Going 2 Moon: Degree of Freedom


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Degree of Freedom

tahniahla kepada bebudak Chemical Engineering yang berjaya menghabiskan exam diaorang pukul 11.30 pagi hari nie, lewat sehari dari aku atau lebih tepat lagi lewat 19 jam 30 minit dari aku. so, dengan ini rasmilah kitaorang bebudak maths ngan chem. eng. start cuti summer. apa yg kitaorang buat hari nie?

kitaorang banyak memerli ruslan ngan amar pasal diaorang ader exam lagi next week. amar abis ari kamis, ruslan plak ari jumaat. kesian kat diaorang. kami yg dah abis nie bley la start bersuka ria. diaorang pon bersuka ria gak cuma still nak kena baca buku dan risau pasal paper diaorang next week.muahahaha

so, ari nie kitaorang-aku, amar, ruslan, p-jo ngan hairi- pi tgk wayang. citer x-men-the last stand. seperti biasa, maleh la aku nak buat review pasal movie tue kat sini pasal aku nie mana reti sangat nak wat bende2 review nie. aku cuma bley kasi 7/10 bintang untuk movie nie. kira okla tue. kitaorang pergi tgk movie tue lepas zuhur.

lepas tgk movie, kami pi jenjalan kat shopping complex bullring. sajer nak window shopping. lama gakla tak jenjalan macam nie. first sebab ader exam. second sebab takder duit. third sebab malas. kalu dulu tue bley di katakan setiap minggu atau 2 minggu sekali pi jenjalan kat bullring tapi sejak 2-3 bulan yg lepas nie dah jarang pi bullring

pagi tadi asyik hujan jer. dari pagi bangun tido sampaila kitaorang nak gi tgk wayang.hujan jer. namun itu tak mematahkan semangat kitaorang untuk pi bersuka ria. lupa plak nak mention yang waktu kat bullring tue nampak dr hafizal berjalan ngan isternya, kak mag. tak sempat nak pi tegur, diaorang dah masuk satu kedai baju nie. pastu bila kitaorang jenguk dalam kedai tue, tak nampak plak dr hafizal. macam biskut plak. kejap ader, kejap takder. memang dah nak dekat sebulan tak jumpa dr hafizal pasal dia sibuk ngan keje, kitaorang plak sibuk ngan exam. tapi takpe. next week pasti jumpa sebab kitaorang nak pi camping ngan dia kat wales.

hari nie, aku ader dapat gadget baru iaitu digital kamera. casio ex-s500. biasa-biasa sajork kamera aku nie. cuma 5 megapixel, display skrin lcd 2.2", bley buat movie jenis mpeg-4, ader 3 optical zoom dan lain-lain lagi. yang bestnyer kamera nie adalah ia sangat nipis-cuma setebal 16.1 mm- dan ringan-115 gram. itu yang aku suka pasal kamera nie. aku beli kamera nie kat e-bay. takderla murah ataupun mahal sangat. kira ngam-ngam ngan bajet aku. ekceli sepatutnya semalam aku dah dapat kamera nie tapi waktu postman datang rumah aku nak antar benda nie, aku tak bangun tido lagi. yerla, ader ker dia datang kul 7.30 pagi. awal gile. so, terpaksalah aku gi amik benda nie kat post office kat city centre. tapi memory card yang aku beli dari e-bay jugak, tak sampai lagi. dia kater maybe dalam 7-14 hari baru sampai sebab alkaedahnya benda tue asal dari china. that's why it takes time to reach here.








seronok betul membeli-belah secara online nie. mudah dan murah. takyah susah-susah pi kedai kalu nak beli barang. duduk dalam bilik, pakai tuala sajer pon dah boley beli barang (itupon kalu nak pakai tuala la. kalu taknak pakai apa-apa pon boleh). lagi satu harga barang2 yg di jual kat tenet nie selalunya lagi murah dari harga kedai. pastu, yg bestnyer ko shopping secara online nie adalah ko tak nampak duit ko mengalir keluar. sedar-sedar bila dapat acount statement, ko pengsan pasal dalam account tinggal 10 pound. aku shopping kat tenet nie guna debit card solo. debit card tau, bukan CREDIT card. beza debit ngan kredit adalah kalu ko guna debit card, duit ko akan terus ditolak dari akaun ko dalam bank manakala kalu credit card, ko akan berhutang dulu ngan bank. lepas shopping baru bayar kaedahnya. ha, kat bawah nie gambar kamera baru aku.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan