Going 2 Moon: Kenapa hari nie aku nak kasi penyepak?


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Kenapa hari nie aku nak kasi penyepak?

amacam, emo tak korang baca tajuk entry aku yang kat atas tue? nak tau tak sebab munyabab aku rasa nak pi bagi penyepak kat 2 makhluk tue? sapa 2 makhluk tue? apa yang diaorang dah buat? apa salah diaorang?

kalu nak tau jawapan kepada soalan2 di atas, baca petikan akhbar di bawah nie yang aku ambil dari Utusan Malaysia Online di bawah tajuk 'Pengambilan Guru Diperketat 2007'. Kalu nak baca artikel tue penuh, sila klik SINI !

"Terdahulu sebelum sidang akhbar itu,Hishammuddin mengumumkan khidmat pesanan ringkas (SMS) pelajar terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri yang diterimanya sebelum tiba di PWTC.
Beliau yang gembira dengan SMS itu berkata,walaupun Nur Amalina berada jauh di United Kingdom,tetapi masih lagi mengingati perayaan Hari Guru yang disambut hari ini."

amacam, korang dah bley jawab tak soalan2 yang kat atas tue? ok, ini jawapannya. 2 makhluk yang aku nak bagi penyepak tue adalah Amalina ngan Hishammuddin. sebab munyabab nyer adalah kerana aku rasa bengang pasal apa nak kecoh-kecoh pasal sms tue. perlu ker di bagitau kat semua rakyat mesia yang dia dapat sms dari UK? motifnya? pastu siap bergembira tue (tapi aku tak tau la dia tepuk tangan macam kanak2 riang ke tak) yang KONON-KONONNYA amalina tue hengat lagi kat cikgu2 kt mesia nie walaupun jauh kat uk nie. apa, ingat bebudak lain kat UK nie tak hengat ka sambutan hari cekgu? ingat bebudak lain kat UK nie lupa kat jasa dan pengorbanan cekgu2 diaorang dulu. kalu aku ader no tepon hishammuddin tue, aku pon akan antar sms. tapi mesti dia takkan bagitau satu mesia sebab sapala aku nie yang pandai dan bijak sehingga dapat straight A's untuk spm ( perasan sendiri).

poyo tak hengat donia betul dedua makhluk tue. eleh, mentang2la dapat 17A waktu spm, dah jadi macam tue. cuba kita suruh si amalina tue amik balik exam spm. dapat ker 17 A lagi? aku rasala, bukan rasa dah tapi kompem yg dia takkan dapat 17A. silap2 ader subjek yang gagal. itu tandanya dia tue dulu menghafal untuk exam (matila aku yang samakan dirinya macam aku iaitu menghafal utk exam).

aku nie bukannyer dengki, cemburu mahupun ader PHD (perasaan hasad dengki) tapi aku tak bley terima kenyataan yg diaorang tue terlalu mengagung-agungkan si amalina tue. dia tue manusia biasa gak. nak kater bijak sampai bley belajar kt UK, aku nie pon ada kt UK skang nie (habisla aku perasan sendiri lagi). tapi diaorang tak agung-agungkan aku pon?


p/s: walauapapun, nie semua adalah benda2 yang ader dalam kepala hotak aku nie. disebabkan ini adalah blog aku, maka sukati aku la nak tulis apa-apa jer kan? so, takyah la korang fikir yang bukan-bukan mengenai hishammuddin, amalina ngan diri aku sendiri...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan