Going 2 Moon: gilerrr shopping...


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

gilerrr shopping...

hari nie memang memenatkan. apa taknya. sebab hari nie aku gi shopping melampau-melampau. memang tak hengat donia la waktu gi shopping hari nie. duit keluar dari dompet aku macam air mengalir dari paip. laju jer keluar. tapi macam dapat kepuasan lak pegi membeli belah hari nie. yerla, dapat relesekan tension. hangpa tau tak yang shopping nie adalah salah satu daripada cara untuk mengurangkan stress. memang telah terbukti pun cara nie. amik contoh, aku sendiri telah mengurangkan stress dengan pegi shopping.

duit yang keluar dari dompet aku hari nie berjumlah 133.76 pound. banyak tue...nak dekat seribu ringgit.sebelum-sebelum nie mana pernah aku shopping sampai 100 pound dalam masa sehari. macam-macam yang aku beli. cthnye dapur masak, sedikit peralatan khemah, pastu barang-barang makanan dan juga pinggan dan cawan untuk makan. aku ader gak beli tempat babique....opps barbeque sebenarnya sebab nak buat hiasan bbq ayam nanti. mula-mula gi shopping kat city centre. pastu gi asda kat perry barr. pastu balik semula kat city centre sebab ader barang yang nak kena beli lagi. lepas dah abes shopping baru balik tennis courts. balik tue terus aku tido tak hengat donia.

tapikan sebenaqnya, barang-barang yang aku beli tue ekceli bukan untuk aku guna seorang. barang-barang tue sebenaqnya untuk aktiviti camping bebudak birm weekend nie kat wales. aku nie sebenaqnya jadi bendahari aktiviti camping nie. thats why la aku yang kena kuarkan duit dari dompet aku. yerla, dah semua duit yang bebudak camping bayar untuk gi camping aku yang pegang. so, dah tentula aku yang kena bayar untuk beli benda-benda yang diperlukan nak gi camping. dan ekceli bukan aku sorang yg gi camping ini hari. pian, rafizol dan haiti, opps hairi pon ikut gak gi beli barang-barang tue. kesimpulannya, bukan aku la yg bershopping sebenaqnya.

tapikan, aku still rasa best gak gi shopping ini hari pasal semua duit kuar dari dompet aku seolah-olah duit tue aku yang punya walaupun hakikatnya tidak.tebal semacam jer waktu aku nak gi shopping. tapi bila balik dari shopping, nipis jer rasanyer dompet aku tue. dahla ader berlaku sedikit perkara yang menjatuhkan kemaluan memalukan aku. aku ngan pian nak gi cari first aid kit. kami masukla kedai Boots. pastu bila dah jumpa benda tue, kami pergila bayar kat kaunter sambil sembang2. aku dah tengok harganye 9.99 pound. pastu selamber jer aku kasi kat cashier tue 1 pound syiling sekeping pasal dalam kepala hotak aku ingat bende tue 0.99 pound walhal aku dah check sebelum bayar yang harga bende tue 9.99 poun. nie semua salah pian pasal sembang2 ngan aku.

pastu biler cashier tue cakap harga bende tue 9.99 pound, aku still blurr lagi pasal aku ingat aku dah kasi dia 10 pound. pastu aku baru terperasan yang aku cuma bagi syiling 1 pound sekeping jer kat cashier tue. termalu lah aku kat cashier tue. tapi, takpela. bukan cashier tue kenal aku pon. lagipon entah biler aku akan pegi kedai tue lagi.

ermm, pastuh ader orang tue beli bear besar. dahla menghilang secara tiba-tiba macam ahli silap mata masa nak kuar dari shopping comlex tue. ingatkan pegi berak ker, dah kena culik ker, takpun pengsan tgh jalan ker. pasal tak bagitau aku pon kater nak beli bear. sedar-sedar dia dah hilang.

inipon sebenaqnyer masih ader a few items yang nak kena beli lagi. ingat nak shopping kat kedai yahudi sainsbury esok petang after semayang jumaat. nampak gayanyer, nak kena kuar duit dari dompet aku lagi esok.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan