Going 2 Moon: Kebuhsanan tahap gaban


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Kebuhsanan tahap gaban

kebuhsanan hari nie kesinambungan daripada kebuhsanan semalam (giler ah ayat pertama aku-killer sentence bak kater omputih). memang buhsan sungguh waktu cuti. nak study, maleh. lagipon lambat lagi last paper aku. jumaat next week. so aku bermalas-malasan nak study. disebabkan aku maleh nak study maka aku menjadi buhsia. eh salah, menjadi buhsan sebenarnya.

hadui bley mati kutu aku tak tau nak wat aper (bukan aku yang mati, tapi kutu yg mati). bukan setakat kutu jer yang bley mati, gajah, lembu, kerbau, kambing, ayam pon bley mati kebuhsanan waktu cuti (tapi binatang ader cuti ker?).nak tgk citer, semua pon dah tgk. nak donlod citer baru, maleh plak rasanyer. so malam semalam aku pon online ym. nak kaco pian, dia nak belajo. nak kaco hairi, dia maleh nak layan sebab pms (matila dia kater dah 3 hari lewat). so terpakso la kaco P-jo. semalam bergossip ngan P-jo.bukan gossip apa pun. sajer jer nak bagitau dier yang Dragon Ball ader 7 biji semuanya... ingat nak kaco jap jer, tapi dah aku kebuhsanan semalam maka aku pon merapu raban la ngan budak nie.

pastu bangun pagi nie aku tak tau nak wat aper. nie baru hari kedua cuti, aku dah jadi macam orang giler sebab kebuhsanan. maka tanpa berlengah-lengah aku kemas la bilik aku. kemas almari baju aku, kemas rak buku, susun-susun barang atas rak pastu vacuum lantai bilik aku. bila dah siap kemas, aku fikir plak nak wat pe lagi. ingat nak ajak si kucing tue gi asda tapi dia tak bangun tido lagi. entah kul berapa ntah dia tido malam tadi. dah pukul 11 pagi still lagi membuta dalam bilik dia tue. mana aku tau dia tido lagi? sebab dia tak online ym pagi nie. pastu tingkap bilik dia pon tak bukak (kantoi aku selalu skodeng tingkap bilik orang). kalu dia dah bangun tentu dia akan online ym. pastu bukak langsir tingkap bilik dia tue.

oleh sebab tue, aku pon batalkan rancangan aku nak gi asda. sebaliknya aku bawak buku (laptop) nak study (donlod movie) kat library. aku lepak kat cafe library sambil tgk tv. biasanya dia tayang berita. hari nie takder berita yang menarik pon. cuma diaorang buat lintas langsung dari airpot Heathrow sebab ader pesawat terbesar di dunia-Airbus A380 nak mendarat.




nie first time A380 tue datang kat Heathrow. tue yang diaorang siarkan berita tue. tapi, memang giler bapak besar la pesawat tue. bley muatkan 555 orang (macam buku hutang kedai mamak plak-555). pesawat tue double decker. hehehe ingatkan bas jer ader double decker, kapal terbang pon ader double decker. mintak-mintak waktu balik mesia 2008 nanti aku ader chance naik kapal terbang A380 tue.sebab mesia airlines ader beli kapal terbang tue jugak.

lepas tue, aku pon pergi membeli-belah di kedai Yahudi iaitu Sainsbury's. huhuhu dah tau tu kedai Yahudi, stil nak gi shopping kat situ. nak wat camna, dah tu jer supermarket yang dekat ngan university. lagipon nak gi sainsbury's takyah kene bayar tambang bas. sebab bley naik free of charge bila tunjuk student id card. kat sainsbury's tak beli aper pon cuma beras 4 kilo, ikan dalam kotak tue satu, gula sekilo, serbuk kopi cappuchino, ngan aiskrim. itu ajer. tak banyak pon kan?

lepas balik dari sainsbury's nie aku pon tak tau nak wat pe. ingat tgk movie korea je kot sebab aku dah kene cabut wayar tenet aku kat bilik nie. aku dah guna 900Mb hari nie. limit tenet setiap hari cumer 1000Mb= 1Gb. taknak aku kene banned lagi tenet. dahla la ader tenet kat bilik pon aku dah mati kutu, apatah lagi kalu tenet takder. mau aku gantung diri tak bertali karang.

entahla aku pon terfikir. nie baru cuti dua hari. kalu cuti summer 3 bulan karang, aku nak wat pe gamaknyer. memang nak kene cari keje nie. tapi, malasnya nak cari keje. aku malas nak cari jer, bukan malas nak keje. ader tak sesapa tahu keje yang datang bergolek-golek kat kiter tanpa kiter perlu bersusah payah mencari?
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan