Going 2 Moon: Selamat hari baper...


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Selamat hari baper...

Hari nie adalah hari bapa kat Mesia! Korang tau tak? kalu tak tau nie aku dah bagitau.Jangan ingat ader hari Ibu jer, hari Bapa pon ader gak tau. Ermm, kepada korang yang ader bapa lagi, bley la wish. masih tak terlewat lagi untuk wish.

Kat Mesia selain bapa, ader beberapa lagi nama panggilan lain seperti ayah dan abah. kalu nak panggil dad or father tue bley gak. Dan hari nie merupakan hari spesel untuk kiter meraikan bapa2 kiter. Janganla ingat hari nie jer nak raikan sebab tetiap hari pon bley.

Kalu nak raikan tue, bagila hadiah ker, kad ker. At least call la bapak kiter dan wish hari bapa sajer pon ok gak supaya tunjukkan kiter ingat kat bapak kiter *matila sesapa yang kredit/free minutes phone dier dah abes pasal call pakwe/makwe*.

Tapi aku nie dah takder sapa untuk aku wish selamat hari bapa.Kalu nak wish pon, aku wish kat abang aku jela.Pasal dier dah ader 2 orang anak. Abah aku dah meninggal. Yang tinggal mak aku jer. Nak wat camna, dah sampai masanya abah aku tinggalkan dunia. Dan memang itu lumrah sebagai manusia iaitu ader kelahiran dan kematian. Cuma aku terkilan sebab aku ader banyak bende, banyak perkara untuk aku tunjukkan kat abah aku. Aku nak bagitau abah aku yang aku skang nie ader dah abes sekolah. Aku dah masuk universiti.Aku kat UK skang.memang banyak sangat aku nak tunjuk dan bagitau abah aku. Tapi aku takder kesempatan tue.Dan jauh lagi perjalanan hidup aku yang kalau bley abah aku ada dan lihat sendiri.

Tapi masa abah aku masih ader, aku tak jadi anak yang baik. Aku selalu lawan abah aku. Selalu susahkan dier. Selalu buat dier marah, sedih...even masa abah aku sakit pon aku masih jadi jahat. Dan aku sangat menyesal. Kenapala aku dulu tak jadi baik? Dengar apa abah aku cakap...Buat apa yang dia suruh...Layan abah aku bebaik...

Biler dah besar macam nie, barula rasa menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna! Moral of the story, korang janganla jadi macam aku. Jangan bila mak bapak korang dah takder kat dunia nie, baru nak menyesal. Baru nak jadi baik.Baru nak dengar cakap.

So, aku cuma nak ucapkan kepada semua bapa-bapa kat luar sana termasukla bakal-bakal bapa, selamat hari bapa!
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

1 Comments:

At Jun 19, 2006 10:47 PTG, Blogger zhi shu said...

mek jgn lupe add guweeeeeeeee :D

 

Catat Ulasan