat mykad...tapi disebabkan ader orang potong queue aku, membengangkan aku...nasib baik akak kaunter (akak la sangat, padahal taraf mak aku aje) tue pon kata tunggu sekejap dengan muka manis ditambah senyuman, tak jadila aku nak ngamok pagi tadi...kalau tak, rasainla amukan aku...

Lagi satu skang nie kat maybank dah tak guna kaunter ke? semalam aku pi tengok kat maybank tue dah takde kaunter, semua dah ganti ngan kerusi dan meja yang lebih mesra alam berbanding sistem kaunter...dan ade mesin2 yang berderet-deret...pastu semua pekerja maybank tue pon aku tengok senyum aje memanjang (kecuali dua akak kekwat kat kaunter depan pintu masuk yang memanjang kekwat yang tugasnya bagi no giliran aje)...wah ini manyak bagus...tapi ini maybank kat tempat aku la, kalau tempat lain tak tau la plak aku...