Going 2 Moon: Tenet


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Tenet

aku kali nie nak cakap pasal ramalan cuaca. kalo mengikut ramalan cuaca yang di keluarkan oleh website Weather Channel UK , sepanjang minggu nie sampailah ke minggu depan, birmingham akan hujan di selang seli dengan keadaan mendung. mak aih, bosannya! kiranya aku akan exam dalam keadaan cuaca mendung. tak best sungguh.tapi bagus gak. at least masa aku berlenggang lenggok ke dewan exam tue, mata dan iman aku akan terpelihara. sebabnya musim hujan macam nie orang putih takkan melepak kat kawasan padang sambil mengenakan kain buruk di badan mereka. hahaha

pepun aku nak katakan yang ramalan cuaca nie bley di percayai kerana ramalannya 80% tepat. ini kelebihannya bila kita duduk kat UK nie. segala maklumat berada di hujung jari tanpa perlu mengeluarkan peluh jantan dan betina mahupun apa jua cairan yang mampu keluar dari badan kita. bukankah mudah? bukan ramalan cuaca jer yang kita bley dapat dari tenet nie. macam-macam ada... (sila baca macam iklan kat astro tue!)*(beranganla aku di panggil jadi model astro lepas nie)*.

daripada berita, hiburan, shopping barang dapur mahupun mekap,beli baju, beli tiket bas,ketapi mahupun apa saja yang terlintas kat kepala hangpa tue, korang bley guna tenet. hangpa googling ker yahooing ker benda2 ataupun info2 yang korang perlukan, pastu dapatlah benda tue. bayangkan kalo korang nak beli spender mahupun tuala _______( isi sendiri tempat kosong), korang click jer button buy kat tenet, pastu tunggu jer barang tue sampai ke depan pintu rumah korang.

tapi benda-benda macam nie aku rasa bley dapat kat negara-negara maju jer macam UK,USA, Jepun. kat malaysia orang masih kurang gunakan tenet untuk benda2 macam nie. setahu aku kat malaysia ramai orang gunakan tenet untuk berchatting jer. bukanla semua orang malaysia la.ini dari isi hati pandangan mata aku jer (hehehe, abisla aku cedok ayat Sultan Muzaffar). mungkin rakyat malaysia masih kurang yakin dengan keselamatan duit apabila berbelanja di tenet. yerla kang tak pasal-pasal duit dalam akaun bank lesap.

tapi kan, still ader gak bebudak yang duduk kat UK nie tak menggunakan sepenuhnya kemudahan internet nie. tenet hanya di gunakan dengan sepenuhnya apabila mendownload cerita-ceriti (hiks sapa tue tatau-sampai kene ban) dan juga berchatting. nasihat aku gunakanlah kemudahan internet nie dengan sebaik mungkin. macam-macam info korang bley dapat dari tenet tanpa korang perlu bersusah payah bersusah payah.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan