Going 2 Moon: Mogok


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Mogok

Kalu nak diikutkan calendar universiti, esok sepatutnya aku akan dapat result. Tapi....disebabkan mogok yang dilancarkan oleh lecturers, maka sesi menanda kertas peperiksaan telah terjejas. Maka, aku takkan dapat result exam aku esok.

Mogok yg pensyarah2 buat nie dah lama dah start. Sejak bulan februari lagi dan bukan kat universiti aku jer tapi kat seluruh UK. Tapi nasib baik diaorang still lagi buat kuliah sampailah habis silibus. Cuma diaorang taknak periksa kertas jawapan exam. Diaorang mogok sebab nak mintak kenaikan gaji depa. Depa cakap gaji depa dah 20 tahun tak naik. Asyik sama jer gaji dari dulu sampailah sekarang. Lama tuee, nak dekat 2 dekad, sama umur ngan aku skang. Itu sebab la lecturers semua bengang. Ekceli dah 2-3 tahun depa buat mogok tapi tak berjaya jugak naikkan gaji. So, tahun nie depa buat tindakan drastik iaitu taknak periksa kertas exam. Ader lecturers yang extreme langsung batalkan exam untuk subject yang dier ajar. Tapi bukan lecturer aku la, itu lecturer lain. Aku tetap kena amik semua exam subject yang aku belaja.

Tapi minggu lepas mogok diaorang dah berjaya. Apa yang depa mintak tu dapat iaitu kenaikan kaji termasukla gaji yang tertunggak. So, derang baru nak start periksa kertas exam. Dan sebab tue jugak aku takkan dapat result aku esok. Department aku cakap seawal-awalnya isnin depan baru result kuar dan selambat-lambatnya ari rabu. Bebudak Bio akan dapat result esok petang. Budak fizik iaitu amar dah dapat result dier pagi tadi dan dia lulus. So dier dapat proceed ke second year.

Huhuhu, mintak2la aku pon lepas. Tak sanggup rasanya nak resit.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan