Going 2 Moon: Bersih, Pintar, Cantik


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Bersih, Pintar, Cantik

Tandas Pintar Di Ibu Negara

Gambar Ihsan The Star Online

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tandas pintar yang dianggarkan bernilai setengah juta ringgit boleh digunakan oleh orang ramai di sekitar ibu negara dengan bayaran RM1 sebelum akhir tahun ini.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, sebanyak 20 unit tandas awam berhawa dingin automatik (AST) akan ditempatkan di kawasan strategik dan tumpuan orang ramai di ibu negara.

‘‘Tandas berukuran 2.25 meter lebar dan 6.2 meter panjang dengan ketinggian 2.6 meter dan seberat 3.5 tan itu ditempah dari syarikat tempatan Goh Ban Huat berhad.

‘‘Ia dilengkapi alat pembersih automatik yang akan mencuci mangkuk tandas dan mengeringkan tempat duduk selepas digunakan,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Tandas ini dilengkapi dengan sistem penggera automatik dan diberi tempoh masa 15 minit untuk seorang pengguna menggunakannya.

Bagaimanapun, amaran sistem penggera akan berbunyi dengan memberi amaran pada minit ke-14 untuk memberi peringatan kepada pengguna.

Katanya, tandas ini turut dilengkapi ciri keselamatan yang akan menghubungkan terus kepada petugas kaunter jika pengguna memerlukan bantuan.

‘‘Kemudahan orang kurang upaya (OKU) dan tempat menukar lampin bayi turut disediakan, ’’ujarnya.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sekitar unit pertama AST di Jalan Bukit Bintang mendapati orang ramai puas hati dengan kemudahan itu yang bercirikan mesra pengguna dengan hiasan dekorasi moden dalaman menarik.

Pelancong dari Iraq, Reem A.Mossa berkata, kemudahan ini menunjukkan kerajaan Malaysia komited untuk menjaga keperluan pengguna terutamanya pelancong asing.

‘‘Tandas yang bersih melambangkan sikap dan budaya masyarakat tempatan yang mementingkan kebersihan, ’’katanya.

Seorang Pengurus Jualan dari United Kingdom, Brian Procton berkata, kemudahan itu perlu diselenggara dari semasa ke semasa.

‘‘Ia bertujuan menjamin kualiti perkhidmatan tandas itu dari disalahguna oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab, ’’katanya.

Sementara itu, Seorang pekerja swasta, Mohd Azrul Ismail berkata, tandas tersebut amat sesuai digunakan oleh masyarakat hari ini yang sering mementingkan masa.

‘‘Ini kerana di dalamnya (tandas) menyediakan kemudahan peralatan seperti alat mencukur misai dan mengering rambut, ’’katanya.

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam, Siti Rozleen berkata, tandas dengan rekaan yang futuristik itu, menjanjikan keselesaan kepada pengguna.

‘‘Walaupun bayaran RM1 dikenakan, tetapi ia berbaloi dengan kemudahan yang disediakan,’’ ujarnya.

Sumber : Website Utusan Malaysia 27 Ogos 2006

Komen saya :

  1. perlu ker bayar RM 1 untuk gunakan tandas selama 15 minit sedangkan bayar 20 sen untuk seberapa lama yang di ingini pon dah mengeluh
  2. perlu ker kita gunakan tandas yg berhawa dingin hanya untuk 'melepaskan hajat'
  3. kalu ader orang cirit birit atau lelaki2 yang ...ermm pancut tak tentu arah...adakah tandas itu berupaya membersihkan diri sendiri atau masih juga memerlukan pembersih tandas
  4. ada ker orang sanggup bayar RM 1 semata2 untuk mencukur misai dan mengeringkan rambut di tengah-tengah KL didalam keadaan berhawa dingin
  5. perlu ker membazir 1/2 juta ringgit untuk sediakan kemudahan yang tak...ermm tak berguna bagi pendapat saya
  6. bukankah 1/2 juta ringgit itu boleh digunakan untuk bayar gaji pembersih tandas supaya tandas2 yang sedia ada sentiasa bersih
  7. kalu nak guna tandas tue terpaksa la berlatih 'melepaskan hajat' kurang dari 15 minit supaya tidak perlu bayar RM 2
  8. jumlah yang kerajaan belanjakan untuk membolehkan saya datang belajar ke UK adalah kurang daripada 1/2 juta ringgit
Ps: inilah adalah pendapat saya ajer...tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia apatah lagi rakyat Uganda...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

5 Comments:

At Ogos 28, 2006 6:43 PG, Blogger zhi shu said...

saya sokong bobo!

 
At Ogos 28, 2006 6:53 PG, Blogger Shunjike7 said...

thanks...

 
At Ogos 29, 2006 8:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said...

alahai.tandas jer pintar.
orang yang gunanya harap2 pintar juga.

 
At Ogos 29, 2006 6:25 PTG, Blogger Mr. Sham@poksey said...

Aiman tak kisah.......

 
At Ogos 31, 2006 3:59 PTG, Blogger Shunjike7 said...

neezie-> harap2 begitu lah

noor sham-> aiman masih kecil..

 

Catat Ulasan