Going 2 Moon: Welcome 2007


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Welcome 2007

Hari nie hari pertama dalam tahun baru...tahun 2007...seperti biasa sana sini kita dengar, kita baca, kita lihat, seluruh dunia menyambutnya dengan penuh gilang-gemilang...dari utara hingga ke selatan...dari timur hingga ke barat...pelbagai acara sambutan tahun baru diadakan...

Namun dalam pada itu, ader beberapa perkara yang menarik perhatian aku....yang pertamanya....kenapa setiap kali masuk tahun baru Hijrah, tidak sehebat begini sambutannya?...malah ada juga orang Islam yang tidak tahu bila tarikh tahun baru Hijrah...malah ada yang tak tahu kita sekarang dalam tahun Hijrah yang ke berapa...

Bukanlah ingin mengutuk orang lain sebab aku sendiri kengkadang...bukan kengkadang lagi dah tapi selalu terlupa...dalam tahun Hijrah ke berapakah aku berada sekarang...betapa daifnya aku nie...

Dan yang keduanya...kita selalu dengar bila masuk sahaja tahun baru, maka ramai orang akan cakap mengenai azam tahun baru...kenapa yer?...bagi aku yang tidak mempunyai azam tahun baru selalu tertanya-tanya apa rasionalnya untuk membuat azam tahun baru ini...apakah kepentingannya....adakah azam tahun baru ini lahir dari kesungguhan kita untuk melaksanakannya atau hanyalah satu adat yang perlu diikuti oleh setiap orang setiap kali masuk tahun baru?

Bagi aku...cukuplah aku membuat azam setiap kali aku bangun tido setiap hari...dan setiap kali pon adalah azam yang sama...'jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam'...dan aku kira azam aku nie mencakupi segala bidang aspek dalan kehidupan seharian aku...walaupon sebenarnya aku selalu gagal dalam merealisasikan azam aku tue seperti hari nie...

erm tapi adalah lebih baik mempunyai azam setiap kali tahun baru daripada orang yang tidak mempunyai azam langsung sepanjang hidupnya...ibarat hidupnya tidak mepunya tujuan ataupon destinasi...orang2 yang tidak mempunyai azam ini adalah orang yang tidak mahu memperbaiki dirinya...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

2 Comments:

At Januari 08, 2007 8:08 PTG, Blogger TeacherNunu said...

ehh sy tak suke ade azam ..is it mean sy orang yg tak berguna?jhehehheh..

 
At Januari 13, 2007 8:46 PG, Blogger Shunjike7 said...

eh takla...bukan itu maksud saya..

 

Catat Ulasan