Going 2 Moon: Barbeque lagi...


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Barbeque lagi...

Assalamualaikum...maaf la yer pasal semalam aku tak dapek nak hupdate blog. Penat sangat la semalam pasal dari pagi sampai malam aku sibuk.

Semalam pepagi lagi dah kuar ke city centre pasai nak beli barang. Ruslan, Pian,Amar ngan P-jo nak beli beg. Yerla, derang kan nak balik Mesia 2 minggu lagi. So, depa terpaksa beli beg baru yg besar sebab nak letak barang2. Aku plak? Takdak beli apa pon saja teman derang. Pastu pi singgah Sing Fatt jap pasai nak beli barang2 untuk aktiviti hari nie. Sing Fatt nie supermarket cina. Ader jual barang2 dari asia termasukla barang2 dari Mesia macam instant mee meggi, sos meggi, kicap cap kipas udang. Seafood pon ader gak macam ikan selar, ikan kembung, sotong, udang, tiram dll (babi pon ader jual gak). Tapi semua tue frozen product. Kiranya tak segar sangatla. Rege barang2 kat situ takdela mahal sangat.

Pastu ronda2 Bullring pasai nak window shopping katanya. Nak survey barang2 beserta regenyer sebab derang nak beli bawak balik Mesia. Memang penat gakla berjalan waktu kat city centre tue. Pastu sebelah petang semalam kami pi rumah Abang Sulaiman. Dier jemput pi umah dier untuk makan2. Dia pon nak balik Mesia summer nie. Flight dier ari rabu nie. Lagipon dier nak mintak tolong sikit dari kitaorang untuk mengangkut barang2 pi rumah baru dier kat Harborne. Ekceli bukanla Harborne tapi kira sempadanla. Dari rumah baru dier ke universiti tak jauh sangat. Lebih kurang 20 minit sajork jalan kaki. Rumah baru dier lebey kurang jer ngan rumah sekarang nie cuma lagi cantik sikit. Lupa nak mention yang kitaorang makan nasi lemak masa kat rumah dier tue. Gilerr sedap....Tak pedas langsung sambal udang yang wife dier masak *matila sesapa yang pernah rasa sambal aku buat*.

Hairi, Fuzana, Siti ngan aku



Kat depan The Beeches



Pas balik dari rumah dier, kami ramai2 ngan bebudak pompuan pi serbu rumah fido plak kat Beeches. Bukan nak wat aper pon cuma nak pi main kad Uno. Sajer lepak2 kat situ. lagipon dah kemaruk nak main Uno. Tapi sempat main 2 round sajork dan au kalah waktu second round tue. Sampai bilik semalam pon dah pukul 10.30 malam. Memang penat waktu sampai bilik semalam. Tapi still takleh nak rest lagi pasai nak kena prepare bahan2 untuk aktiviti ari nie iaitu usrah + barbeque.



Lepas siap mandi+ semayang maghrib, sempat lagi amik napas dalam 5 minit sebelum pi dapur yang jaraknya 7 langkah dari bilik aku. Malam semalam kami kena prepare barang2 untuk aktiviti ari nie. Kena kupas bawang, halia. Pastu nak kena blend lagi bende2 tue sebab nak marinate ngan ayam. Pastu kena rebus nasi impit ngan masak kuah kacang. Nasib baik kat Asda ader jual nasi impit segera. Jadi, takyah la susah2 nak buat mende tu. Cuma tinggal rebus jer lagi. Tapi kejap jer buat semua tue pasal ramai yang buat keje *hiks kecuali aku yang banyak mengarah orang lain*. Menu untuk aktiviti ari nie adalah ayam bbq, sosej, udang ngan daging steak panggang.

Cuma yang lamanya sebab nak masak kuah kacang tue pasal nak kene tunggu bende tue pecah minyak. Dalam kul 2.30 baru settle semua keje2 memasak. dah settle semua, derang pon blah kecuali P-jo pasal nak tgk citer scary movie 4 ngan aku. walaupon penat, tapi sebab aku dah lamer nak tgk citer nie, sanggup tido lambat pasai nak tgk citer nie. Bangang lawak betul citer nie. So, dalam 4 pagi tadi lepas subuh baru aku tido. Pagi nie kul 9.30 pagi baru bangun. Kira lambatla dari selalu. Selalunya kul 9 dah bangun. Pastu sempat lagi sambung tengok citer house plak pagi nie.

Usrah suppose be start at 3 p.m but Dr Hafizal arrived a little bit late around 3.30 p.m. So, sambil dok panggang ayam, sambil la dok berusrah. Hari nie usrah pasai Hadis 40 oleh Pian dan juag pasal sahabat nabi oleh Ruslan. Tak concentrate sangat pon aku hari nie pasai dok bau ayam panggang ngan ader asap. Kembang kuncup kembang kuncup hidung aku dok bau ayam tue. Tapi still bley masuk juga sikit2.Kami dok berusrah nie kat bawak pokok kat tasik The Vale. Orang putih semua dok berjemuq kat tengah panas, kami sajork yang dok lepak kat bawah pokok. Mesti omputih tue kater kami nie pelik.



Memang penat betul hari nie ngan semalam. Sedar tak sedar tinggal 5 hari lagi sebelum result exam kuar. Agaknyer apala result yang aku dapat nanti?
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan