Going 2 Moon: Diskriminasi


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Diskriminasi

Topik berita yang hangat di UK hari nie adalah mengenai peraturan pemakaian tudung di sekolah2...benda yang telah lama hangat dibincangkan kat UK...hari nie, menteri mengeluarkan kenyataan yang mengatakan pihak sekolah mempunyai kuasa untuk melarang para pelajar daripada memakai tudung yang menutup keseluruhan mukanya sekiranya memberi kesan kepada pembelajaran dan keselamatan...(baca lebih lanjut - klik sini)

erm inilah namanya negara yang konon-kononya mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam segala-galanya...tapi skang nie adakah dengan peraturan baru nie menunjukkan bahawa negara ini mengamalkan kebebasan beragama?...kelakar kan negara2 barat nie...tapi sekurang-kurangnya pelajar2 sekolah kat sini iaitu UK masih lagi boleh memakai tudung biasa iaitu tudung yang menampakkan mukanya...kalau kat France tue memang diharamkan langsung untuk memakai tudung ke sekolah...hanya di university sahaja para pelajar boleh memakai tudung...begitu juga di negara2 Eropah yang lain...malah ader yang mengharamkan terus pemakaian tudung di semua bangunan kerajaan...(baca disini)

yang aku tak paham....apa kaitannya tudung dengan aktiviti pembelajaran...tudung hanyalah salah satu simbol keagamaan kalau dari perspektif barat...jadi kenapa derang nak mengharamkan pemakaian tudung?...adakah ini merupakan salah satu bentuk diskriminasi beragama dan juga kaum?...atau adakah ini terhasil daripada Islamophobia iaitu ketakutan yang dibuat oleh kerajaan barat untuk menakutkan-nakutkan rakyat mereka mengenai orang Islam...

so fikir-fikirkanla yer....sebab aku kat universiti nie tak nampak pulak diskriminasi kepada pelajar2 muslim yang memakai tudung...pergaulan pelajar2 bukan muslim ngan pelajar muslim pon aku nampak ok ajer...kalau ader benda yang derang tak paham, derang akan tanya kat pelajar2 lain tak kira la muslim atau bukan muslim...tak pernah aku nampak akan sifat ketakutan kepada pelajar yang memakai tudung...derang tak kisah langsung mengenai apa orang lain pakai...so kesimpulannya...kerajaan mereka la yang sibuk sangat pasal pemakaian tudung nie...

P/s: adakah aku hipokrit? sekejap cakap pasal AF yang merapu raban tue...pastu cakap pasal tudung plak...erm tapi inilah aku...semua benda pon aku bley ulas...aku bley cakap....tak kira la mengenai apa2 isu sekalipon...daripada agama, hiburan, politik, pendidikan dan lain2 jugak.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan