Going 2 Moon: Jalan dan jalan dan jalan lagi...


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Jalan dan jalan dan jalan lagi...

Aku rasa masa cuti nie banyak skali aku kuar jalan-jalan. Dari minggu lepas lagi masa pegi camping kat Wales tu, sampaila petang nie. Walaupun aku sekadar kuar jalan2 di sekitar Birm sajer tapi still jalan2 kan?

Semalam Eddie ngan Shimi datang ke Birm. Eddie nak shopping hadiah untuk famili dier pasal dia dah nak balik Mesia sabtu nie. Tue yang sanggup datang Birm nak shopping. Yerla, Birm kan terkenal sebagai tempat untuk bershopping! So semalam aku bawakla dia pusing2 kat city centre. Destinasi utama dah tentulah Bullring. Shopping complek yang besar lagi cantik itu memang ader banyak kedai2 yang menjual pelbagai barang *walaupun regenyer bley tahan mahal*. Memang sepanjang petang semalam aku berjalan jer. Nasib baik Eddie nie jenis yang tak cerewet masa shopping. Apa yang berkenan dimata, terus beli tanpa banyak citer. Memang kitaorang tawaf la satu Bullring tue.

Eddie siap beli beg baru yang besar lagi pasal beg yang dia bawak datang Birm tue tak muat nak letak barang2 yang dier shopping. Dah habis shopping, kitaorang lepak2 kat luar Bullring tue. Sajer lepak2 tengok orang lalu lalang. Pastu dalam kul 6.30 baru balik rumah aku. Aku masakla dinner untuk derang iaitu sup ayam ngan sambal ikan bilis. Tengah masak, si Nisa ngan Pana tepon ajak makan mee hailam kat Maple Bank. Apala derang nie. Aku dah masak dinner baru nak ajak makan. Lepas maghrib baru kitaorang gi sana makan mee hailam. Balik rumah aku pon dah kul 12 tgh malam.



Pagi nie rancangannyer nak gi beli cokelat kat Cadbury World. Lepas makan breakfast kat bilik Jija, kitaorang pon gerakla gi beli cokelat. Banyak jugakla bebudak nie beli barang. Hari nie Ruslan ngan Hairi pon ikut gak kitaorang kuar jalan2. Tapikan, masa on the way balik tue, Nisa call aku kater kena gi department sebab nak isi form untuk pilih module aper untuk 2nd year. So, aku suruh Ruslan bawak derang balik Tennis Court dan aku plak gi department sebab nak amik dan isi borang. Bengang tul aku ngan department aku nie pasal dier tak kasi e-mail pon kater hari nie ader meeting pasal 2nd year. Ader ker patut dier tampal notis jer kat notice board kasitau hari nie ader meeting. Mana ader bebudak yang rajin pegi department waktu cuti macam nie semata-mata nak check notice board.



Lepas zuhur, kitaorang kuar city centre. Eddie nak beli something untuk mak dier so kitaorang masukla Bullring lagi. Shimi plak nak ajak gi makan kat kedai melayu yang kat open market tue tapi apakan dayanya kedai tue tutup ari nie. So, aku bawak derang gi makan kat kedai halal sebelah new street station. Yang bestnyer pasal kedai tu adalah ayam goreng ngan sos cili dier sedap. Pastu tempat makan dier besar dan selesa. Kedai tue jugak ader surau. So, kalu kami kuar city centre, kami gi kedai tue jer pasal lepas makan bley semayang.

Shimi ngan Eddie sebenaqnya nak gi Liverpool petang tadi. Derang naik bas dari Birm nak ke sana. Lepas makan, aku, Hairi ngan Ruslan pi antar derang kat coach station. Lepas antar derang, aku, Hairi ngan Ruslan masuk balik Bullring pasal si Hairi nak shopping hadiah untuk famili dier plak. Maka, berjalan lagi aku kat dalam Bullring.

Petang dalam kul 7 baru balik Tennis Court.Lepas maghrib aku dah plan nak wat tayangan perdana citer buli balik kat bilik aku.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

1 Comments:

At Jun 15, 2006 7:39 PTG, Blogger zhi shu said...

helo kawan shah..saya syu kawan shah juga! i like the astagfirullah song!

 

Catat Ulasan