Going 2 Moon: Hangus terbakar


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Hangus terbakar

Hari nie hari last bebudak nie kat Birm. Esok derang akan berangkat ke Manchester untuk balik ke Mesia. Ekceli flight derang balik Mesia sebenaqnya dari Heathrow malam esok tapi derang akan amik flight dari Manchester ke Heathrow pagi esok. So hari nie adalah hari terakhir kat Birm sebelum balik Mesia.

Erm, pagi tadi aku bangun awal gakla *matila selalu aku bangun bila dah nak zuhur* dalam kul 8. Entah pasal apa ntah tapi aku terbangun awal dan tak leh nak sambung tido. Macam biasa terus bukak tenet sebab nak check e-mail ngan baca blog-blog orang lain. Itu ajer yang aku buat sepanjang pagi tadi sampai tengahari. Dengan tak mandi, tak gosok gigi, aku dok ayik baca blog2 orang lain. Pastu tengahari baru aku gi buat rutin harian iaitu mandi, gosok gigi dan ehem-ehem *jangan nak buat speku.aku tak buat mende tak baik tau*. ala ehem-ehem tue korang pon selalu buat.

Lepas tu aku ingat nak pi uni pasal nak gi masukkan duit kat bank. Banyak sangat duit yang ader kat tangan aku pasal derang bayar duit khemah. Lepas gi bank, aku pi JobZone kat Guild. Sajer tengok2 kot-kot ader keje yang bley aku apply. Kali nie dah masuk 5 kali aku gi JobZone tue sejak abis exam aritu. Dah banyak keje aku apply tapi tak dapat2 lagi. Macam2 alasan yang aku dapat.
Nak experience la, keje tue untuk local sajela. Hai nak cari keje part time pon susah. kan best kalu keje tue datang bergolek-golek kat kaki aku. Tinggal pilih je lagi.

Then aku singga department kejap. Akhirnya aku gi gak amik result. Aku rasa aku nie orang terakhir yang amik result compare to other Malaysian student. Bukan aper, malas sebenaqnya. Tapi aku tak dapat result secara detail. Yang aku tau aku takder kene resit aper2 paper dan layak untuk masuk 2nd year. Alhamdulillah...lega pasal takyah nak ingat pasal buku masa cuti nie.

Pastu aku pon balikla bilik balik. bebudak nie dah start dah pindahkan barang2 derang ke bilik aku pasal KONON-KONONNYA derang akan check out dari hall petang tadi. Tapi tak jadi pasal semua pon nak checkout pagi esok lepas subuh sebelum bertolak ke Manchester. Maksudnya dalam kul 5 pagi esok. Nasib baik Tennis Courts nie termasuk dalam kampung The Vale. So kalu nak checkout kena pi kaunter kat Shackleton. kaunter tue plak akan bukak 24/7. Memang takder masalah. Bila2 pon bley checkout.

Dek kerana lapaq, maka aku pn buatla cucuq jagung bagi bebudak nie makan. Sambil dok goreng, sambil sembang. Kejap jer rasanya masa berlalu. Rasanya baru semalam kami semua sampai kat Uk.Esok depa akan balik Mesia kecuali aku. Tinggalla aku, Aishah n Lana yang tak balik Mesia. Ekceli ader a few other Malaysian student yang tak balik Mesia jugak macam Sekeng dan Muszaidi.

Oleh sebab dah kenyang makan cucuq, kitaorang decide akan makan dinner lambat sikit. Dan oleh kerna ini adalah malam terakhir sebelum derang balik Mesia, aku ajak bebudak nie makan buffet kat Royal Orchid kat Selly Oak. Murah sajork iaitu 5 pound per person excluding drinking water. rege air dalam 1.20 pound segelas. Kat kedai orchid tue dier ader nasi goreng cina, nasi putih, pastu nasi aper nama ntah. pastu ade kepak ayam bakar, roti apa nama ntah, pastu ader a few sos, tomyam, dan pelbagai jenis masakan ayam. Ader a few dishes lagi la tapi aku lupa nama apa.

Nak kater sedap sangat tue, takdela tapi memang PUAS la makan kat situ. First sebab murah. Second sebab ader 3 jenis nasi. Dan aku suka tomyam dier. Walaupon kosong tapi memang sedap *bagi aku la.bebudak nie kater takdela sedap sangat*.

Pepun, mulai esok, aku akan tinggal sorang jela kat Tennis Courts nie *sebenqnya ader jer 4-5 budak lain lagi tapi bukan Malaysianla*.

Alamak, lupa plak aku nak citer pasal tajuk entry aku hari nie. Huhuhu, memang nasib baik sangat aku hari nie. Cam nie citernyer. pagi tadi aku masak megi. pastu terasa nak makan fish fingers. Sambil dok masak megi, aku letak fish finger tue dalam tempat grill kat dapur. Lepas megi aku siap masak, aku pon bawakla megi tu masuk bilik pasal nak makan megi sambil tengok citer korea kaedahnya. Nasib baikla setiap kali aku masak aku akan tutup pintu dapur. Dah tue, memang bestler layan citer korea nie. layan punya layan, sedar-sedar dah tengahari dan aku dah plan nak ke universiti. So, aku nak pi la mandi. Bukak jer pintu bilik, aku pon pelikla apsal la umah aku nie banyak sangat asap. Aku pon pelikla. Hah, BARU AKU TERINGAT. AKU ADER GRILL FISH FINGERS. Kelam kelibutla aku bukak pintu dapur. mak aih, terbatuk-batuk aku sebab sedut banyak sangat asap. Dahla aku terlupa bukak tingkap dapur masa masak megi tue. terus aku matikan api grill tue dan bukak semua tingkap dapur aku luas2. Jenuhla aku mengipas asap2 tue *bukan kipas punggung tau* supaya keluar ikut tingkap dapur aku. Sampai sesak napas aku di buatnyer. Gigih nie sambil mengipas asap sambil pekup mulut ngan hidung.

Yang aku peliknya smoke detector tak bunyi. Tapi smoke detector tue bukan kat dapur tapi kat hallway umah aku. Kan aku dah cakap yang aku tutup pintu dapur masa aku masak. Obviously of course la kan mende alah detector tue tak bunyi. Last-last biler aku dah setengah mampus mengipas asap sambil sedut asap *sampai naik kembung perut*, aku pon stop dan pi mandi dulu. Dah abes segala aktiviti dalam toilet *hikhik lama gakla aku dalam toilet. kalu nak masak nasi pon kirenyer nasi tue dah masak*, aku pon pila dapur. Tengok2 dah abis semua asap kuar. yang tinggal adalah bau hangit dan dinding dapur aku yang nampak terbakar. Biler aku bukak tempat grill aku, hancur luluh hati aku. 7 fish finger aku dah jadi arang. Huhuhu....sedeynya. habis musnah impian aku nak makan fish finger hari nie. Terpaksala aku masukkan 'arang' tue dalam tong sampah. Walaupon aku tak nanges tapi hatiku sedey.

Pepun aku bersyukur sangat pasal aku selamat. Yerla cuba korang bayangkan kalu aku tak teringat nak pi mandi, obviously aku stay jer dalam bilik aku dan tak sedar ader benda terbakar kat dapur. Dan aku akan sedut jer asap sebab aku tak bukak pon tingkap bilik.Sedut dan sedut sampaila aku.... And the worst thing is if there is an explosive. Alamatnya naya la aku nanti.Tak pasal-pasal aku jadi tajuk berita utama esok. Terpampang muka cute aku di muka surat depan suratkhabar2 dan juga kaca tv kat UK dan Mesia.Silap2 nama aku jadi perkataan yang paling banyak orang taip kat search engine. Aku nie dahla pemalu. Nanti semua orang kenal aku. Tapi, nasib baik mende suma tue tak berlaku. Aku sempat sedar. dan aku bersyukur sangat. Aku masih hidup dan sihat untuk aku taip sekarang nie untuk ceritakan kat korang semua. Dan aku sempat masak cucuq jagung bagi kawan2 aku makan petang tadi.

Moral of the story, depa kater aku buat cucuq tue sedap sekali *cenggitu plak*. Selain tue silalah berhati-hatila semasa buat apa2 keje. Dan jangan sekali-kali lalai dan lupa. Tapi, inilah kuasa drama Korea yang mampu mebuatkan aku lalai dan lagha *musti Pian buat point masa nasihatkan aku nie*. Alhamdulillah...

Dan so far, inilah entry aku yang paling panjang pernah aku tulis. Mesti penat korang baca entry aku nie *berangan nie ramai baca blog aku*.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

5 Comments:

At Jun 23, 2006 12:32 PTG, Blogger sHaH said...

rindu sama fariz..
huhuhuhu

 
At Jun 23, 2006 11:50 PTG, Blogger zhi shu said...

ya ampun..mmg penat
panjang nk mati tade nokhtah
ala tabahla tak balek mesia
aku pon tak balik gak taun lepas
byk jugak experience
ko jadik je cleaner
birm ngan manchester dekat ke?
aku tak retila peta uk
aku masukkan fish finger lam microwave 5min terus siap.lazat..tade nye nk grill lama2

weh muka kau cam familiar
kite kenai ka? pasti tak
lama dah aku pk..tp tak ingat2 jugak cam sapa
apepon nnt sembang lg
wah cam tulis surat pulak
weh add aku ym
kasut_296

sorila komen panjang..
komen aku depends kepanjangan entri wahahha
ok bye fariz aku nk g baca buku

missKcomel!

 
At Jun 23, 2006 11:52 PTG, Blogger zhi shu said...

oh fariz slmt bekenalan
aku syu
lupe nk bgtau
aku suke tgk tema kau tu
suke makan suke tdo malas skolah
SAMA JE NGAN TEMA KEHIDOPAN AKU!
wahahah
bye

 
At Jun 24, 2006 1:51 PG, Blogger Shunjike7 said...

--> shah ooo shah, gue pon rindu banget sama kamu.

-->ermm, birmngan manchester tue kalu naik bas express dalam 3 jam. takdela dekat sangat. tak pernah lak aku masak fish finger guna microwave. takper,lepas nie aku cuba.

aku rasa ko penah tengok muka kat tv ataupon suratkhabar kot...huhuhu walaupon seingat aku muka aku tak pernah masuk.

 
At Jun 24, 2006 1:51 PG, Blogger Shunjike7 said...

--> shah ooo shah, gue pon rindu banget sama kamu.

-->ermm, birmngan manchester tue kalu naik bas express dalam 3 jam. takdela dekat sangat. tak pernah lak aku masak fish finger guna microwave. takper,lepas nie aku cuba.

aku rasa ko penah tengok muka kat tv ataupon suratkhabar kot...huhuhu walaupon seingat aku muka aku tak pernah masuk.

 

Catat Ulasan