Going 2 Moon: Blender yang sengal


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

Blender yang sengal

Cerita hari ini adalah mengenai blender yang sengal. Alkisah akan ceritera ini bermula pada pukul 11.30 pagi tatkala aku sedang mendengar muzik sambil berkaraoke di perhentian bas depan Tennis Courts. Akan tidak lama selepas ketibaan bas maka aku pon naik dan sedar2 udah sampe ke stesen universiti untuk menaiki tren ke citi centre kaedahnye. Maka apabila udah nyampe ke citi centre, aku pon menuju ke kedai argos untuk membeli blender.

Setelah membayar harga barangan sebanyak 19.99 pound (1 pound ~ 7 hinggit), dengan tidak sabarnya aku pon pi la ke kaunter untuk memungut barang yang telah dibayar iaitu blender berjenama Moulinex. Akan tetapi apabila aku hendak mengambil blender itu dari pekerja kaunter, tanpa ribut Katrina mahupun tsumawi datangla seorang kakak yang menerjah aku dan juga pekerja kaunter sambil menyuruh aku supaya memeriksa dahulu blender yang aku beli. Ini kerana dia mendakwa sudah dua kali dia datang membuang masa untuk menukar blender yang dia beli kerna blender itu defective kaedahnya. Dan blender yang dia beli berjenama yang sama seperti yang aku baru beli.

Aku dan pekerja kaunter itu pon sangatlah blurr mendengar dakwaan kakak itu. Tetapi pekerja itu kater dia cuma bley bukak kotak blender itu untuk aku tengok isi kandungan barang tapi dia tak bley cuba test menggunakan electric kerna itu adalah polisi Argos katanya. Tetapi pekerja itu berkata yang aku bley bawak balik dahulu blender yang aku baru beli tue dan test sendiri kat umah. Sekiranya memang betul blender itu tak berfungsi, aku bley bawak balik ke kedai untuk ditukar yang baru atau dipulangkan duit dalam tempoh 16 hari dari tarikh pembelian. Oleh kerna aku sedang mengejar waktu *aku tengah sakit perut sebenarnya waktu tue* dan maleh nak bertekak ngan pekerja tu, aku pon setuju je la ngan pekerja kaunter tue untuk bawak balik dan test kat umah.

plastik kedai Argos

Arakian di pendekkan cerita setelah aku sampe semula ke rumah, tanpa berlengah-lengah lagi aku menuju ke toilet untuk mengeluarkan sisa bahan buangan. Arrgghhh, lega sekali nikmat itu. Dan hanya selepas itu barulah aku mengeluarkan blender dari kotaknya dan sambungkan wayar blender itu ke plug elektrik yang berdekatan. Setelah aku menekan suis elektrik itu, aku mendapati dakwaan akak itu adalah benar. Blender yang aku beli itu defective kaedahnya. Puas aku belek-belek blender itu tapi masih juga tidak berfungsi. Hanjeng sangat blender mahal itu. Dan juga hanjeng sangat kedai Argos tue. Nampak gayanya, terpaksa aku pi citi centre lagi esok sebab nak tukar blender tue.

gambar blender kat luar kotak


Maka, itulah cerita aku hari nie. Sehingga kita berjumpa lagi di siaran akan datang di website yang sama bersama saya, shunji.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

5 Comments:

At Julai 04, 2006 11:17 PG, Blogger sHaH said...

kenapa page aku x bole upload gamba??????????????????????

 
At Julai 04, 2006 12:45 PTG, Blogger zeleonnicai said...

sbb ko x chantek

 
At Julai 04, 2006 1:17 PTG, Blogger zeleonnicai said...

blender hanjeng? hahahaha

 
At Julai 04, 2006 10:11 PTG, Blogger zeleonnicai said...

blender sengal ke ko yg sengal nih? konpius2 aku dah bca entry nih 10 kali tuk ari nih.

 
At Julai 05, 2006 12:09 PG, Blogger Shunjike7 said...

apsal aku plak yang sengal? lagi satu, banyak betul ko punya masa terluang sampai bley baca en3 aku nie 10 kali!

 

Catat Ulasan