Going 2 Moon: Camping di Wales - Pt 3


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Camping di Wales - Pt 3

Uiihhh, panjangnyer entry aku pasal camping nie. Nie baru hari kedua, tak masuk hari ketiga lagi. Detail sungguh aku cerita pasal camping nie. Tak macam orang tue *sapa tatau* yang citer pasal camping nie dalam satu entry sajork. Aku rasa entry dier tue adalah rumusan kepada semua entry pasal camping yang aku tulis nie. Maka kalu korang taknak buang masa baca entry aku nie, korang clicklah kat SINI . Tapi kalu korang baca entry aku pon bley gak sebab sambil baca cerita camping, bley tengok2 gambar yang aku amik masa camping tue. Ala, biasa sajork gambar2 aku tue sebab guna kamera MURAH lagi TAK CANGGIH milik aku ittew. Tapi ia baru berusia seminggu sahaja *jenuhla aku nak lari pasal ader orang kater aku riak*.
---------------------------------------------------------------------------------------
Disebabkan aktiviti meronda sekitar south wales telah ditunda kepada esok hari, maka pada petang ahad itu, jadual aktiviti telah diubah. Pada petang itu, kem komandan memberi arahan agar bebudak lelaki akan masak bbq dan juga nasi goreng. Namun begitu, aktiviti memasak itu hanya akan di mulakan pada pukul 5 petang. Maka bebudak lelaki mempunyai banyak skali masa terluang. Maka kami menghabiskan masa ngan berborak dan membuta. Aku ngan Hairi membuta dalam khemah yang amat panas lagi hazab itu *tapi panas lagi api neraka*. Budak pompuan plak ader aktiviti mereka sendiri. Yang pastinya mereka tak membuang masa seperti kami. Tepat kul 5, kami pon memulakan aktiviti memasak. Nasi goreng telah ditugaskan kepada 3 orang jejaka dari Coventry Uni. manakala aktiviti bbq ayam telah diserahkan kepada 6 jejaka Birm. Uni. Kami pon apa lagi, dengan jiwa membara seperti api *hiks macam pepatah melayu-genggam bara api, biar jadi arang*, kami pon start la masak. Dengan menggunakan kemahiran hidup memasak yang diperturunkan dari generasi terdahulu,maka selesailah aktiviti memasak nie sebelum kul 8 malam.





Lepas tue terusla kitaorang makan malam. Memang sedap betul ayam ngan nasi goreng yang dimasak oleh bebudak lelaki. Sampaikan nasi goreng tue tak cukup. Nak wat camner, dah kenyataan nyer begitu. Lepas makan, sempat lagi kitaorang main friesbee. Aku rasa kan, asal ader masa free jer, main friesbee, asal free jer, main friesbee. Bebudak nie aku rasa dah ketagih kot ngan friesbee! Lepas dah siap mandi semayang semua, ader satu sesi *apa nama tatau*. Budak lelaki ngan Dr Hafizal manakala budak pompuan ngan Kak Mag. Bebudak lelaki buat kat tepi pantai dalam keadaan berdiri. Hadui, letih tau berdiri lama2. Tapi best sebab bley dengar bunyi ombak. Dalam sesi nie takder apa benda pon cuma Dr Hafizal ader kasi soalan sorang satu, pastu kena jawab soalan tue. Soalan2 tue berkisarkan alam sekitar. Ada gak yang berkisarkan ayat2 Al-Quran.
Dalam kul 12 baru habis aktiviti tue.Lepas tue baru masuk tido.

Esok pagi semua orang bangun lambat. Kul 4.15 pagi baru bangun nak semayang subuh. Apalagi, semua orang pon kelam kelibut la.Waktu tue langit dah hampir cerah dah pon. Tapi ader inisden yang x best berlaku hari tue. Lepas kitaorang abes semayang subuh, ader satu omputih nie marah kitaorang semua. Dier kater kitaorang kaco dier tido sebab kitaorang buat bising. Hiks, memang betul pon. Yerla, balik dari pantai semalam dah kul 12. Pastu sembang2 dalam khemah lagi. Lepas tue plak, kul 3 pagi ader bunyi alarm clock hp bunyi. Kononnya nak bangun subuh la kul 3 pagi tapi tak bangun pon. Itu yang omputih tue marah sangat. Well, kitaorang buat taktau jela.



Pagi nie disebabkan kitaorang semua dah terlambat bangun, maka semua orang tak bley masuk tido balik. Lepas subuh, terus kena khemas barang2. Ruslan ngan Hairi prepare breakfast manakala yang lain tue runtuhkan khemah. Menu asal pagi nie sepatutnya mee goreng tapi disebabkan kekurangan bahan2 mentah maka menu telah ditukar kepada roti telur. Disebabkan kitaorang akan check out awal dari camping site nie, maka untuk makanan tengahari telah di masak terlebih dahulu. Menu untuk lunch plak adalah Nasi Ayam pada mulanya tetapi telah ditukar jugak kepada Mee Sup. Lepas siap masak, makan breakfast, kemas khemah, buang sampah, maka ader sikit taklimat dari Dr Hafizal sebelum kitaorang memulakan perjalan balik.



« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan