Going 2 Moon: 2 in 1


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

2 in 1

hari nie aku nak tulih 2 bende yang takde kena mengena langsung... 2 in 1gitu...ala2 minuman segera...yang cuma tambah air panas dah bley minum...jadi 2 citer tu adalah... AF4 dan juga Israel....

-----------------------------------------------------------------------------------

citer 1

heh...hari nie aku nak tulih pasal AF4. walaupon aku tak minat sangat (kononla tak minat walaupon hafal nama semua pelajar) ngan AF tapi aku nak tulih gak kat sini hari nie. sebabnya...budak yang sora anak tekak kena kepit ngan penyepit ketam telah terkeluar dari AF...muahahaha...sukernyer aku (sambil tepuk tangan dan bersorak riang)....yer pada konsert kelapan semalam...Amirul telah terkeluar dari AF...

tapikan pastu Astro ader wat lawak bodoh cam derang buat masa AF2...iaitu ader AFMASUK...yakni...kelapan-lapan pelajar yang telah terkeluar...termasukla si budak bersora kene kepit ketam...berpeluang unutk bertanding dalam konsert final AF, 2 minggu dari skang...nampaknya ASTRO telah membuat gimik unutk menambah duit sms yang masuk ke poket seluar derang...almaklumlah tahun nie dengar khabarnya jumlah sms yang masuk tu kurang dari tahun lepas...maka tanpa teragak-agak...dan tanpa menoleh ke belakang lagi...serta tanpa segan silu ataupun malu...astro telah mimikirkan cara untuk memufliskan rakyat Mesia...yang beria2 menyokong pelajar kegemaran mereka...

ini termasuklah pelajar2 sekolah yang memakai kain biru yang meminati 'budak sora kena kepit ketam' tue (matila bagi nama gelaran yang panjang)...yang pastinya akan mengundi habis-habisan untuk budak tue...maka ranaplah poket mak bapak derang...

jadi kalu ader sesapa yang fanatik sangat tue...udahler...jangan tertipu ngan astro nie...derang nak wat duit jer...kalu korang nak tengok jer bley...macam aku nie...tapi takyahla mengundi...cuma bley kutuk dalam blog...kang biler dia dah menang...dia jadi kekwat...putus tunang...pastu berlagak kater peminat yang cari dia, bukan dia yang cari peminat (opss sapa tatau)....

sesapa yang tukar nama dalam frenster tue pon (ermm sapa ek?)...ketahuila yang pelajar tue dah terkeluar dari AF...even pelajar yang anda sokong skang nie pon...hancur...sebab dalam konsert semalam masa nyanyi lagu English...ntah hape2 yang disebutnyer...ala2 anak kecil umur setahun mintak susu kat mak dier...itupon dapat tepukan gemuruh katanya dari penonton...siap berdiri bagai nak rak lagi bagi sokongan...yerla yang sokong nyer pon tak pernah dengar lagu tue...hahaha


-----------------------------------------------------------------------------------

citer 2

skang aku nak citer pasal Israel plak...yang telah mendapat kebenaran dari ketua penjenayah dunia...Amerika Syarikat...dan rakan sepejenayahan (hiks BM fail)...iaitu Britain...untuk terus menyerang Lebanon...siap dengan persetujuan...untuk menjual peluru berpandu yang canggih kepada Isarel...celaka giler dua negara nie...tapi entahler...aku rasa yang bersalah bukan kedua-dua negara tue sebenarnya...tapi pemimpin kepada kedua-dua negara nie...'semak dan penipu' (nama terjemahan)...yang sangat2 celaka....eiii geramnyer aku...

dengan itu...maka Israel bertambah-tambahla suker...bagai anak kecil dapat mainan...untuk menyerang Lebanon...malah tak mustahil...akan melibatkan Iran dan Syria...yang dikatakan menyokong Hizbullah...

aku pulak...biler dengar yang Syria dan Iran akan terlibat...entah kenapa terdetik dalam hati aku...akan terjadi sesuatu yang buruk kepada dunia...sekiranya benar benda itu berlaku...aku yang skang nie tinggal dan belajar kat UK...rasa takut plak...takut sekiranya Britain nie akan turut di serang...oleh mana2 pihak...maka akan terjadilah konflik yang buruk...ish ngerinya aku nak bayangkan...sekiranya berlaku serangan...seperti yang terjadi pada 7 julai tahun lepas di London...iaitu London bombings...bagaimana agaknya...sekiranya berlaku Birmingham bombings...kerna Birmingham adalah second city after London in UK...maka tidak mustahil benda2 itu boleh berlaku...tapi mintak-mintaklah dijauhkan segala bahaya bencana...dari menimpa...


-----------------------------------------------------------------------------------

jadi...inilah cerita 2 in 1 aku hari nie...dalam dok kalut kisah AF...aku juga aware ngan berita pencerobohan Israel...2 cerita yang tiada kaitan...jika dilihat secara kasarnya...mungkin betul tiada kaitan...tapi jika diteliti...sebenarnya kedua-duanya saling berkait. Maka renungkanlah....misteri Birmingham.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

1 Comments:

At Julai 25, 2006 2:44 PG, Blogger Doyok said...

lawak lak pk psl stategi astro nak mancing undi. siap guna afmasuk nak kumpul duit bebanyak.hahahahahaha.

 

Catat Ulasan