Going 2 Moon: Merdeka!


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-50...

Tetapi ucapan ini saya ucapkan hanya kepada mereka2 yang berasal dari Semenanjung Malaysia sahaja...sebab hakikatnya mengikut fakta sejarah hanya penduduk2 Semenanjung Malaysia, atau asalnya Malaya, sahaja yang mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957...

Manakala Sabah dan Sarawak hanya mengecapi kemerdekaan pada 16 September 1963, lewat 6 tahun 16 hari dari Malaya...dan pada tarikh itu juga Malaysia terbentuk yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia), Singapura, Sabah dan juga Sarawak...

Saya tak pasti sama ada kerajaan kita sedar atau tidak akan hakikat ini tetapi inilah yang tercetak didalam buku teks sejarah tingkatan 3...

Saya tulis megenai ini adalah kerana kawan saya, seorang yang berasal dari Sabah dan seorang lagi dari Sarawak yang terasa kerajaan kita seolah2 lupa akan fakta ini...kerana setiap tahun kemerdekaan negara kita diraikan pada 31 Ogos, bukannya pada 16 september...dan pada tahun ini menyambutnya secara besar-besaran memandangkan ini unlangtahun ke 50...tetapi kawan saya itu berkata yang kerajaan lupa bahawa penduduk2 Sabah dan Sarawak baru 44 tahun merdeka...dan ini membuatkan kebanyakan penduduk2 disana berasa dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia...dan kalau kita lihat, 31 Ogos adalah tarikh cuti umum tetapi 16 september pula tidak, malah tiada sebarang sambutan Merdeka yang dibuat oleh kerajaan kepada penduduk2 di Borneo...

Bukanlah niat untuk menghentam kerajaan tetapi ini adalah satu fakta yang perlu di'higlight kan...dan ini adalah apa yang kawan saya itu cakap, apa yang dia rasa sebagai Sabahan dan Sarawakian...

Tetapi yang paling penting sekarang ini adalah setelah 50 tahun, ataupun 44 tahun bagi Sabah+Sarawak, negara kita sudah jauh membangun...dari negara yang bergantung kepada sektor pertanian, kini kita lebih kepada sektor pembuatan...dari 3 negara berbeza, kini kita menjadi satu negara...yang bernama Malaysia...and I'm Proud to be Malaysian...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan