Going 2 Moon: Pengalaman menakutkan...


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Pengalaman menakutkan...

aduh, aku baru sahaja mengalami pengalaman yang menakutkan sebentar tadi. hangpa tau apa yang terjadi pada aku? mestilah hangpa tak tau kan?aku sebenarnya malu nak cita kat hangpa semua pasal pengalaman aku tadi.tapi, aku nak jadikan citer aku ini sebagai iktibar kepada hangpa semua...chewaaahhhh

kalu hangpa nak tau, aku rasa takut bila aku terpaksa berhadapan dengan situasi macam pagi tadi tue. bila aku berada dalam situasi tue, macam-macam perkara yang berputar-putar dalam fikiran aku sampai aku naik pening-pening lalat (tapi aku takder taik lalat tapi). entahlah, bila dah berada dalam situasi kesusahan barulah aku berfikir macam-macam benda yang selama nie aku tak ambil berat. baru aku sedar rupa-rupanya dalam kepala hotak aku nie macam-macam sampah-sarap yang bertimbun sampaikan aku tak terperasan akan sampah-sarap yang berada di bahagian bawah.

pastukan, selain benda-benda tue, aku ader gak cari jalan macam mana nak lepaskan diri aku dari situasi menakutkan tu tapi semuanya pon tak bley pakai. sudahnya aku tawakal jela.

hangpa mesti tertanya-tanya kan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi? sebenaqnya pengalaman menakutkan aku sebentar tadi adalah.....pengalaman terperangkap dalam toilet lebey kurang sejam!citernye begini, pintu toilet aku tue jadi rosak sejak monyet-monyet bilik aku nie balik sini. apa yang depa buat kat pintu tue pon aku tak tau la sampai jadi rosak lagu tue. habis tue aku macam biasa la pepagi buta kalu tak berak tak sah (korang pon sama jugak kan?). so tanpa segan silu mahupun malu-malu kucing aku pon masuk la toilet tue nak berak dan mandi. di pendekkan citer (aku malas nak citer detail apa yang aku buat kat dalam toilet tue takut nanti korang tak lalu makan plak nanti) bila aku dah selesai apa yang aku hajatkan, aku nak keluar la. tup-tup, pintu tue tak bley bukak. dalam 5 minit tue aku cool lagi la sebab sebelum nie pon dah pernah kena tapi 5 minit dah bley bukak. bila dah nak 1/2 jam aku cuba tak boleh bukak gak, aku pon gelabah la. aku ingat nak keluar ikut tingkap jer tapi masalahnyer aku pakai tuala jer (sila jangan bayangkan aku bertuala! aku tak rela...). nanti kalu tuala aku terlepas (lagi sekali jangan bayangkan ...) sapa yang malu? mereka dan keluarga mereka...

tempat kejadian


even kalu aku berjaya keluar ikut tingkap pon, masalahnya pintu depan flat aku berkunci. macam mana nak masuk? takkan aku nak berdiri kat luar tue ngan bertuala jer. aku tak rela youuu! kalu aku ketuk pintu pon bukannya flatmates aku akan bukak sebab pagi lagi dan diaorang tue semua pon tido mampus....
maka aku pon ambil keputusan nak cuba gak bukak pintu toilet aku tue. cuba punya cuba punya cuba punya cuba ....(berapa banyak punya cuba daaa) tak bley gak. so, aku tarik napas melalui ruang pengudaraan yang besar di antara mulut ngan mata, baca bismillah dan aku pulas pintu tue. alhamdulillah berjaya.

akhirnya, setelah berhempas pulas berjaya gak aku melepaskan diri dari situasi yang menakutkan tue. hehehe, amacam? takutkan pengalaman aku tue?
« Home | Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan