Going 2 Moon: Untungkah Rakyat?


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Untungkah Rakyat?

Baru balik dari kerja...tengah berpeluh lagi nie...weekend nie keje lagi....sebab minggu nie ngan minggu depan still ade conference yang berlangsung so memang sibuk giler kena kemaskan bilik2...

Tapi yang sedihnya minggu nie kitaorang kekurangan staff so bebanan kerja tue 2-3 kali ganda la...dari satu segi memang tak best sebab penat nak mati tapi dari satu segi plak best sebab dapat gaji lebih...so sabo ajela...

Bajet 2008 pon Pak Lah dah bentangkan jumaat lepas...bagi aku, memang bajet kali nie dari banyak segi menguntungkan rakyat...terutamanya untuk bidang pendidikan negara...mulai tahun hadapan, semua yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan...dan juga skim pinjaman buku teks juga diperluaskan kepada semua pelajar sekolah tanpa mengira kedudukan kewangan keluarga...


Dan yang paling best, biasiswa pelajar2 di USA, UK dan Kanada akan dinaikkan sehingga 97%...


"Pada masa ini, Kerajaan menaja seramai 17,000 ribu pelajar di universiti luar negeri. Kerajaan telah pun meningkatkan elaun sara hidup di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan pada tahun 2006. Kini, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007." Sumber: Ucapan Bajet 2008


Dan oleh sebab itu aku rasa tahun depan, pilihanraya negara kita akan diadakan...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan