Going 2 Moon: Saya Sibuk


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Saya Sibuk

Aku sekarang memang sibuk...sibuk aku mengalahkan orang yang nak berkahwin mahupun orang yang sibuk menghabiskan kerja sebelum deadline...aku skang nie sibuk baca buku...tak lama lagi final exam...errr 2 hari lagi kira lama la kan? hahaha...

Ok, pastu skang nie satu dunia dah tau yang Tony Blair, Perdana Menteri Britain nak letak jawatan 27 Jun, kiranya bulan depan la...well ekceli kat UK dari last two weeks lagi dah kecoh pasal Blair nak letak jawatan cuma tak tak confirm tarikhnya bila...so bila dia umumkan semalam yang dia nak letak jawatan, semua orang tak terkejut pon...tapi kan, yang menjadi topik perbualan skang nie adalah pasal Gordon Brown...iaitu calon utama yang bakal menggantikan Blair sebagai Perdana Menteri...dia dikatakan berperangai atau berpendirian sama atau lebih teruk dari Blair...dan ini bukan aku cakap...ini apa yang aku dengar orang putih kat universiti yang cakap...kalau betullah Gordon Brown nie lebih kurang macam Blair aje...nampaknya makin rosakla dunia ini...so just wait and see...

Blair(kiri) dan Brown(kanan)

pastu dalam Redbrick minggu nie, ader berita tergempar...pada hari rabu lepas, ader satu serbuan yang dibuat oleh pihak polis kat Victoria Hall...memang aku taktau langsung pasal berita nie...kan aku dah cakap yang aku sibuk...dengar khabarnya dari serbuan tue, seorang lelaki telah ditangkap kerana disyaki lelaki itu terlibat dalam kejadian pengeboman London pada 7 julai 2005...ish ish ish...memang terkejut la...selepas hampir 2 tahun kejadian tue berlalu tapi still ader tangkapan yang dibuat...(baca lebih lanjut disini)

Tapi yang membuatkan aku terkejut lagi adalah tempat serbuan tue, iaitu di Victoria Hall....Victoria Hall tue terletak betul2 kat pintu masuk universiti aku dimana kat situ majoriti penghuninya adalah pelajar universiti aku...tapi Victoria Hall tue bukan kepunyaan universiti tetapi adalah private hall...tapi menurut berita yang aku baca kat Redbrick, lelaki itu bukanlah pelajar universiti aku tetapi hanya mengunjungi kawan dia kat Victoria Hall tue...hai nasib baik bukan...kalau tak, tercemar nama universiti aku...dan paling penting sekali semua penuntut Muslim kat universiti aku tak terjejas...dahla nak dekat final exam dah nie...

Oh, lupa plak nak cakap...Redbrick tue adalah suratkhabar mingguan milik persatuan pelajar universiti aku yang keluar setiap hari jumaat...pelbagai isu melibatkan universiti aku akan disiarkan...selain tue ader juga beberapa segmen lain macam hiburan, sukan...pendek kata macam suratkhabar biasa...dan tebalnya lebih kurang macam The Sun yang kat KL tue...dan juga Redbrick nie free...dan skang nie Redbrick nie telah maju setapak lagi dengan mempunyai websitenya sendiri (www.redbrickonline.co.uk)...

So, aku nak pi sambung study nie....aku rasa dalam 1-2 minggu nie mungkin jarang aku update kot...dan juga kepada sesapa yang datang melawat ke sini, thanks a lot...by the way mungkin lepas exam baru aku akan melawat ke blog korang...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

2 Comments:

At Mei 16, 2007 3:23 PTG, Blogger Unknown said...

aku pun ada baca artkel pasal bakal penganti blair tu...nampaknya kacau bilau lagi la dunia ni..

 
At Mei 19, 2007 7:25 PTG, Blogger Shunjike7 said...

nampak gayanya begitulah jadinya nanti

 

Catat Ulasan