Going 2 Moon: Stealing Broadband


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Stealing Broadband

Semalam, seorang lelaki telah ditangkap oleh pihak polis selepas didapati mencuri...tapi ini bukan kes curian yang biasa anda dengar di Malaysia ye... lelaki itu telah ditahan kerana mencuri wireless broadband connection...



"The 39-year-old man was seen sitting on a wall outside a home in Chiswick, west London, by two community support officers. When questioned he admitted using the owner’s unsecured wireless internet connection without permission and was arrested."



Mencuri internet, atau menggunakannya tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di UK di bawah Akta Komunikasi 2003 dan juga Akta Penyalahgunaan Komputer...wow dahsyat sekali yer...malah pada 2005, seorang lelaki dikenakan denda sebanyak 500 pound atas kesalahan yang sama...

selama nie aku tak tahu plak menggunakan wireless connection orang lain adalah satu kesalahan...sebabnya ingat lagi tahun lepas masa mula2 pindah kerumah sewa aku nie..mana ader internet lagi kat rumah nie so kitaorang guna la unsecured wireless connection sapa ntah...rasanya jiran kitaorang punya la...seronok aje kan guna...kalau la kena tangkap, sapa yang malu, mereka dan keluarga mereka...

"Jangan tangkap saya, saya tak bersalah"


Tapi bagus jugak ader undang2 sebegini sebab ade banyak masalah yang timbul dari penyalahgunaan internet ni...yerla bayak rumah2 kat UK nie guna wireless connection terutamanya rumah student...bayangkan kalau ader orang luar yang gunakan internet rumah korang pastu sebarkan email2 palsu macam artis2 kat Malaysia buat...atau sebarkan virus komputer, buat ancaman bom...hah pastu pihak berkuasa kesan benda2 tue berpunca dari internet rumah korang...tak ke naya tue...

Tak pasal2 plak korang kena buktikan yang korang tak bersalah...so, moral of the story is, jangan guna wireless connection orang lain tanpa kebenaran...dan jangan biarkan wireless connection kat rumah korang unsecured...letaklah password yang penghuni rumah anda aje yang tahu....

Source: The Birmingham Post
Metro
Channel 4 News
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

1 Comments:

At Ogos 24, 2007 6:00 PTG, Blogger Syakhir Jaafar said...

The problem is not "stealing" the line. Its "sharing" the line without permision. Some script kiddies might be able to spy on the owner's webcam if they want to. So the man might say he's just stealing the line, while he might have been spying on the owner. So thats a serious crime and how serious this issue should be treated.

just my doplosen
-K'-

 

Catat Ulasan