Going 2 Moon: 2 in 1


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

2 in 1

(i) France vs Portugal (1-0)

Ya, sebentar tadi baru jer habis semi-final Werlkap antara Perancis ngan Portugal di mana kemenangan telah memihak kepada Perancis dengan kelebihan 1 gol jaringan pemain sensasi Zinedine Zidane. Walaupun dah kertu, dia still lagi mempunyai taring yang mampu menikam mangsanya *matila harimau*. Muahaha, dengan ini, Perancis sudah menempah tiket ke final Werlkap tahun nie. Dan sudah tentu aku akan memihak kepada Perancis apabila pasukan itu menentang Itali nanti.

Tapikan, aku sokong pon bukannyer sokong giler2 babi *babi pon tak gila nak sokong Perancis*. Aku sokong gitu2 jer. Ala2 poyo gitu. Takde nyer aku berusaha duduk depan tv tengok bola. Baikla aku dok depan laptop tengok Sangdoo *ooppss*. Aku nie bukannyer tahu sangat pasal bola. Aku sokong Perancis pon pasal aku kenal SORANG sajork pemain dier iaitu Zidane. Yang lain tu, aku pon tak kenal. Pasukan Itali lagi la aku TAK kenal sorang pon pemain dier. *Hiks matila aku yang sokong pasukan tu sebab kenal pemain*. Tapi still sokong gak kan? Kalu dulu, aku sokong Korea Selatan ngan Jepun *hiks sebab aku suka tengok citer Korea ngan Jepun*. Tapi apakan daya derang dah out awal2 lagi. Tapi aku memang sokong German dari dulu lagi tau. Sebab derang main chantekk punya.

*ZIDANE Zinedine (FRA) and CRISTIANO Ronaldo (POR)

Ha, bagi yang tatau tu, si Cristiano Ronaldo tu sama umur ngan aku dan juga korang *kalu korang lahir sama tahun ngan aku la. kalu tak sama, mampus korang la*. Umur 21 tahun, dia dah wakil negara die masuk werlkap. Aku plak umur 20 tahun wakil negara aku jugak, datang UK belajar maths. Sebulan gaji die ribu-ribu pound. Aku plak sebulan dapat elaun ribu-ribu RM (sedey tau. tak sampai pon 1/2 ribu pound elaun aku sebulan). So, apa yang bley di simpulkan dari kenyataan aku nie? *merasala korang jawab kat ruangan komentar*
--------------------------------------------------------------------------------------

(ii) Kemas barang

Hari nie aku dah start kemas barang2 aku yang masih bersisa kat bilik nie. Nak kater banyak tue, takdela banyak sangat, Ader 2-3 barang dapur, pastu ader sikt barang makanan, ader buku 2-3 buah, 2 biji bantal (ader 4 biji bantal sebenarnya tapi setiap bantal itu amat nipis sekali. so aku jadikan 2 bantal sebagai 1 bantal), pastu ader duvet, baju-baju aku, pastu ader sikit2 lagi barang. So petang tadi aku bawak bawak 2 beg pi umah Esah. (Yer! umah Esah). Satu beg tu isi baju2. Satu beg lagi isi duvet. Yang tinggal kat bilik aku nie 2 biji bantal, buku-buku dan juga barang dapur termasukla makanan. Itu aku ingat nak angkut sekaligus jer kot pi umah Esah.

So, buat pengetahuan korang, macam yang aku citer sebelum nie, aku akan pindah masuk ke umah Esah. Aku akan stay ngan derang selama cuti summer nie. Bukan stay sebilik la, stay serumah yang aku maksudkan. Aku akan duduk kat tingkat atas kat bilik yang paling kecik tu. Walaupon bilik tue paling kecik, tapi aku suka bilik tue. Lana ngan Esah dok kat 2 bilik lagi kat tingkat atas manakala lelaki cina tu akan duduk kat bilik bawah. Camtula citer nyer. So, memandai la kami menjaga kehormatan diri kami sepanjang kami duduk bersama.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

0 Comments:

Catat Ulasan