Going 2 Moon: Pre-camping


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Pre-camping

AMARAN: Entry kali ini agak panjang dan membosankan. Jika tidak mahu tertidur semasa membaca entry ini, sila klik butang x di penjuru kanan atas di monitor komputer anda!


Yeaaayyy, aku dah balik dari camping! penat seeeyyy... ekceli aku balik dari camping ari senin petang lagi tapi rasa penat sangat so takleh nak hupdate blog aku nie. Pastu semalam lak kene gi umah Dr Hafizal utk mencuci barang2 yang kitaorang bawak utk gi camping. So, semalam pon aku takley nak hupdate blog jugekk pasal penat.

So, apa yang berlaku sebelum kitaorang pi camping? ermmm, ari jumaat tue kan aku kater still ader barang yang nak kene beli. Maka selepas semayang jumaat tu kami bebudak lelaki (except for pian) pi sainsbury naik bas 46 ala bas yang takyah kena bayar tambang tapi kena tunggu lama kalu nak naik tue. Tapi sebelum pi beli barang,kitaorang singgah kedai big john dulu sebab nak beli lunch. Kami beli pizza yang teramatlah besar iaitu bersaiz 16''. Saiz sebesar nie cukup untuk 6+ orang makan. Regenye baru 7.99 pound. Mur mur murahhsss skali. Korang bley letak apa2 topping kat atas pizza tue tanpa extra charge. Kalu nak letak seme topping pon boleh jugekk. Dan rasanya tersangatlah sedapp. Roti yang sangat lembut, sos pizza yang sedap di tambah ngan pelbagai topping kat atas pizza tue. Sangat berbaloi untuk di beli dan dimakan bersama-sama rakan taulan *matila aku promosi Big Johns tanpa gaji*.

After that, kitaorang pon masukla ke dalam sainsbury dengan troli besar dengan harapan dapat memenuhkan troli tu. Barang-barang yang nak kene beli adalah bekas babique yg disposable, arang, sardin, roti sandwich sebanyak 12 buku, pastu apabende lagi ntah aku pon dah tak ingat. Memang penuh troli besar tue sampai nak tolak pon tak larat.Aku rasa tak pernah lagi aku beli barang sampai penuh satu troli besar tue. Dah habis bayar semua, aku cadangkan naik teksi balik tennis court sebab kalu nak naik bas 46 tue susah pasal nak kene tunggu bas lagi pastu dengan nak jinjit barang2 yg banyak lagi berat tue lagi. So, kitaorang balik tennis court naik teksi.

Bilik akula yang jadi mangsa tempat bebudak nie melepak. Sambil makan pizza, sambil tengok citer house. Best gakla citer house nie. Citer pasal doktor hospital yang kerek nak mampus. Memang kelakar citer nie. Citer nie citer bersiri. Lepas tue, Ruslan prepare masak dinner plak. Kitaorang ader gak tolong Ruslan memasak. Kitaorang tolong tengok ngan teman ruslan kat dapur supaya ruslan tak kesunyian.Semua pon Ruslan yang buat.aku cuma rebus spaghetti jer. Dinner ari jumaat tue Ruslan masak mee bandung. Sedapp seyyy...almaklumlah tengokla sapa yang rebus spaghetti. Mestila sedap mee bandung tue. apala guna ader kuah bandung tanpa mee kan?



Dah habis melantak dan kemas dapur aku, derang pon blahla dari bilik aku untuk balik ke bilik masing-masing. Aku plak, dok fikir apa aku nak bawak gi camping pasal aku tak kemas beg lagi.sambil fikir tue, sambil dok sambung tengok citer house sampaila aku tertidur tanpa kunci jam dan juga kemas beg.

The result? Aku bangun kul 8.40 walhal dalam jadual kul 8.30 kena berkumpul dengan beg aku pon tak isi lagi bebarang yang nak dibawak gi camping. Dan aku dah janji kat bebudak nie aku akan buat mee goreng sebagai sarapan sebelum bertolak gi camping. Nasib baik Ruslan datang bilik aku awal. so, dier tolong rebus spaghetti, pastu pi blend cabai ngan bawang kat bilik Ada, dan prepare benda2 untuk aku goreng mee. Aku pon kelam kabutla pi mandi ngan tuutttt (telah di potong oleh lembaga penapisan filem kerna tak sesuai dibaca oleh orang dewasa). Lepas bersiap ala-ala kadar tanpa tempek foundation powder kat muka, aku pon menuju la ke dapur untuk menggoreng mee. Aku goreng pon ala-ala kadar jer sebab takut tak sempat nak makan pasal Dr Hafizal kater kitaorang akan bertolak dalam kul 9 @ 10pagi.

Habis kitaorang bersarapan ngan makan mee goreng yang tak seberapa tapi sedap tue *ader yang kutuk aku nanti nie* kitaorang pon tunggu la ketibaan Dr Hafizal. Sambil tue dari dalam dapur aku, kitaorang tengok bebudak pompuan dah tunggu kat luar siap ngan beg. Sejam berlalu. Dua jam berlalu. Tiga jam berlalu.Dari pagi sampailah tengahari tak nampak juga tanda-tanda Dr Hafizal akan sampai. Maka kitaorang amik keputusan untuk masak+makan lunch kat Tennis Court sahaja. Pastu barula dapat berita yang x best iaitu minibus yang sepatutnya kitaorang naik untuk gi camping tak dapat di hubungi. Apara syarikat tue. Kitaorang dah bayar duit tapi diaorang tak datang plak antar minibus kat umah Dr Hafizal. Punyala geram. Dahla tak telefon Dr Hafizal bagitau yang minibus tue ader problem. Kitaorang bebudak lelaki dah pasrah dah. Kalu tak jadi camping nie pon takper.

Pastu lepas semayang zuhur, kitaorang dapat berita terkini iaitu Dr Hafizal berjaya mencari syarikat lain untuk sewa minibus. Akhirnya dalam kul 2 petang, Dr Hafizal pon tiba dengan minibus itu. Setelah mengisi semua barang2 yang perlu di bawa utk camping, kitaorang pon dah bersedia untuk memulakan perjalanan yang tertangguh beberapa jam. Inilah yang dinamakan ketentuan takdir. Manusia hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segalanya.





Akhirnya tepat pada pukul 3 petang, kitaorang pon memulakan perjalanan untuk aktiviti camping di Wales. Destinasi kami adalah Jambatan Orang Pandai @ Wisemans Bridge di South Wales.

Aku akan sambung kisah camping seterusnya dalam entry aku berikutnya. Tengoklah kalu aku rajin, malam nie aku akan post entry seterusnya.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan