Going 2 Moon: SPM 19A1


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

SPM 19A1

Tu dia...ada seorang lagi pelajar Malaysia yang telah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara mendapat paling banyak A1 dalam SPM...erm itulah yang aku fikir bila aku baca berita Utusan Malaysia semalam ( klik sini kalau nak baca)...

hai apalah bebudak skang nie...pelik rasanya bila derang berlumba-lumba nak memecahkan rekod SPM yang sebelum ini dipegang oleh Amalina...alah takkan korang dah lupa Amalina kot...budak yang dapat 17A1 dalam SPM tahun bila ntah...budak tue skang setahu aku ader kat London skang...kalu Amalina dapat 17A1, budak Nadiah nie dapat 19A1.....

bukanlah aku tak suka atau dengki ngan kejayaan yang budak 2 orang nie dapat tapi aku rasa pelik...kenapa la nak amik sampai 19 subjek waktu SPM....bagi aku mudah ajer jawapannya...ini kerana sistem pendidikan di negara kita yang sangat-sangat-sangat berorientasikan peperiksaan...sikit-sikit tengok result SPM...apa kalau tak dapat result bagus dalam SPM tak boleh berjaya ke?....inilah hakikatnya di negara kita dimana masyarakat sangat memandang tinggi keputusan peperiksaan....

apa guna kalu hanya seorang pelajar yang mendapat 19A1 dalam SPM manakala masih terdapat dikalangan para pelajar tingkatan 5 yang lain yang masih tidak menguasai 3M iaitu membaca,mengira dan menulis....memang inilah hakikat sistem pendidikan kita....para pelajar yang masih lemah dalam 3M ini bukan hanya terdapat di kawasan luar bandar malah ader juga di sekolah-sekolah di bandar....apa sudah jadi?...di sini bukanlah aku nak salahkan mana2 pihak...pihak kerajaan telah banyak meluluskan peruntukan untuk memajukan sistem pendidikan negara kita...namun tidak guna kalu peruntukan yang telah diberi kerajaan itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya...

tapikan...agak-agaknya macamana la budak Nadiah nie dapat 19A1...memang hebatla bagi aku yang masa SPM dulu amik 10 subjek ajer...itupon bukan semua A1...tapi aku boleh ajer datang belajar kat UK nie (matila berlagak)....10 subjek dulu pon bagi aku dah cukup banyak...belajar separuh nak mampus....dahla 3 bulan sebelum aku amik SPM tue aku kehilangan orang tersayang dalam hidup aku...memang kuat sungguh dugaan yang melanda aku waktu tue...dan alhamdulillah aku masih berjaya menghadapinya dengan tabah (ayat poyo)....

dan skang...aku kat UK...masih ader setahun lagi sebelum aku menamatkan pengajian kat sini....pastu balik Malaysia kena sambung setahun lagi sebelum aku boleh jadi cikgu...

pepun tahniahla kepada cik Nadiah tue...aku pasti tahun nie dia akan datang UK takpon USA utnuk sambung belaja macam si Amalina selepas dapat scholarship beratus-beratus Pound atau Dollar sebulan...dan sementara nak tunggu tawaran scholarship tue mesti akan dapat tawaran iklan Astro la...iklan Pensel la...iklan itu iklan ini macam Amalina jugak...dan tahun depan mana tahu akan ada pelajar lain yang akan cuba memcahkan rekod 19A1 dalam SPM...almaklumlah acara memecahkan rekod keputusan SPM nie dah jadi acara tahunan...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan