Going 2 Moon: News For Today


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

News For Today

Hari nie aku gi bank kat University Centre sebab nak tukar alamat rumah...pastu bila aku masuk dalam bangunan tue, aku nampak kedai Pronto dah takder. Ganti ngan kedai Spar...ermm, apa beza Pronto ngan Spar? takde beza pon...dua-dua tue kedai runcit cuma Pronto tue milik Uniersity while Spar tue kedai macam 7-Eleven...cuma tak bukak 24 jam jer...moral ofthe story, dah lama aku tak gi University Centre sampaikan aku tak tahu dah tukar kedai baru...

So hari nie semua newspaper ngan berita kat TV still lagi fokus mengenai cubaan pengganas semalam... cuma hari nie ada few point yang mempertikaikan kesahihah berita tentang pengganas tue..

Contohnya Russia kata berita mengenai ancaman pengganas nie sengaja diperbesar-besarkan kerana kalu betulla kesahihan berita nie, mengapa Bush and Blair tidak membatalkan percutian mereka...ini menunjukkan yang Bush and Blair already know that nothing has to be worried...sama ada derang terlalu yakin ngan kemampuan anggota polis atau ancaman tue tidak benar sama sekali...

Komuniti Islam Britain plak kater ini adalah salah satu cara Bush and Blair untuk mengalihkan perhatian masyarakat dunia daripada perang di Asia Barat sekarang...ini kerana UK dan USA mendapat tekanan antarabangsa untuk menghentikan konflik yang telah meragut nyawa beribu-ribu rakyat Lebanon dan Palestin... serta untuk cuba menarik Iran dan Syria supaya menyertai perang dengan Israel...maka dengan itu dapatlah USA ngan UK alasan untuk menyerang Iran dan Syria plak selepas nie...

Even bila aku baca dalam newspaper 'The Independent' hari nie, semua surat2 pembaca tulis yang derang tak berapa yakin dengan ancaman pengganas tue...malah derang mempersendakan Blair lagi dengan kater bom itu akan meletup dalam kapal terbang yang Blair gunakan bila nak balik dari bercuti nanti...mintak2 betulla...hahaha

Dan hari nie MAS mengumumkan yang semua para penumpang yang akan ke UK dan USA perlu menjalani pemeriksaan yang lebih ketat termasukla pemeriksaan fizikal...kesian bila aku bayangkan kawan2 aku yang balik Malaysia masa cuti summer nie...kena raba-raba ngan pegawai2 keselamatan kat KLIA nanti...muahahah...termasukla bebudak yang nak balik UK jumaat minggu depan...pastu nanti bila dah sampai Heathrow pon kena check lagi...dan bagi bebudak yang kena naik connecting flight ke Manchester or Belfast plak, korang bukan bley bawak naik laptop atau hand luggage ke dalam flight,korang kena check-in kan beg2 tue untuk masuk dalam flight...tapi tak rosak ker laptop kalu masuk dalam kargo? ermmm...entahlah...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

2 Comments:

At Ogos 12, 2006 9:56 PTG, Blogger zhi shu said...

jgnla meletup btol..kalau tony blair mati sorang takpe..ni ramai lg om lain..hai donia

 
At Ogos 14, 2006 4:42 PG, Blogger Shunjike7 said...

dunia hari ini...

 

Catat Ulasan