Going 2 Moon


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

apa yang berlaku semalam ek? rasanya takder apa2 kot. that's why la i don't feel tired. cuma seperti biasa (aku rasa aku dah lali ngan apa yg flatmates aku buat sampai aku dah jadi biasa) flatmates aku berikan kejutan kepada aku (indirectly ekceli) masa aku bangun tido pagi semalam. nak tahu tak apa yg dah terjadi pada rumah aku? rumah aku dah bertukar menjadi kilang kayu. hadui...



banyak tue papan-papan dan kayu-kayu yang diaorang bawak balik rumah aku. aku pon tatau depa nak buat aper ngan kayu2 di atas sebab aku malas nak tanya. masalahnya dari mana depa dapat kayu2 nie aku tatau. takkan depa beli kot...mustahil tu. setahu aku dekat2 ngan tennis courts nie takder tempat construction. dahla panjang dan besar kayu2 tue. ha, aku rasa la depa nie nak praktis jadi tukang kayu kot pasal depa bley agak depa akan fail exam nie. muahahaha....pepun aku dah tak kisah sangat pasal tinggal beberapa minggu je lagi aku akan hidup ngan diaorang nie. dah tak lama dah. tengah tunggu masa jer depa nie nak blah dari rumah nie pasal dah nak start cuti summer. so aku bersabar je la.

semalam aku dah dapat parcel yg kakak aku hantar dari malaysia. takder apa pun. aku suruh kakak aku hantar baju melayu untuk raya tahun nie. raya tahun nie bulan 10. masalahnya aku takut karang kalu aku suruh kakak aku hantar dalam bulan 8 atau bulan 9, takut tak sempat ataupun tak sampai pasal masa cuti nie aku akan banyak berpindah randah. almaklumlah aku kan tak balik mesia.pastu dalam parcel tue aderla kakak aku selitkan beberapa benda masakan yg tak akan di jumpai di sini seperti serbuk kurma, serbuk kari dan juga sup bunjut.



pastu semalam jugak sampai barang yang aku beli kat e-bay iaitu memory card utk camera baru aku. aku beli sd-card jenama Sandisk yg mempunyai memory space sebanyak 2 gb. selain itu ia adalah jenis Ultra II di mana ia mempunyai kebolehan utk memproses memory yg di simpan dengan lebih laju berbanding memory card biasa. tapi, entahla. itu yg dia cakapla. kalu dia kelentong aku, maksudnya aku kelentong hangpa la.



malam tadi kitaorang bebudak usrah Birm berconference beramai-ramai menggunakan yahoo messenger a.k.a ym mengenai aktiviti camping yang akan di jalankan hujung minggu nie bertempat di Wisemansbridge , wales. tempatnya terletak di tepi pantai. ermm, tak sabar nyer nak gi.tengok gambar macam cantik jer tempat tue. camping nie akan disertai lebey kurang 30 orang daripada coventry uni, warwick uni, aston uni dan jugak dari birm uni as penganjur.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan