Going 2 Moon


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

New Place

Rabu, Oktober 22, 2008
Hi guys,

i'm really soory cos dah lama tak update...

sebabnya i've a new blog, since i've moved to new places...

so i hope for you guys that are patiently coming to this blog, i really appreciated it...

and i hope you guys will come to visit my new blog...

Please click here to go to my new blog....http://shunjike9.blogspot.com/

but then, i rarely updatemy new blog since i'm really busy at the new place so please be patient with me...

Ghost

Jumaat, April 04, 2008
Untuk sesapa yang tak kenal Zack Imran, meh teman nak kabo...hah Zack Imran nih one of characters in 8TVs' drama series every sunday night....best lol citer nie...dilakonkan oleh Nazrudin or Abang Naz from Kelab Disney Malaysia in 90's which i grew up with....besides him, there's Cheryl Samad as Eza...

Oh by the way, Zack Imranlah the ghost in this drama...and Eza is the only one who can see him thus the only one that can help him looking for his killer...

And this sunday is the series finale...

So untuk sesapa yang tak pernah dengar or tengok drama series nie, hurry up watch it at 8TVs' website before sunday night or else you guys will regret...

Why i said so?

Because this drama full with suspense, thriller, drama, romance, and a little comedy plus its full with great actors and actress - Naz, Cheryl, Carmen Soo, Nas-t, Razif Hashim and many more...

Who Killed Zack Imran?

Ahad, Mac 30, 2008
Anyone has an idea who killed Zack Imran? Oh gosh, it was so intense. Can't wait 4 next week.

Ribut

Khamis, Mac 27, 2008
Assalamualaikum....

Apa khabar hari nie? sihat ke sakit? demam? selesema? sakit tekak? sakit hati?

Aku sakit seperti semua diatas....sebabnya main hujan...yes, aku main hujan...tapi bukan sengaja tapi sebab ader hal kat luar so kena redah juga...tapi yang aku demam nie bukan hari nie...nie citer 3 hari lepas...haha citer dah basi

Semalam hujan lebat gila...dengan petirnya lagi...dah macam ribut plak rasanya...senang citer ribut petir la...pagi nie bila kuar rumah tengok banyak pokok2 bunga kat rumah aku nie dah tumbang...hermm nie saja nak bagi aku keje la nie...kalau tak aku yang buat, kena betulkan, saperla lagi....

Dan seperti biasa, kalau dah hujan Astro jadi Asteruk la...tension je rasa...

Pray 4 Me

Jumaat, Mac 21, 2008

A Tsunami?

Selasa, Mac 11, 2008
Hah amacam, terkejut tak dengan keputusan pilihanraya secara keseluruhannya? Aku memang terkejut selepas aku tau yang Samy Vellu ngan Shahrizat Jalil gagal mempertahankan kerusi parlimen yang mereka tandingi...dan bertambah-tambah lagi aku terkejut selepas tahu yang 4 negeri dan satu wilayah persekutuan jatuh ke tangan pihak pembangkang...

Dan salah satu negeri itu adalah negeri aku....waa kan aku dah cakap yang aku harap kerajaan yang sebelumnya kekal tapi apakan daya, rakyat negeri beta ini ingin berubah arah angin.....jadi kerajaan yang dulu, skang nie dah jadi pembangkang di negeri aku nie....

jadi skang nie, hampir keseluruhan negeri2 di pantai barat semenanjung Malaysia, terutamanya kawasan utara kecuali Perlis akan ditadbir oleh pihak pembangkang....dan negeri2 ini adalah negeri yang ekonominya boleh dikatakan berjaya....yang menarik banyak pelabur2 dan menjanjikan peluang perkerjaan yang banyak...jadi apa sudah jadi?

Jadi rakyat sudah bersuara....dan adakah kerajaan tidak akan menghiraukan suara rakyat ini....

Meh aku nak komen sikit pasal kawasan parlimen aku nie...yerla kawasan lain aku tak taula tapi kalau pasal kawasan aku nie, tau ler ciker sesikit....

Bagi kawasan parlimen aku, DAP melawan BN....kawasan parlimen aku nie ader 3 kawasan DUN...2 DUN majoritinya kaum Cina manakal satu DUN lagi majoritinya Melayu...sebelum pilihanraya 2004, parlimen aku dipegang oleh calon Cina dari parti Y, salah satu parti dalam BN...dan aku bley katakan yang dia memang bagus dalam menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen...banyak pembangunan, perubahan di kawasan parlimen aku nie....dan sememangnya logikla kalau kawasan majoritinya Cina, maka sepatutnya diwakili oleh kaum Cina juga...dengan ambil kira Cina akan undi Cina, samala macam Melayu akan undi Melayu...jangan ada yang menyangkal pendapat aku nie sebab memang betul apa yang aku cakap nie...korang sendiri pon sedar akan hakikat nie...

Malangnya pada pilihanraya 2004,BN telah mencalonkan orang India dari parti X, untuk bertanding...walaupon orang2 disini terutamanya kaum Cina kecewa tapi mereka tetaplah undi calon BN tue sebab dah dari parti kerajaan maka harapnya oklah...orang melayu tak kisah sangat sebab dia dari parti kerajaan...itupon aku dengar majoriti kemenangan dia sikit aje...dan selepas 4 tahun menjadi ahli parlimen kawasan aku, ramai orang2 disini tidak menyukai beliau atas beberapa perkara...itu yang aku dengarla...dan kalau diamaati, memang betul pon...

Dan sebelum penamaan calon untuk pilihanraya kali nie, ader sekumpulan orang telah memprotes agar kerajaan tidak mencalonkan lagi orang tue sebaliknya disuruh kembalikan kerusi parlimen kawasan aku nie kepada parti Y, yang memegangnya sebelum tahun 2004...tapi malangnya BN tak dengar suara rakyat ini....akibatnya DAP menang dengan majoriti melebihi 11 ribu pada pilihanraya minggu lepas...

Kesimpulannya, BN meletakkan calon yang tidak disukai oleh rakyat dikawasan parlimen aku nie...dan mereka terpaksala menanggung akibatnya...dan ia juga telah mempengaruhi keputusan di 2 kawasan DUN yang majoritinya Cina yang dimenangi oleh DAP...sehingga menyebabkan mereka boleh merampas negeri aku dari kerajaan...

Dan bagi kawasan DUN aku yang majoritinya Melayu, BN menang mengalahkan PAS tapi dengan majoriti yang sedikit aje, hanya melebihi 500 lebih aje...itupon nasib baiklah BN tukar calon yang bertanding sebab kalau BN kekalkan calon yang lama, aku rasa memang BN kalah sebab Adun yang lama tue ader problem sikit...tapi diharap dengan Adun BN yang baru nie, mampu membawa perubahan kepada rakyat di kawasan aku nie...

Walau siapa pon yang menang, ia adalah kehendak rakyat...tahniah buat mereka...dan keseluruhannya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara kita...diharap dengan slogan AMAN, SELAMAT DAN MAKMUR, BN mampu mengotakan janji-janjinya...termasukla pihak pembangkang yang memerintah negeri2 yang mereka menangi...tadbirlah negara dan negeri2 dengan telus dan cekap dengan mengutamakan rakyat...

The Result

Sabtu, Mac 08, 2008
Dah hampir tengahmalam. Akhirnya pilihanraya umum ke 12 dah tamat dan sesetengah tempat telah mendapat keputusan undian. Bagi kawasan parlimen aku, DAP telah mengalahkan BN manakala bagi kawasan DUN, BN menang mengalahkan PAS. hermm, i can go to sleep now since i already know the result for my constituency. My comment, for DAP to win parliment seat bcoz many people are not happy with BN candidate. So, BN choose wrong person to fight 4 the seat.

Pilihanraya Umum Malaysia ke 12

Hari nie 8 mac 2008, hari mengundi bagi rakyat Malaysia. Jadi marila kita semua keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Berubah Cuaca

Khamis, Mac 06, 2008
Lega rasanya bila hujan dah turun selepas sebulan lebih kering kontang....bagi sesetengah orang, macam aku yang sukakan hujan, memang la best bila hujan turun tapi bagi sesetengah yang lain, derang amat risau bila hujan turun...sebabnya takut banjir....macam aku,takyah nak fikir apa2 bila hujan...pikir tilam bantal sudah....

Tinggal 2 hari lagi nak sampai hari mengundi.....2 hari lagi kita akan tahu samada kita akan mengekalkan kerajaan yang sama atau kita akan berubah arah dengan memilih kerajaan yang baru....tapi aku rasa la, cheh ala2 penganalisis politik plak rasanya, kita akan mengekalkan kerajaan yang sama....itu bagi peringkat negara la...kalau peringkat negeri, aku taktau la kan....cuma yang menjadi persoalannya, adakah semua negeri akan menjadi milik kerajaan atau ade 1-2 negeri yang akan menjadi milik pembangkang?

Kalau kat negeri aku nie, harap2 kerajaan sedia ada la yang menang....sebab dah banyak pembangunan yang derang buat....walaupun masih ader cacat cela disana-sini, tapi yerla mana nak cari orang yang perfect....

Whatever it is, undilah orang yang boleh berkhidmat untuk anda tanpa mengira simbol, daripada mengundi kerna mengikut perasaan....

Jenjalan

Sabtu, Februari 23, 2008
Semua dah tahu, esok adalah hari penamaan calon2 yang akan bertanding dalam pilhanraya tahun nie manakala 2 minggu lagi plak adalah hari mengundi kepada mereka2 yang layak...soalnya sekarang....


Ko tue layak ke nak mengundi?


kalau dah berumur 21 tahun dan dah mendaftar sebagai pengundi....hah dah layak la tue....cuma ada sesetengah yang dah berumur 41 tahun tapi tak mendaftar lagi, maka tak dapatlah nak mengundi...lagi satu ader yang umur dah cukup, pastu nak pi mendaftar....sekali orang kat kaunter tue cakap tak bley...apa pasal tak bley?...pasal orang tue warganegara Nepal....sebab tue la tak bley...yang bley cumalah warganegara Malaysia....kalau dah warganegara Nepal, pi la mendaftar kat Nepal, nak mendaftar kat Malaysia nak buat apa....

macam biasa....kalau dah musim pilihanraya nie....macam2 benda kita bley nampak kat merata-rata tempat....dacing la, bulan la, roketla....hah tayah susah2 nak jadi angkasawan nak tengok roket, kat malaysia pon bley tengok roket....tapi aku peduli apa semua simbol2....yang penting tengok orang yang bertanding, boleh buat keje ke tarak bley.... simbol tak penting....

Eh lupa plak, aku cakap pasal bebenda nie tak pe kan?....tak salah kan....tak kena tangkap kan...kan kan?


Korang ader tengok RTM tak?...ke korang asyik tengok Astro...ha kalau takde, takpela...saja je tanya....takde apa benda pon....


Oh nak citer, 2-3 minggu lepas aku pi Nilai 3 nun....teman my family....aderla nak beli bebarang sikit....kalau dah namanya Nilai 3, bebenda apa lagi kalau tak kain baju dan tekstil...oh ader juga kekedai karpet ngan kekedai alat2perkahwinan....so pusingla satu Nilai 3 tue....harganya aku tengok biasa2 aje...takdela murah mana pon seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai...cuma ader banyak pilihan....itu aje....so dah pi ngan my family a.k.a orang pompuan, maka penatlah tawaf kedai2 kat situ....yang jadi mangsa nak bawak bebenda tue, aku ler...sapa lagi....

pas dah abis shopping, kitaorang decide nak pi cuti2 di Kuala Selangor but then tak tahu jalan dari Nilai 3 tue....so tukar arah nak pegi ke Bagan Lalang nun kat Sepang...kalau nak diikutkan, dekat aje Sepang ngan Nilai tapi disebabkan salah masuk jalan, maka sesatla kitaorang....after berpusing-pusing, barulah jumpa jalan yang betul nak ke Sepang tue....sampai kat hotel pon dah maghrib so check-in, lepak2 kejap then gi kedai2 makan kat sepanjang pantai Bagan Lalang tue...semua pon kedai makan seafood la...ngan ikan bakar, sotong bakar, ketam bakar pendek kata seafood bakar la...memang ramai sangat orang yang datang makan situ....nak kater sedap, oklah....harganya bley tahan jugak....depend apa yang korang makan...

esoknya sebelum balik, sempat lepak2 kat tepi pantai Bagan Lalang...memang best sebab tak ramai sangat orang....so aku recommend kepada sesapa yang nak lepak2, pegila ke Bagan Lalang di Sepang....kalau ikut highway, ikut exit KLIA, then ikut arah ke Sepang....dari Sepang, ikut arah ke Sepang Gold Coast sebab tempat tue kat pantai Bagan Lalang la....pergi lepak2 tepi pantai masa petang, pastu bila malam pegi makan seafood kat situ...

KTMB

Jumaat, Februari 22, 2008
It has been a month since the last post i tempek here...

So apa cerita dalam sebulan nie?

KL dah jadi my second home...in a month, dah 3 kali aku ulang alik ke KL....for what? adela, cannot tell you guys...so duduk la tersengguk-sengguk naik bas ekspress 4 jam dari rumah aku ke KL...tapi aku tak kisah sangat , sebab dah biasa....yerla dulu pon masa aku belaja kat Shah Alam tiap-tiap bulan pon balik kampung naik bas, bukan naik kapalterbang atau lori....

Dan disebabkan bosan naik bas, aku naik ler keretapi....kalau sebelum nie, keretapi ke utara hanya ader sekali jer sehari iaitu pada waktu malam...sebab sebelum nie kan ader pembinaan landasan keretapi berkembar between Rawang and Ipoh, so sebab tue hanya ader keretapi sekali sehari aje...but now, since the project completed, there is 3 daily trip to North - satu pagi, satu tengahari dan satu lagi sebelah malam....

Bagi sesapa yang tak pernah naik keretapi, cubalah naik keretapi...gerenti best....dengan perjalanan yang lembap, bebudak yang tak reti duduk diam asyik melalak, dengan orang lalu lalang nak pi tandasla, cafe la....oh dan juga aircond yang sangat sejuk tanpa boleh dikawal suhunya....

hahaha i just kidding....that was the down side....actually the ride itself is fun....between KL and Ipoh, the ride is smooth....selain laju (in terms of KTMB ye, not Virgin Trains) tak bising dan tak terhuyung-hayang sangat thanks to the newly built double tracking....plus all the train station along the new track are brand new, modern and spacious...but i found it macam takde jiwa...sama macam KL Sentral compared to the old KL train station....and all the new design are like KTM Komuter Midvalley Station....except Ipoh station where they still retained the main train station building plus a few other old features like the chair around the pillars with full of characters....and the view along the track biasa2 aje....and there is no road crossing, it's all replaced with flyovers...

But as soon as the train pull out from the Ipoh station, it reminds me in the old days when i use the train to and fro Ipoh and my hometown every school holidays...tak banyak yang berubah....bising, tren terhuyung-hayang and slow, thanks to the old single train tracks....but i like it....because the view are marvellous...train akan lalu semua pekan-pekan kecil macam Tanjung Rambutan, Chemor, Sungai Siput....and in each town, there's still the old train stations...yang dah uzur dimamah usia....and there's still the road crossing where the train passengers can see frustrating looks on the road users face as they wait the train pass through slowly in front of them....

Pemandangan sepanjang landasan juga berbeza, dari pekan2 kecil macam Chemor, ke bandar2 macam Kuala Kangsar dan Taiping, dari ladang getah & kelapa sawit ke sawah padi....dari hutan tebal ke tengah2 tasik....ha tahu tak yang terdapat landasan keretapi di tengah2 Tasik bukit Merah?ala takkan tak pernah dengar Bukit Merah Laketown Resort, kat situlah ...cantik woo pemandangan kat tengah2 tasik...

Memang best kalau sekali sekala naik train...selain lebih selamat nak dibandingkan dengan bas ekspress, ia juga menyeronokkan...tapi sekali sekala ajela best sebab lembap kalau naik train nie...kalau nak laju, naik bas ekspress takpun kapalterbang la...

Setakat ini ajela promosi aku untuk KTMB...walaupun tak bergaji, tapi aku saje nak share pengalaman naik keretapi kat Malaysia

Hipokrit?

Selasa, Januari 29, 2008
Hallo

Apa khabar?


Akhirnya semua orang pon dah tahu pemenang Juara Lagu tahun nie.....ke korang nie tak tau lagi?...duduk bawah tempurung ke?hah kalau dah cenggitu, aku bagitau ajela kat bawah nie...

Vokal Terbaik - Jaclyn Victor and Lah Ahmad
Ceritera Cinta

Persembahan Terbaik - Mawi
Angan dan Sedar

Kategori : Etnik Kreatif - Nora
Samudera

Pop Rock - Estranged
Itu Kamu

Balada - Sahri (Kaer)
Izinku Pergi

Juara Lagu - Estranged
Itu Kamu


hah itula senarai pemenang Juara Lagu ke-22....bagi kategori vokal, memang aku dah agak Jac n Lah yang akan menang sebab dah derang power....Mawi plak dah namanya raja sms, dah tentu la menang melalui khidmat sms but then i think he deserve to win compared to others performance that night...

yang lelain tue, memang aku rasa patut menang...cuma bagi kategori Balada tue, Maha Karya Cinta rasanya better dari lagu Kaer tue....cuma maybe sebab Fiq nyanyi tak sedap kot membuatkan lagu tue jadi hazab...nasib baik ler satu lagi lagu Faizal Tahir, Kasih Tercipta dinyanyikan oleh Bob yang persembahan dia sangat superb....thank god bukan Ajai yang akan nyanyikan lagu nie sebab aku tak yakin ngan vokal Ajai....Bob memang membawakan lagu tue ngan baik sekali...

Lagu2 lain tue, ader yang menarik ditonton, ader yang k.o....ader yang biasa2 aje macam kat funfair (Hint:Sofaz)...

Oh lagi satu, apa yer fungsi pompuan baca sajak pastu pegang lilin menyemak semasa Sahri nyanyi? aku tak dapat tangkap la maksud pompuan tu ngan lagu Izinku Pergi tu...

Ok dahla pasal Juara Lagu....aku nak citer pasal Hajah Sheila Rusly....wah nampak anggun sekali dia bertudung sejak pulang dari Mekah...cuma bila dia pakai tudung nie nampak tembam sikitla pipi dia tue...hahaha...mintak-mintakla dia akan pakai tudung sampai bila2...bukan untuk sementara waktu aje...yerlah skang nie rakyat Malaysia dah tak kisah samada artis atau selebriti memakai tudung....contohnya Wardina, Ziela Jalil dan ramai lagi selebriti kat Malaysia...kalau dulu susah nak nampak selebriti memakai tudung keluar di kaca tv, tapi skang nie dari penyanyi ke pelakon, dari pengacara ke model, sudah banyak yang memakai tudung tapi masih lagi laku dan keluar di kaca tv....

cuma aku nak tarik perhatian korang terhadap seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang femes dengan mulut laser dia....wah dulu masa mula2 dapat hidayah bukan main lagi jadi ustazah....tudung bertutup rapi, baju ala2 jubah....siap pakai stokin tangan lagi takut2 aurat nampak bila lengan baju terselak...

tapi la nie, wah tudung berfesyen2....telinga sentiasa terdedah menampakkan anting-anting, leher sentiasa terbuka menayang rantai, lengan baju hanyalah 3/4 tanpa alas didalam, baju berfesyen ala2 tak cukup kain....hah gitu la jadinya selepas beberapa tahun mendapat hidayah....

orang sebegitu aku rasa orang yang hipokrit....yerla berbeza sungguh

aku tulis bukan nak memfitnah yer...kalau tak caya cari la gambar2 dia 3-4 tahun lepas masa baru2 dapat hidayah pastu comparekan dengan gambar dan penampilan dia yang terbaru...memang jauh berbeza...

oh lagi satu orang yang hipokrit dalam memakai tudung nie adalah orang yang berbaju kurung, bertudung tapi tetap menunjukkan jambul rambut...hah ini kita selalu nampak kat tv bila ade acara2 rasmi....ala golongan atasan la senang kata...nak tutup sambil nak menunjuk....tak segan ke diaorang nie dengan Raja Permaisuri Agong kita yang sekarang ini....ayu bertudung litup disisi Yang DiPertuan Agong...Daulat Tuanku

bagi aku, lebih baik la tak bertudung langsung dari tutup sekerat-sekerat....sebab walaupun tak sempurna tapi derang tak hipokrit....

hah okaylah, aku nie pon tak sempurna nak menegur orang, jadi sama-samalah saling memperingati....

What A Waste...

Rabu, Januari 23, 2008
Do you know Adiputra? If you don't know, goggled his name and whoosh you'll get what you want...


This week, or is it last week? Bulletin Utama TV3 have aired special news about him...to raise Malaysian especially politicians awareness about a weakness in our eduaction system when dealing with a special kids such like Adiputra....

Alagkah ruginya jika bakat yang ada pada Adiputra disia-siakan begitu sahaja tanpa mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya dia terima...jika ada yang menonton cerita Malcolm In The Middle, Malcolm himself are categorised as a genius where he has such a high IQ....and in the show, dia diletakkan dalam kelas khas bersama-sama pelajar2 lain yang mana mereka diajar mengikut tahap pemikiran mereka...(honestly, i won't and don't want to be in that class although i'm a genius since it was...how to say...weird, dorky and geeks)...but tak tahula samada kelas tue benar2 wujud di Amereka atau tidak since the show was a fiction...tapi kalau kelas sebegitu benar2 wujud, bukankah bagus?

Then after a few days since Buletin Utama aired the news, Unisel make a statement to accept him as a university student...oh my god? are they insane? He's just a 12 year old boy!....bukanlah aku cemburu tetapi sudahkah mereka (his parent and Unisel) berfikir baik2 apa akan terjadi kepada masa depan budak tue sekiranya dia terima tawaran itu...

yeah yeah i know he is a genius, he can cope with studies in university, he can learn more about mathematics, he may produce a new theory or equation, he can be a researcher whatsoever and bla bla bla...but then, can't he, his parents or Unisel think about what he'll miss in his life?

Bilamana bebudak lain yang seusia dengannya sibuk bermain, sibuk belajar untuk UPSR, going to tuition, mendengar leteran ibubapa, dia pulak sibuk bukak buku calculus or algebra yang mungkin dia sendiri tak larat nak angkat...bukanlah aku nak cakap bila dia baca buku tue, tak elok tapi maksud aku, dia akan kehilangan social skills....and the life experience like others...

Because for me, the best years in my life so far, adalah bila aku bersekolah....dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah....dan semasa bersekolah tue la aku gain knowledge, confidence, social skills, dan macam2 lagi yang aku rasa semua orang pon sama...yeah i know there is a time when we keep thinking when we'll finish school, having stress with homework, books, teachers, and exam, but then it's just a part of 'asam garam' persekolahan...and now i'm reallt miss all of that...

So, don't you guys agree with me that Adiputra will regrets if he miss all that kind of stuffs...but then, i still agree that we should improve our education system...for me, Adiputra should take all public exam...UPSR, PMR n SPM to prove samada dia excel dalam semua subject atau hanya dalam matematik dan sains...sebab kalau setakat maths and science aje dapat A, Sejarah fail, BM fail, BI fail takdela genius namanya...but there should be a flexibility like he don't need to wait till 15 for PMR or 17 years old for SPM...and only after that he should go to University no matter how old he is...

Oh and i really agree with Kasvini - Klik sini kalau nak baca tulisannya

Uniquely Malaysia

Sabtu, Januari 19, 2008
Assalamualaikum...

Skang nie memang aku jarang sangat dapat online...seminggu dapatlah 2-3 kali aje online...bukan sebab takde internet, ader tapi dial-up aje...so faham2 sendiri ajela kalau dah guna dial-up nie....lembap nak mampuh bila nak connect internet...nak check email pon susah...inikan pulak nak update kat sini...kadang2 aku punya blog sendiri pon tak bley bukak, kalau bley bukak pon sempat la aku pi pekena kopi o dulu sementara nak tunggu dia load...

So sebab tue la jugak aku tak berkesempatan nak pi jenguk blog2 orang lain...sori bebanyak....kalau ader pon aku jenguk, aku tak tinggalkan jejak pon....so jangan kecil hati...hah kepada cikshoe, apsal tarak update, merajuk ngan aku ke?...rilek la beb, janganla cenggini....tak rock la merajuk...tak cool...hah ataupon sebab ko sebok ngan Edo kesayangan ko?...ooo habis madu sepah dibuang ek....takpela aku sedar sapa la aku nie....

Kepada Wan, ko tue kan ader tenet yang super laju....walaupon busy, update la jugak....walaupon belum tentu aku dapat pi jenguk blog ko tapi at least bila ader chance, aku pi la jenguk...

Oh, aku nak citer pasal perpaduan kaum kat negara kita sebenarnya....biasalah kan kalau kita tengok dalam drama, selalunya mesti ader pelakon melayu, cina, india konon-kononnya hidup aman damai bersatu padu....kalau dulu-dulu, memang aku percaya pasal perpaduan kaum nie...tapi biler ader perhimpunan Hindraf kat KL hari tue, ala pasal kaum India di Malaysia konon-kononnya tertindas @ ditindas, kepercayaan aku tentang perpaduan kaum kat Malaysia macam sedikit goyah....

Bukanlah aku nak percaya sangat ngan cakap2 derang tue tapi kadang2 aku terfikir, betul ke apa yang ada dalam drama tue sama macam kehidupan sebenar rakyat Malaysia, yang hidup bersatu padu tanpa mempunya rasa syak wasangka terhadap kaum-kaum lain....sebab kadang2 aku sendiri ader perasaan syak wasangka terhadap kaum lain....tapi itu mungkin sebab persekitaran aku kot yang membuatkan aku fikir macam tue....

Even among my friend who studied at UK, mereka juga ada syak wasangka terhadap bangsa lain seperti cina dan india....they always had some kind of weird thoughts about other races in Malaysia...

Tapi semalam, masa lepak2 depan rumah lepas balik dari semayang jumaat, aku nampak 3 budak pompuan sek. men. nak pegi sekolah naik basikal....hahah usha aweks....2 pakai pinafore, satu pakai baju kurung bertudung....yang menarik minat aku, bukan sebab derang cun....bukan sebab derang pakai pinafore sambil kayuh basikal...bukan sebab senyuman derang menawan atau gelak tawa yang kiut tapi sebab mereka terdiri dari 3 bangsa - melayu, cina dan india...

Erm memang benda nie membuatkan aku kembali percaya yang memang rakyat Malaysia yang terdiri dari pebagai kaum hidup dengan aman damai....walaupun kalau dilihat benda nie simple aje, tetapi benda nie penting sebab walaupon negara kita dah merdeka selama 50 tahun tapi kita still lagi bercakap tentang perpaduan kaum....dan 3 budak pompuan tue menjadi bukti akan perpaduan kaum di negara kita...

Di negara kita, ingatlah warna kulit, bahasa dan budaya tidak membataskan pergaulan kita semua...

Di Mana Sharlinie?

Isnin, Januari 14, 2008

I think ha, i'll get a fever....why?...because one day it's freaking hot, while the others are freaking raining and cold....so how? what to do?

Herm skang nie Malaysians tengah kecoh tentang Sharlinie yang hilang diculik....hai apa la nak jadi skang nie... baru beberapa bulan lepas kecoh mengenai Nurin Jazlin yang hilang diculik dan kemudiannya dijumpai mati...dan skang nie Sharlinie plak....

manusia jenis apala yang sanggup buat semua nie...apa takdak hati perut ke...tak terfikir ke perasaan mak bapak budak tue...pastu dengan budak tue yang ade pennyakit lagi...bodo betulla orang yang menculik tue...kalau ye pon nak culik, pi la culik anak Bush ke, anak Blair ke...barula gempak....ini setakat culik budak berpenyakit buat apa...kesian kat budak tue yang tak berdosa, yang tak tahu apa2....

Kalau sapa yang ingat pasal Madeline, budak UK yang hilang sewaktu di Portugal, yang aku pernah tulis jugak kat sini, sampai sekarang budak tue tak ade khabar berita....hidup ke....mati ke....kenapa la ader orang yang sanggup buat semua nie...

Merapu Meraban

Selasa, Januari 08, 2008
Rasa macam ada banyak nak tulis sebenarnya tapi bila dah pegang keyboard, semua benda yang nak tulis tue pon hilang...memula ingat nak wat entri jiwang tapi dah tak rasa jiwang dah...pastu nak wat entri sedih, pon dah tak rasa sedih...nak wat entri happy, pon tak rasa sangat

So apa yang aku rasa skang nie?...err tak rasa apa pon sebenarnya...rasa macam kosong aje, blur memanjang...banyak fikir camna nak kayakan diri...baik dengan harta benda, mahupon dengan budi bahasa...hahaha poyo aje...

Oh lupa nak cakap, last week aku ader jumpa rakan sekelas aku masa kat K.E...tapi aku tak tegur dia, dan dia pon tak tegur aku...bukannya aku taknak tegur dia cuma aku pon tak sure sangat samada dia tue memang kawan aku ke idak...and maybe dia pon dah tak ingat aku lagi kot...almaklumlah dah berzaman lamanya tak berjumpa...ala lagipon masa sekelas dulu pon bukannya kitaorang rapat sangat pon...but then bila aku check frenster tadi, sah lagi sahih dia tue kawan sekelas aku...

Dia aku rasa sama aje macam dulu, tak berubah banyak sangat...cuma yang berubah aku nie ha...kalau nak dibandingkan zaman aku kat sekolah dulu ngan sekarang nie, memang lain bebenor...saiz badan bertambah...ader janggut misai...pastu berambut panjang....dulu2 mana aku ader rambut panjang...sentiasa buat rambut askar...almaklumlah zaman sekolah...pastu dulu2 aku nie lain sikit dari yang lain...kalau orang yang kenal aku kat K.E tentu tau dulu aku nie camna, dan skang nie aku camna...kalau dulu merempit naik basikal, skang merempit naik motor...tak begitu Hafez?