Going 2 Moon: Terrorist Attack!


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Terrorist Attack!

OMG...hari nie satu UK gempar dengan berita mengenai tumpasnya satu cubaan pengganas untuk meletupkan kapal terbang...ekceli bukan satu tapi kemungkinannya adalah sehingga 10 kapal terbang akan diletupkan...dan polis menemui cecair letupan yang akan digunakan dalam cubaan untuk meletupkan kapal terbang tue...sungguh canggih pengganas2 nie, tidak lagi menggunakan bom dalam bentuk biasa tetapi menggunakan cecair letupan yang mampu menghasilkan kesan kemusnahan sama seperti bom konvensional...

Berita kat tv semua pon fokus mengenai perkara nie...adalah dipercayai kapal2 terbang yang hendak diletupkan itu adalah kapal terbang yang melibatkan perjalanan antara UK dan USA...dan semua lapangan terbang di UK berada dalam keadaan berjaga-jaga...manakala para penumpang adalah yang paling terjejas kerana banyak flight yang delayed or cancelled...dan semua penumpang tidak dibenarkan membawa sebarang hand luggage ke atas pesawat termasukla laptop dan juga barang2 elektrik...hanya barang2 penting seperti wallet, cermin mata, passport dan barang2 penting yang kecil sahaja yang dibenarkan itupon kena letak dalam beg plastik lutsinar, bukan dalam kocek seluar mahupun baju...malah kalu sesapa yang nak bawak susu bayi ke dalam pesawat perlu minum dulu susu tu untuk memastikan susu itu bukan cecair letupan...sampai begitu sekali...

Cubaan pengganas ini dilihat sebagai membalas dendam kepada UK dan USA kerana memberi lesen kepada Israel untuk menyerang Lebanon dan Palestin...dan cubaan pengganas nie mengimbau kembali kepada tragedi 9/11 kat New York...dan juga tragedi bom di London, julai tahun lepas...

Setakat nie sudah 24 orang ditangkap diseluruh UK termasuklah kat Birmingham...huhuhu...dan kesemuanya adalah Muslim (rasanya lah...tak pasti plak)...

Mulai bulan depan, universiti2 UK akan start semester baru...bermakna ramai pelajar2 dari seluruh dunia akan start datang UK termasukla pelajar2 dari Malaysia...dan semestinya datang guna kapal terbang...takkan ngan kapal selam kot...maka aku rasa kemungkinan besar derang akan terjejas kerana tahap keselamatan di semua lapangan terbang telah diperketatkan...tapi nie pandangan aku jer...maybe derang tak menghadapi masalah...seb baik aku takkan gunakan kapal terbang dalam masa terdekat so bagi aku takde masalah la...

Pepun aku harap takder apa2 yang berlaku kat UK nie sepanjang aku belaja kat sini pasal aku taknak famili aku risau...so far aku hidup ngan sihat walafiat aman damai jer kat UK nie...mintak2 hidup aku relaks jer for the next 2 years ...takde rasa takut2 kena serangan pengganas...tapi sebenarnya kat mana2pon ader risiko untuk diserang pengganas tapi aku rasa kat Malaysia tue risiko nyer kurang la sikit dari UK nie... so orang2 Malaysia tue...janganlah risau kan aku (berangan nie ader orang ingat kat aku).
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan