Going 2 Moon: Edward Road


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Edward Road

hari nie takder aper yang menarik pon. bangun pagi tadi macam biasa terus on laptop. nak tengok ader email baru ke tak. pastu study sikit-sikit sambil tengok shin chan. korang bley ker belaja sambil tengok shin chan macam aku buat?

pastu tengahari macam minggu-minggu yang lepas aku pegi tunaikan kewajipan. kewajipan sebagai lelaki muslim iaitu semayang jumaat. macam biasa aku sampai awal dan seperti biasa aku tak tolong pon bentang sejadah. hehehe, baik kan aku?

pastu lepas semayang jumaat aku pegi edward road ngan pian dan si hamid albar. aku takder apa nak beli pon tapi sajer jer menghabiskan duit, masa dan tenaga. edward road nie kalo hangpa nak tau ader kedai-kedai orang pakistan a.k.a paki a.k.a kipas. kitaorang panggil diaorang kipas sebab kalo nak mengumpat diaorang tak obvious sangat la. tapi jangan salah sangka. bukan aku yang start dulu panggil kipas. aku pon tatau sapa yang start dulu.

edward road nie jauh jugak la ngan university dan jugak tennis court. kalo naik bas lebey kureng 5-10 minit. kalo jalan kaki lebey kureng 1 jam. itu kalo jalan kaki berlenggang kangkung macam aku buat la. kalo macam pian jalan, 1/2 jam dah sampai (oppss...termengata plak).

so, kat edward road nie ader la kedai runcit, kedai gunting rambut, pharmacy dan jugak kedai menjual daging halal. kira murah jugakla barang2 kat sini. sini kira macam tempat kitaorang shopping barang2 makan. kat sini jugakla aku gunting rambut dulu. harganya 4 pound=28 ringgit. mahal tak? aku pon tatau biler nak gunting rambut lagi.

pastu next semester kitaorang akan sewa rumah yang dekat-dekat situ jugak. kira senang la nanti nak beli barang makan. walaupun jauh sikit dari university, tapi tak kisahla sebab rumah yang kitaorang sewa tue rumah banglo 2 tingkat yang mempunyai laman belakang seluas mata memandang.so merasala tahun depan kitaorang bercadang untuk membela kuda, ayam, itik dan tak ketinggalan lembu. sambil tue jugak mengusahakan sayur-sayuran seperti kangkung untuk kegunaan seharian (layak dapat anugerah peternak dan peladang yang berjaya nie). itu pun kalo kami tak di pelangkung oleh landlord la. kalo tak, merasala kami akan tendangan penalti dari en rahman a.k.a landlord kitaorang tue.

ermmm, tak sabarnya nak masuk second year. mintak-mintak di permudahkanla jalan untuk masuk second year.

p/s: di sini aku nak mengucapkan tahniah kepada kawan aku yang sorang tue kerana telah berjaya membeli untuk diri sendiri sebuah alat telekomunikasi yang canggih tetapi gedabak ittew.... sehinggakan kalo alat itu di baling kepada hanjeng-hanjeng, merasala binatang itu akan terus masuk ICU tanpa berlengah-lengah lagi. (jangan marah ahhhh, nanti kena jual....)
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan