Going 2 Moon: Maju Setapak Kehadapan


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Maju Setapak Kehadapan

Yeay...ade berita gembira nak kongsi hari nie...

Hari nie, err semalam ekceli, perkhidmatan media yakni internet, tv dan telefon dirumah kami telah ditukar kepada syarikat kabel VirginMedia...

yang pentngnya nak bagitau kat sini adalah kelajuan internet dirumah aku sekarang ialah


up to 20MB...


Yeaahuuuu....

Kini semakin pantas....

Untuk tv dan telefon plak, err biasa2 aje, lebih kurang macam yang lama jugak...sebelum nie telefon kitaorang guna BT (BritishTelecoms) dan untuk tv plak kitaorang guna perkhidmatan satelit Sky...ala2 Astro juga bilamana hujan, maka siaran akan terganggu...memang tension tambah2 bila tengah tengok citer yang best kat tv...rasa nak makan nasi guna piring satelit kat bumbung tue...dan untuk internet sebelum nie kitaorang guna Tiscali dengan kelajuan up to 8MB ajorr dengan menggunakan line telefon, so memang nak sangat bertukar kepada cable...

Sebab musabab kitaorang bertukar kepada cable nie sebab nak satukan ketiga2 bil tue menjadi satu bil aje supaya senang nak bayar dan juga senang nak manage akaun...dan selain dari tue nak dapatkan kelajuan internet yang maksimum...disamping perkhidmatan tv tidak mungkin terganggu disebabkan hujan...

Yerla, kalau dah guna line telefon nie faham2 ajela...macam streamyx la...lembap bebenor internet dibuatnya...terutamanya pada peak hours iaitu pada waktu malam...memangla namanya up to 8mb tapi rasa macam tak sampai 1mb aje...but still laju dari internet yang bernama streamyx itu...hahaha matila aku kutuk negara sendiri..

So dengan VirginMedia nie yang menggunakan fibre-optic cable, memang maksimum kelajuan internet rumah kitaorang...yerla...20mb la katakan...and when they say up to 20mb, they are really means it...unlike Tiscali where when they say up to 8mb, its feel like up to 2mb only...

Sir Richard Branson


oh VirginMedia nie adalah sebahagian dari ahli kumpulan syarikat Virgin kepunyaan Sir Richard Branson, seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya dan dikenali diseluruh dunia...antara syarikat2 lain kepunyaan Sir Richard nie adalah syarikat penerbangan VirginAtlantic dan Virgin Blue, syarikat keretapi di UK iaitu VirginTrains, syarikat VirginMedia, kedai video dan cd Virgin Megastore, syarikat Virgin Mobile dan beberapa lagi la syarikat2 yang memang besar dan berjaya...pendek kata dari bidang pengangkutan, perhubungan, hiburan, pelancongan,makanan dan lain2 semua dia ade syarikat la....

Memang tabik springla kat dia nie...dan kalau tak salah aku dia buka syarikat virgin nie dari scratch...maksudnya dari kosongla dan bukannya mewarisi dari makbapak dia...kalau tak salahla...the most important is dia behenti sekolah pada umur 16 tahun dan tak pernah masuk universiti...so kalau nak info lebih lanjut, korang search aje kat wikipedia pasal dia nie...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan