Going 2 Moon: S & K


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

S & K

Alhamdulillah hari nie Ct dah selamat menjadi isteri orang...isteri kepada Datuk Khalid...maka selepas nie Ct akan menjadi datin...sekaligus ibu segera...or instant mother...tapi yang nie takyah letak air panas...dah terus berkembang...dapat 4 orang anak terus ( yeke 4 org?? tak pasti plak)...bukankah instant namanya?

Walaupon apa saja orang lain kata mengenai Ct dan Datuk Khalid...yg nyatanya mereka dah sah menjadi suami isteri...maka doakanlah kebahagiaan rumahtangga derang...dan Ct nampak cantik sekali mengenakan pakaian pengantin itu bersama tudung litup...walaupon itu hanyalah boleh dianggap sebagai perhiasan semata-mata...hanya kerna mereka berada di masjid...dan ramai juga wanita di situ yang tersembul jambul rambut di atas dahi...

Dan sudah-sudahlah berita mengenai perkahwinan mereka...sebabnya walaupon secara luarannya perang Israel- Lebanon/Palestin/Arab/Islam sudah mula menampakkan kemajuan...tetapi yang nyatanya Israel takkan berhenti dari percubaan mereka menghapuskan umat Islam di muka bumi...dan berita ini lebih penting dari perkahwinan Ct...dan sepatutnya disiarkan kisah perang ini secara langsung di tv...dan saya amat hormati rancangan berita di Uk nie...dimana mereka menyiarkan berita secara langsung mengenai apa yang berlaku di kawasan konflik Israel-Lebanon...dan para wartawan mereka sanggup menggadai nyawa untuk pergi ke sana demi menyiarkan berita penting ini...dan mereka pergi kedua-dua kawasan yang terlibat iaitu kawasan tempat Israel melancarkan serangan dan juga tempat yang musnah di serang Israel iaitu Lebanon...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan