Going 2 Moon: Camping di Wales - Pt 2


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Camping di Wales - Pt 2

Mak aih, gilerr sejukk tido malam tue. Dier punya sejuk tue sampai ke dalam tulang. Nak wat camna. Dah tido dekat ngan pantai. Sebab tue la waktu malam sangat sejuk. Dahla aku pakai sleeping bag murahan sajork, so lebey kurang macam pakai selimut jerla. Subuh plak pukul 2.30 pagi dah masuk. Tapi kitaorang solat subuh kul 3.30 pagi pastu ader kuliah subuh. Rasa macam nak pakai sleeping bag jer masa semayang subuh dan dgr kuliah subuh tue. Nasib baikla aku masih waras. Kuliah subuh tue pendek sajork pasal sejuk. So, lepas tue semua orang pon masuk khemah dan sambung membuta balik sampaila kul 7 pagi.

Pukul 7 tue, bangun, gosok gigi, dan terus bersiap untuk bersarapan. Aktiviti pagi nie adalah aktiviti mendaki bukit. Nie semua cadangan Aishah la nie supaya buat aktiviti nie. Hasilnya, aku ngan Ruslan yang menjadi mangsa. Selepas sarapan, bebudak lelaki ditugaskan untuk memerap ayam untuk aktiviti babique pada malam nanti. Budak pompuan lak aku taktau apa depa buat. Tapi selepas sarapan, aku ngan Ruslan kena pi survey jalan yang akan digunakan untuk mendaki bukit nanti. Sapa yg lantik aku untuk in charge bende nie pon aku tatau. Patutnya ajk aktiviti tapi bedahari ngan kem komandan plak yang kena pi survey. Tapi takpa la, at least aku bley bakar lemak aku walaupon aku setengah nak mati masa nak mendaki bukit tue.



Maka berpandukan peta yang aku print dari tenet, aku ngan Ruslan pon pi la survey jalan tue. Memang berbukit betul. Tapi takdela tinggi sangat pon. Tempoh perjalanan untuk aktiviti nie adalah selama sejam untuk pergi dan balik ke camping site. Kejap jer akiviti nie. Lepas survey tue, aku ngan Ruslan pon balik ke camping site untuk bagi taklimat sikit kat bebudak lain. Tepat kul 8.30 pagi, kitaorang pon start la aktiviti mendaki bukit nie dengan aku menjadi pemandu arah. Tak susah pon nak wat aktiviti nie pasal memang ader footpath yang telah disediakan oleh forest authority untuk sesaper jer yang nak menjalankan aktiviti berjalan2. So, kitaorang just kena ikut papan tanda dan juga footpath tue. Sepanjang perjalanan kitaorang tempuh rumah2 orang, pastue ader caravan park, daki bukit sikit, lalu ladang ternakan, nampak lembu, arnab. Dah separuh perjalanan, kitaorang stop dekat satu kawasan lapang atas bukit yang ley nampak laut. Pemandangan dari bukit tue memang cantik. Bley nampak pulau2, pastu bley nampak satu pekan kecik. kalu tak silap aku Pekan Amroth.



Kat kawasan tue sepatutnya kitaorang makan bekalan sandwich yang kitaorang bawak tapi bebudak nie kenyang lagi hasil dari makan breakfast. So, bebudak laki just duduk2 menikmati alam. Bebudak pompuan plak buat sesi taaruf rasanya. Pastu kitaorang ader buat sesi tazkirah mengenai sirah nabi yang di sampaikan oleh Pian. Kejap jer pasal Pian nie pemalu sikit (ye ker ko malu, Pian?). Dah habis lepas tue, kitaorang pon balikla ke camping site tapi lalu jalan lain. Lebey kurang sama jer scenery yg kitaorang nampak iaitu caravan park, rumah2 orang, ladang ternakan dan jugak tanah lapang. Pastu ader kawasan semak samun sikit2. Tapi memang cantik scenery kawasan tue. Mostly yang tinggal kat kawasan situ adalah orang2 tua yg dah pencen. Yerla, mana ader orang muda yg nak duduk kat kawsan countryside yg jauh dari segala hiburan.






Kitaorang sampai kat camping site pon dah nak dekat tengahari. Yang pompuan sambung sesi tazkirah sikit. Yang lelaki plak ader yang sambung tido, ader yang borak2 kosong. Dah penat borak2, kitaorang main friesbee. Tengahari buta main friesbee. Dah kuar peluh bagai lepas main tue, sambung lepak2 kat khemah sementara tunggu makan lunch. Menu lunch ari nie sepatutnya masak lemak cili padi tetapi tukang masak iaitu cik siti teratai lupa bawak cili padi. Kalu takder cili padi, mana nak jadi masak lemak cili padi. Maka menu telah ditukar kepada masak lemak biasa sajork.



Aktiviti petang nie sepatutnya adalah sesi berjalan-jalan sekitar South Wales. Namun apakan daya kitaorang apabila terpaksa berdepan satu lagi dugaan iaitu enjin minibus tak dapat nak di hidupkan. Masa nie bebudak lelaki menjadi mangsa sebab terpaksa menolak minibus tue ke hulu hilir dalam cubaan untuk menghidupkan enjin minibus tue. Bayangkan dalam panas terik matahari kul 2 petang kitaorang terpaksa menolak minibus tue sementara budak pompuan plak melihat sapa budak laki yang curi tulang tak tolak minibus tue. Dah penat menolak dan berpeluh bagai, barulah Dr Hafizal decide nak tepon mekanik. Hasilnya, mekanik tue akan sampai dalam masa 2 jam lagi. Disebabkan itu, maka aktiviti meronda sekitar South Wales telah ditunda kepada keesokkan harinya.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan