Going 2 Moon: Tentang Bulan


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Tentang Bulan

sekarang nie aku tengah tengok bulan. aku tengok dari tingkap bilik aku. cantik betul bulan malam nie. bulat penuh dan berwarna putih. walaupun hakikatnya bulan hanyalah memantulkan cahaya matahari, namun bagi aku cahaya putih itu datangnya dari bulan sendiri. cahaya yang mampu menerangi kegelapan malam. dan walaupun aku tengok bulan di sebalik dedahan pokok yang tumbuh kat belakang bilik aku nie, still bley nampak dengan jelas akan kecantikan bulan tue.

bila aku tengok bulan, aku akan teringat apala agaknya orang2 lain buat pada masa sekarang. kalo orang2 yang kat malaysia tue, diaorang mesti tengah bersiap untuk memulakan stu lagi hari baru dalam kamus hidup diaorang. ader yang tengah makan breakfast, ader yang baru bangun tido, dan ada jugak yang tengah stuck dalam traffic jam. kalo orang kat UK plak, mesti ader baru nak tido, ader yang tengah struggle study sebab nak exam malah ader jugak yang tengah membuat bising mengganggu ketenteraman orang lain macam flatmates aku buat sekarang.

sambil-sambil aku tengok bulan tue, aku terfikir gak. ader ker orang lain yang tengah tengok bulan macam aper yang aku buat sekarang? kalo ader yang tengah memandang bulan sekarang nie, aper agaknya yang ader dalam kepala hotak diaorang tue.

baru aku teringat yang sepanjang aku duduk kat UK nie, nie la rasanya baru pertama kali aku tengok bulan. walhal waktu aku kat malaysia dulu, aku selalu tengok bulan. tak kiralah waktu tue bulan penuh ker, bulan tak penuh ker, bulan separuh ker. aku tetap aku tengok. even kalu takder bulan, aku akan tengok langit malam yang gelap. langit yang penuh dengan bintang2 yang berkelipan. dan itu membuatkan aku sedar akan besar kuasa tuhan, pencipta alam semesta ini...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan

Links to this post:

Buat Pautan