Going 2 Moon: 08-07-06


Going 2 Moon

Sometimes, simple is the best!

08-07-06

yer, hari nie 8 julai 2006. maka jadilah 08-07-06. Takder apa yang menarik pon tentang hari nie cuma susunan nombor tue chantek.

So aku akan start cerita apa yang aku buat semalam sampailah hari nie...
Macam yang korang semua tau, aku dah pindah rumah sebab kontrak hall aku habis semalam. Jadi semalam aku dah kosongkan bilik aku. Aku clearkan semua barang2 aku kat dalam bilik dan juga kat dapur. Ingatkan sikit tapi rupe-rupenyer banyak juga barang2 aku. But aitu termasukla 2 3 4 5 dan 6 barang kawan2 aku yang ditinggalkan kat aku.

So penat giler lah pagi semalam. Dah siap packing semua barang2, aku pon kemasla dapur, bilik ngan toilet aku. Aku lap sesikit, sapu sesikit. Pendek kater sesikit jerla. Dan kalu tengok pon macam aku tak lap jer pasal tak bersih pon dapur ngan toilet aku. Tapi takper, apa gunanya tentera pembersih yang dilengkapi ngan sabun dan berus (hiks macam Lana dan Esah) kalu aku kemas bersih2 rumah aku tue. Karang kesian plak kat tentera pembersih takde keje nak di buat. Terpaksa dok melangut sajor.
So, dalam tengahari gitu, aku cadang nak naik teksi angkut barang2 tue. Tapi kena la tunggu Esah habis keje dulu dalam kul 1. Aku pon call ler teksi mintak dier tolong hantarkan teksi yang 7 seater pasal barang2 aku banyak. Takut kalu aku call teksi yang biasa tue kang tak muat lak nak sumbat semua barang2 aku tue. Tunggu punya tunggu tak sampai2. Call lagi sekali dier kater 10 minit lagi. 15 minit lepas tue pon tak sampai2 lagi. Aku call lagi sekali, dier kater ekceli yg 7 seater tue sibuk tapi takper pasal 5 minit lagi akan datang. Seb baik datang gak teksi 7 seater yang aku nak tue setelah hampir sejam menunggu. Dahler tengahari buter tapi nasib baik semalam cuaca kat sini tak panas. Sejuk jer dan mendung. So takpela. Bila dah sampai umah Esah, aku tanyerler berapa. Sekali dier kater 5 pound sajork. Muahaha...dapat diskaun sebab selalunya kalu dari Tennis Court ke Selly Oak akan di charge 8-10 pound satu teksi tapi dier kater disebabkan aku dah kena tunggu hampir sejam maka dia kasi aku diskaun.

Dan takpela. Maka malam tadi ngan rasminya aku dah pindah ke umah Esah. Agak penat la semalam itu pasal aku tak hupdate semalam. Tapi buat pengetahuan korang, kitaorang iaitu Esah, Lana ngan aku akan stay kat umah nie untuk 3 minggu saja lagi pasal start awal bulan 8 kitaorang akan pindah ke rumah sewa Esah ngan Lana yang baru. Rumah sewa derang tue jauh gakla dari umah skang nie lebey kurang 20 minit jalan kaki. Tapi yg bestnyer umah baru derang tue sebab dekat ngan Big John dan juga Sainsbury.



Pastu hari nie aku ngan Esah pi shopping kat Northfield. Bukan beli aper pon sebenarnya cuma window *tgh pokai sebenarnya*. Lepas tue gi tgk citer Pirates of Caribbean kat Broad Street. Mak aih, penuh betul panggung wayang hari nie.Seb baik ader tiket. Semua pon nak tgk citer tue. So far aku tak pernah lagi bila aku gi tgk wayang penuh macam tadi. Selalunya kosong jer. Bukan la kosong tapi tak penuh sampai separuh la. Bagi aku, ok la citer tue. Memang best sangat. Aku kasi 4.5 dari 5 bintang...

So itu jela yang aku nak citer...
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

2 Comments:

At Julai 10, 2006 5:51 PTG, Blogger zhi shu said...

aku nk tgk jugaks cite tuh :D

 
At Julai 11, 2006 6:37 PG, Blogger Shunjike7 said...

tgk jangan tak tengok!

 

Catat Ulasan