Going 2 Moon: Balik kampung


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Balik kampung

ermm, hari nie aku tgk dah ramai bebudak omputih yang angkut barang nak balik kampung derang. Kat mana tue aku taktau la.Yerla, kebanyakkan derang dah dapat result exam semalam. So, dah takder apa dah kat university, lebey baik derang balik kampung.Mak bapak derang pon ader tolong angkat2 barang.

Kat hall aku nie cuma tinggal beberapa kerat jer lagi yang tak balik termasukla bebudak yang tak dapat result lagi macam aku dan bebudak yang tgh tunggu masa jer nak balik.Derang semua yg tgh tunggu nak balik tue plak sibuk dok kemas2 barang sebab nak balik.Aku? Takder apa pon yang aku buat ari nie pasal aku tak pi mana2 pon. Lambat lagi aku nak kuar dari hall nie so takyah kemas2 barang,Aku akan stay kat hall nie sampai awal bulan depan. Lepas tue aku tatau lagi nak lepak mana.

Hai, best nyer kalu kampung aku kat uk. Bley cuti nie aku balik kampung. Tapi malangnya kampung aku kat Mesia pasal aku kan Malaysian.Sah-sahla kalu aku nak balik kampung aku kena balik Mesia. Tapi aku plak gatai tak nak balik Mesia cuti nie atas sebab2 yang bley dielakkan. Secara otomatiknya aku tak balik kampung dan aku kena stay kat UK nie.

Pepun aku tak kisah sangat pon pasal balik kampung nie. As long as aku tak fikirkan pasal Mesia sangat, aku ok jer. Takder apa yg aku perlu rindukan kat Mesia selain mak ngan famili aku. Benda2 lain aku tak rindu pon macam makanan ker, pasar malam ker,tv ker. Sebab tue aku tak rasa homesick sangat. Makanan kat sini pon ok jer.Kat Mesia ader McD ngan KFC, kat sini pon ader cuma takleh makan jer. kalu kat Mesia ader pasar malam, kat sini ader car boot. Tv pon ader kat sini.



Cuma 3 bulan nie aku akan lonely la sikit pasal bebudak sengal kat sini balik Mesia so takder sapa nak kutuk aku dan takder sapa untuk dikutuk aku kecuali si siput. 3 bulan aku akan tengok muka yang sama. itupon kena jaga batas2 *sayur* pergaulan. Takleh nak bertepuk tampar *macam orang tue yang tepuk aku bagai nak rak biler aku curi tgk kad dier masa main kad*. Tapi takpela. Itu dinamakan .....(nama apa ek? aku pon tatau ia dinamakan apa).

So, fighto...oh!
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan

Links to this post:

Buat Pautan