Going 2 Moon: citer lawak


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

citer lawak

hehehe, citer lawak nie aku copy and paste dari blog orang lain- Abg DinTKD(tanpa kebenaran tuan punya blog).


Accident
Satu hari tu aku nampak accident depan mata aku ...ada sorang Bai jual roti kena langgar dengan sebuah bas. Impact dari kena langgar tu si Bai tu tercampak dalam 10m dari motor rotinya dan ngam-ngam jatuh ke dalam longkang.. Bila aku sampai aku tengok si Bai tu dah terjelepuk kat dalam longkang tu dengan darah dah mengalir dari kepala dia . Roti dia pulak aku tengok dah bertaburan kat atas jalan.. Dia try untuk sapu darah yang mengalir dari kepalanya sambil merintih kesakitan.
Kejap tu orang dah mula ramai dan kebetulan ada sorang polis datang dan bertanya kat Bai tu..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. si Bai itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..." .....
tu la cerita nyer betapa komited nyer so Bai terhadap kerjayanyer ...macam komited aku kat kelas2 aku la..he..he.. citer tu lawak jer..tapi kalau korang nak percaya jugak terpulangla..


Ni ada satu lagi lawak utk korang renungkan ..
Ada sorang makcik Kelate nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat Kelantan la. "Misi..mokcik nok tupe tanyo, mano dio wad kecemase" Nurse tu selamba jer jawab... "wad Kencing Masam takde makcik....wad Kencing Manis ader la"

...bahasa jiwa bangsa ....
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan

Links to this post:

Buat Pautan