Going 2 Moon: Nombor Yang Tidak Bermakna


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Nombor Yang Tidak Bermakna

Hiks baru abis baca berita kat website Utusan Malaysia bahagian 'Dalam Negeri'...ingat just nak sambung dalam entry 'Topik Bosan'...sekali taip-taip...dah jadi panjang plak...terpaksa la wat entry baru....

saya cuma nak komen pasal entry sebelum nie...kan saya dah cakap...RTM buat program Mawi-Ina tue sebab nak naikkan rating jer...dah terbukti...bukan sebab nak jernihkan keadaan...nampak sangat betapa terdesaknya RTM dalam cubaan menaikkan rating dengan mempergunakan orang lain...kalu tidak masakan RTM sanggup pergi Kampung Baru untuk survey kedai-kedai makan kat situ pasang channel apa kat tv mereka...betapa gigihnya dari Angkasapuri pergi ke Kampung Baru semata-mata nak buktikan yang kedai2 makan tayang TV1 kat para pelanggan...

hahaha...kelakarla orang2 kat RTM nie...nama saja milik kerajaan...tapi perilaku tue memalukan kerajaan ajer...pepun memang rasa nak ketawa bila baca RTM tak caya dengan angka jumlah penonton yang menonton program Mawi-Ina tue...helloooo... itu bukan angka rasmi la...itu hanya anggaran kasar...dah namanya anggaran kasar...dah tentu la tak berapa tepat...tapi still nak kecoh2 kater tak percaya...apakah pentingnya angka jumlah penonton?

yang tak tahan tue siap kater ader orang mintak ulang siaran program Mawi-Ina tue...
hahaha...pasal orang mintak dihentikan program macam tu...tak pulak orang RTM tue cakap...dan orang yang mintak program macam tue dihentikan tue bukannyer orang Melayu dan bukan orang Islam...seorang rakyat Malaysia yg berasal dari Sarawak rasanya...dia hantar surat/e-mail kat Berita Harian yang mengatakan dia malu untuk menonton program tue sebab program tue mendedahkan keaiban dan juga hal2 peribadi yang TAK SEPATUTNYA didedahkan kepada umum...yang menunjukkan orang melayu beragama Islam yang sepatutnya mempunyai sifat malu suatu masa dulu...kini secara mudahnya menceritakan kepada umum perihal peribadi mereka...

Secara jujurnya...saya baca banyak dari blog-blog lain terutamanya blog kaum wanita yang menyokong Ina setelah mereka saksikan di kaca televisyen bagaimana Mawi mampu tersenyum dikala Ina menangis...dan mereka menyokong Ina kerana beranggapan Mawi tidak patut membuat Ina begitu...ya...saya sangat setuju dengan pendapat mereka..walaupun begitu saya juga menyokong dengan kata2 Mawi yang tidak semua benda boleh dikongsi dengan orang ramai...sebab itu dia banyak mengelak dari menjawab soalan2 yang diberikan kepada dia...dan lebih banyak tersenyum...

Pepun entahlah...dikala negara hampir mencapai 1/2 abad usia kemerdekaan...kita masih sibuk membicarakan mengenai kehidupan peribadi orang lain...termasuklah saya yang gigih menulis blog mengenai perkara ini...jadi...adakah benar kita sudah merdeka?



P/s: Harap2 jangan la blog nie kena sekat sebab kutuk RTM...yerla...RTM kan milik kerajaan....pastu kerajaan plak umumkan kater akan memantau isi2 kandungan di internet termasukla blogs...tapi kalau lah cenggitu...kita sebenarnya tidak bebas sepenuhnya dalam meluahkan ketidakpuasan hati kita kan?
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

4 Comments:

At September 01, 2006 10:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said...

aku harap diorang dapat pantau blog2 lucah, blog gambar2 perempuan telanjang serta blog2 suka sesama jenis.jijik.

 
At September 01, 2006 5:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said...

tp blog yg mcm tu pak2 menteri tak nak pantau neeziee...huhuh

 
At September 02, 2006 9:32 PG, Blogger zhi shu said...

aku sentiasa setuju ngan kata2 bobo..om mesia mmg keycoh.menda kecik yg di'lalat'kan..yg penting terabai sana sini..ina mawi ape jadahnye..dah putus, nk clarify tayah masuk tv bleh gitu?

 
At September 08, 2006 6:51 PTG, Blogger Shunjike7 said...

neezie -> betul tu...

hayad -> biasala politik malaysia

misskasut -> kejar populariti :)

 

Catat Ulasan