Going 2 Moon: Busy With Films


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Busy With Films

Nampaknya kat Malaysia dah kuar filem Transformers....dan khabarnya antara negara terawal yang menayangkan filem nie kat pawagam...dan kawan2 aku yang dah tengok filem nie kat Malaysia kata best...tapi sedihnya kat UK nie tak kuar lagi filem tue....pawagam2 kat sini hanya akan tayangkan filem tue dalam akhir bulan tujuh nie....lambat sebulan dari Malaysia....


kalau kat UK nie biasala...kebanyakan filem2 yang dah sebulan-dua tayang kat Malaysia,kat sini baru nak tayang....tapi bukan semua filem la....ada jugak filem yang tayang awal...pasal Transformer plak, aku nie bukanlah kipas-susah-mati citer nie....cuma teringat zaman dulu2....zaman tok kadok....masa hingus still meleleh lagi kat hidung (skang nie pon still meleleh jugak cuma takdela hisap masuk mulut) dok melangut depan tv dok tengok citer kartun nie...yerla bebudak zaman tok kadok dulu bukannya ada komputer, ps2, psp....yang ada hanyalah kartun kat tv...itupon tv biasa, bukannya Astro....so layan ajela semua kartun yang tayang kat tv...so bila skang nie derang buat filem, rasa macam teruja la jugak nak tengok...

so nampak gayanya kena donlod dari internet la filem nie....kalau nak tunggu tengok kat wayang, berjanggut la jawabnya...by the way, satu lagi filem kartun pon nak kuar kat pawagam gak dalam bulan nie....filem The Simpsons....ha yang nie memang antara citer kartun favourite aku...dari dulu sampai sekarang memang lawak dia tak pernah menjemukan aku....

Tapi filem yang paling aku tunggu2 adalah filem terbaru Harry Potter....Harry Potter and the Order of the Phoenix....filem nie akan kuar minggu depan 12 july...deifnitely i'll going to watch it at cinema...tak sabar nak tengok kesinambungan watak2 dalam filem nie apabila derang semua dah masuk tahun ke-5 kat magic school Hogwarts tue...


And starting this week, precisely from 1st july onwards, England is smoke free....yeahh orang ramai tak lagi dibenarkan merokok di semua public places dan workplaces yang tertutup atau separa tertutup seperti shopping complex, bus and train station, clus and pubs and many more ...disebabkan aku bukan perokok, maka aku sangat gembira dengan peraturan baru nie...sebabnya orang yang tidak merokok apabila menghidu asap rokok orang lain, mereka meningkatkan risiko 24% untuk minghidap kanser paru-paru dan juga 25% risiko mendapat penyakit jantung....itu tak termasuk penyakit2 lain akibat rokok...so jangan ingat orang yang tak merokok lebih sihat dari orang yang merokok...


tapi sebenarnya kat UK nie, England la paling last sekali yang menguatkuasakan peraturan larangan merokok nie....Scotland dari bulan 3 tahun lepas dah kuatkuasakan peraturan nie manakala Wales dan Northern Ireland sejak bulan 4 tahun nie...so from now on, UK can be declared as smoke free nation...tapi kat public places and workplaces ajela...so sesapa yang ditangkap merokok akan dikenakan denda on the spot sebanyak 50 hingga 200 pound...so peoples, think twice if you want to smoke at UK!
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

2 Comments:

At Julai 07, 2007 1:19 PG, Blogger MAAK said...

serius best transformers! harry potter keluar 11hb kat sini. seronot plak balik msia leh tengok wayang awai. tapi coming soon is 'smokin aces', filem bejanggut dah pun kat uk.

 
At Julai 10, 2007 3:02 PG, Blogger Shunjike7 said...

woi tolong pos kat aku durian...aku ngidam sama durian...

 

Catat Ulasan