Going 2 Moon: 1 Down, 1 To Go


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

1 Down, 1 To Go

Alhamdulillah....aku tinggal seminggu lagi untuk jawab final exam....sekejapnya masa berlalu...tambahan plak macam skang nie yang aku bertungkus lumus untuk study....aku nie jenis last minute study....tapi bukanlah betul-betul last minute....motto aku, study hard and study smart....tak guna kalau study teruk2 tapi tak ingat apa yang dibaca....

Semalam rakyat negeri Perak meraikan majlis perkahwinan Pasangan diraja, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar....pasangan itu yang seperti pinang dibelah dua memang sama cantik sama sepadan....memang sudah lama rakyat negeri Perak menunggu akan perkahwinan Raja Nazrin....sebagai Raja Muda, iaitu bakal menjadi Sultan Perak selepas Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin perlu berkahwin...jika tidak, tidak lengkaplah seorang Sultan tanpa Permaisurinya...

Raja Nazrin dan Zara Davidson

Pastu kat Malaysia skang nie ader kisah pasal keracunan makanan kat sekolah2 seluruh negara....sana sini ader keracunan makanan....haiyoh....dah jadi macam PESTA keracunan makanan plak rasanya.....jadi apa agaknya tindakan kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran dan juga Datuk Hishammuddin Hussein sebagai menterinya dalam menangani gejala keracunan makanan nie....adalah dikatakan banyak kes2 yang berlaku nie berpunca daripada susu bantuan yang dibekalkan disekolah2....jadi apa sebenarnya yang terjadi kepada susu yang dibekalkan itu?....

Heh teringat aku zaman dulu2 masa sekolah rendah....aku pon dapat jugak susu bantuan tue....best woo minum susu tue...sedap giler...tapi bukan yang susu putih tue la...tapi susu coklat...dan paling best sekali, budak2 yang dapat susu bantuan akan keluar rehat 10 minit awal dari budak2 lain....hahaha

Sumber Foto: Bernama
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan

Links to this post:

Buat Pautan