Going 2 Moon: Kuliah terakhir...


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Kuliah terakhir...


Ari nie adalah ari terakhir aku ader kuliah untuk semester nie merangkap tahun pertama aku sebagai budak u. tak sedar ek, tik tok tik tok masa berlalu meninggalkan kita. kejap jer rasanya setahun nie. tapi dah setahun ker? tipu jer. mana sampai setahun lagi aku kat uk nie. baru 7 bulan 15 hari aku berada kat uk nie. tapi rasa macam bulan lepas jer aku sampai uk. rasa macam baru start kuliah. rasa janggal lagi hidup kat uk nie. tapi, tak sedar rupa-rupanya aku dah nak amik final exam dah.

dalam masa 7 bulan nie, banyak perkara yang dah dan nak berubah. ader yang waktu kat malaysia dulu single tapi sekarang nie dah double. waktu kat malaysia dulu ala-ala baik tapi sampai uk dah nak jadik jahat, ader yang dulu pakai tudung sekarang nie gah dengan rambut berkaler. ader jugak yang sebaliknya iaitu menemui hidayah di bumi asing nie. tapi inilah manusia yang ader hati dan perasaan. yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan juga persekitaran...

aku? masih macam tue jugak. (ye ker macam tu jugak?) aku sendiri pon tak tau sama ader aku nie masih sama macam dulu ataupun tak. kalo dulu aku muda tapi sekang aku dah tue bangka.kalu dulu aku tak nampak kurus sekang nie nampak gemuk. kalu dulu aku berambut pendek, sekarang berambut panjang.

sepanjang 7 bulan aku kat sini, aku dapat rasa macam mana idup ngan org putih a.k.a monyet. antaranya adalah gaya pemakanan diaorang. amik contoh flatmates aku nie. senang betul idup diaorang. bukak freezer@ fridge. buang bungkusan luar makanan tue dan masukkan dalam microwave.bila bunyi 'ting...', dah boleh makan dah. tak macam aku yang hambik masa sejam nak masak dan makan. pastu orang putih nie bila dah guna pinggan mangkuk periuk belanga, bukannya nak terus basuh. di biarkan kering atas sinki. bila pinggan mangkuk dalam almari dah abis baru nak basuh. itupon satu hal jugak. ader ker basuh pinggan ngan sabun tapi tak di bilas ngan air. aku ulang yer. Basuh pinggan mangkuk ngan sabun TAPI TAK BILAS ngan air. camana tue? maksudnya bila dah letak sabun kat pinggan mangkuk yang kotor tue, kemudiannya pinggan mangkuk tue akan di BIARKAN kering kat sinki.pastu guna untuk makan balik. iieeeewwwww.......

lagi satu kan, minggu depan dah nak exam, minggu nie bley diaorang melalak-lalak dalam parti. lagak gaya mereka seperti monyet-monyet yang riang gembira baru lepas bersenggama (opppsss abisla aku bila pian baca). memang bising la keadaan nya. bengang tul aku...

pastu ari nie memang ramai giler yang lepak-lepak kat padang depan library university aku.ramai dari sebelum-sebelum nie. memang penuh sampaikan takder ruang kosong.

Ari nie bebudak KPM dapat duit scholar for the next three months. Lega sikit aku. Almaklumlah yang sebelum nie poket serta dompet aku kering kontang seperti gurun gobi layaknya. siap ader rekahan lagi tue.. walau apapun nasib baikla KPM masukkan duit scholar pada awal bulan tak seperti sebelum-sebelum nie. kalu dia masukkan lambat kali nie, harus aku report kat Karam Singh Walia. biar nanti tangan si karam tue turun naik kat layar televisyen report pasal KPM yang lambat masukkan duit. huhuhu...
« Home | Next »

0 Comments:

Catat Ulasan