Going 2 Moon: Sengal badan


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Sengal badan

Ya, hari ni aku ader masa nak hupdate blog aku nie walaupun badan aku nie dah start rasa sengal. Dah dua hari aku ader kejap jer kat bilik. Banyak masa aku yang lain sama ada dalam keter atau kat umah orang lain. Sibuk tul dua hari nie.

Dua hari nie iaitu hari nie ngan semalam, kitaorang bebudak Birm sibuk menjalankan operasi memindahkan barang ke rumah baru. Tapi bukan umah bebudak lelaki tetapi umah bebudak pompuan iaitu umah Ada dan umah Nisa. Walaupon diaorang tak start lagi kontrak untuk umah derang tapi landlord derang ngan baik hatinya telah memberi tempat sebanyak 2 bilik setiap umah untuk depa letakkan barang2 sementara derang balik Mesia. next sem, Ada akan duk ngan Jija, Nebby, Nadiah Azmi ngan Korporal Fuzana. Manakala Nisa plak akan duk satu umah ngan Pana, Fido, Aishah Siput ngan Lana. Dua-dua umah pon kat Selly Oak tapi jauh gakla antara satu sama lain. Selly Oak kawasan student dari universiti kitaorang sewa rumah. Almost 80% rumah kat Selly Oak tu student sewa.Jarak dari Selly Oak ke universiti dalam 10 minit jalan kaki.

Dan kitaorang bebudak lelaki pon tumpang letak barang gak kat rumah derang sampai bulan 9. Bulan 9 baru kontrak sewa rumah kitaorang bebudak lelaki start. Tapi rumah yang bakal kami bebudak lelaki sewa tue bukan kat Selly Oak tapi kat Pershore Road. Lebey kurang 45 jalan kaki ke universiti atau 10 minit naik bas awam. Kitaorang sesajer jer amik umah yang jauh dari universiti tue sebab kawasan dekat bakal rumah sewa kitaorang tu adalah kawasan orang islam duduk. So, kedai-kedai untuk membeli barang2 makanan halal dekat ngan bakal rumah sewa kitaorang dalam 5 minit jalan kaki jer. Rumah yang bakal kitaorang sewa tue ader 6 bilik. So, satu bilik sorang. kat sini memang kena sewa satu bilik sorang bukannyer macam Mesia yang satu bilik bley sumbat 4-5 orang. Pulak tue kalu nak sewa umah kat UK nie kena sign kontrak. Sebulan setiap bilik/orang kena bayar lebey kurang 170 pound. Kira murah la tu kalu nak di bandingkan ngan rumah2 sewa kat selly oak yang kena bayar paling murah 200 pound seorang.

So, semalam ngan hari nie memang penatla memindahkan barang ke Selly Oak. Itu pun nasib baik ader dua biji keter yang telah di pinjamkan kepada kami. Satu milik Kak Mag/Dr Hafizal dan satu lagi milik Abang Sulaiman. Memang berterima kasih bebanyakla kepada mereka. kalu tak terpaksa la panggil teksi. Dan terima kasihla pada Adawiyyah and the gang pasal SUDI menumpangkan barang2 bebudak lelaki. Walaupun aku tak balik Mesia tapi aku tetap ader simpan barang2 aku seperti jaket2 dan baju2 sejuk. Yerla, skang nie kan musim panas, buat aper nak pakai jaket ngan baju sejuk. So baik simpan jer kat umah derang masa cuti summer nie.

Dan hari nie ex-schoolmate aku dari Bristol, Amir Syafiq datang pasal nak shopping barang kat Birm. Yerla, Birm nie kan syurga membeli belah. Tapi, bagi aku sama jer rege barang kat Birm ngan tempat lain. Entahla pasal aku tak penah shopping pon kat tempat lain cuma orang lain yang datang ke Birm yang cakap shopping kat Birm nie best. Amir nie plak ex-collegemate kpd Pian, Hairi ngan P-jo. Tapi sian kat Amir pasal datang pada tarikh yang tak seswai pasal kitaorang semua kan sibuk memindahkan barang2. So, terpaksala dia merayap/shopping kat Bullring tue sorang2. Sian...sian...Last time aku jumpa dier adalah dua setengah tahun dulu masa kat sekolah memandu. Aku waktu tu nak amik lesen moto. Huhuhu, kenangan beb kat sekolah memandu tue.

Esok plak cadangnye nak gi jalan2 lagi. Aku sajer jer kuar pasal bosan duduk sorang2 kat dalam bilik. Baikla aku gi jalan2.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

3 Comments:

At Jun 21, 2006 2:52 PTG, Blogger zhi shu said...

heh cube kasik senang sket nk komen ;)
i really like d song!

 
At Jun 21, 2006 3:55 PTG, Blogger Shunjike7 said...

apa yang susah nyer misskasut? senang jer! adekah disebabkan perlunya menaip word verification setiap kali ingin mengomen? itu, aku tatau la camna nak buang pasal aku pon menyampah gak nak taip setiap kali aku nak mengomen? hang tau tak camna nak buang?

 
At Jun 22, 2006 1:02 PG, Blogger zhi shu said...

ala senang je sinyu!
kau carik kat setting
kau offkan word verification
lagi satu..tayahla tunggu approval kau sume komen nih
zahirkan saja ;)
hehe

 

Catat Ulasan